Bantuan:Laman fail
Apabila sesebuah fail seperti imej (gambar), video atau sedutan audio dimuat naik ke Wikipedia atau Wikimedia Commons, terciptanya satu laman fail yang terikat dengannya. Tujuan laman fail ini adalah menyampaikan maklumat mengenai fail itu, seperti nama pengarangnya, tarikh penciptaannya, nama orang yang memuat naik fail itu, apa-apa pengubahsuaian yang telah dilakukan padanya, huraian lanjut mengenai subjek atau konteks fail itu, di mana fail itu digunakan, dan maklumat lesen atau hak cipta. Untuk fail imej, laman failnya memaparkan gambar itu dalam versi yang lebih tinggi leraiannya jika ada. Untuk melihat laman fail untuk imej atau video, klik pada imej itu sendiri. Untuk fail bunyi, klik pada ikon info () dekat pautan sedutan bunyi itu.
Laman penerangan fail terdiri daripada lima bahagian:
- Fail itu sendiri
- Bahagian yang boleh disunting - Termasuk huraian fail, serta maklumat sumber dan hak cipta.
- "Sejarah fail" - apabila versi baru fail dimuat naik dengan nama yang sama, fail yang sedia ada digantikan dan dipindahkan ke sejarah fail. Lihat sejarah laman
- "Pautan fail" - senarai laman yang membenamkan (embed) fail itu (termasuk laman-laman di mana fail itu terdapat dalam templat).
- "Metadata" (imej sahaja) - maklumat teknikal mengenai fail itu dan kelengkapan yang digunakan untuk menciptanya (model kamera dsb.)
Berikut adalah contoh laman untuk pelbagai jenis fail:
- Imej (gambar)
- Video
- [[:Fail:Negaraku-chorus.ogg|Bunyi] ]
- Campuran (DjVu atau PDF)
Benda berguna untuk diisikan dalam bahagian boleh sunting
suntingBahagian boleh sunting pada laman fail digunakan untuk menghuraikan failnya serta menyatakan maklumat tambahan. Pada mulanya, dalam bahagian ini tersedia ringkasan muat naik yang disumbangkan secara automatik apabila fail itu mula-mula dimuat naik. Berikut adalah benda-benda berguna yang boleh diisi dalam laman fail:
Huraian fail
suntingHuraikan apa yang kelihatan dalam gambar itu. Contohnya: "Burung tiung hinggap di atas pokok cendana" atau "Nicol David beraksi dalam acara perseorangan wanita skuasy Sukan Komanwel 2010". Ini adalah berguna untuk pengguna yang tiada capaian terus kepada imej itu, serta menjadi pengganti sementara bagi tag longdesc
yang sebetulnya.
Jika anda memuat turun fail itu dari tempat lain, anda harus menerangkan butiran sumbernya, nama pengarangnya dsb. SeeWikipedia:Sumber petikan.
Ringkasan fail
suntingDi sinilah anda isikan maklumat tambahan mengenai fail itu dan bagaimana, di mana, bila dan oleh siapa ia dicipta, di samping memerikan kandungan fail itu. Contoh: "Gambar ikan ____ yang diambil dengan kamera ____." atau "Ilustrasi asli kereta dari masa depan dan rodanya yang berlengkung."
Ringkasan imej
suntingKebanyakan rencana yang menggunakan imej sudah tentu ada kapsyen, tetapi kapsyen ini selalunya lebih ringkas daripada huraian penuh imej itu dan lebih dekat dengan konteks rencana.
Ingatlah bahawa sesiapa sahaja yang melihat imej ini dalam rencana lalu mengklik padanya untuk maklumat lanjut (atau membesarkannya) muncul dalam laman penerangan fail.
Jika anda membuat imej sendiri, ada beberapa soalan yang hanya anda boleh jawab. Oleh sebab anda mungkin tiada masa lapang untuk menjawab soalan-soalan ini nanti, anda harus mengisikan maklumat ini ke dalam laman penerangan apabila anda memuat naik imej itu. Ini akan membantu penyunting lain memanfaatkan lagi imej anda itu supaya ia menjadi lebih bermaklumat untuk para pembaca.
Untuk gambar:
- Di manakah gambar itu diambil?
- Bilakah gambar itu diambil?
- Apakah nama orang-orang dan objek-objek penting yang kelihatan dana gambar itu?
- Apakah yang berlaku dalam gambar itu?
- Siapakah jurugambarnya?
Untuk gambar sintetik:
- Gambar rajah dan tanda-tanda harus dijelaskan selengkap-lengkapnya.
- Jika perlu, isikan petunjuk.
Maklumat teknikal gambar:
- Jika kamera filem digunakan, isikan nombor model, maklumat kanta (lensa) dan tetapan pendedahan (exposure)
- Apakah pengubahsuaian pascapenerbitan (post-production) yang dilakukan? (penyelarasan warna, kontras dsb.)
Maklumat teknikal untuk imej sintetik:
- Perisian yang manakah digunakan untuk mencipta atau menyunting imej?
- Apakah sumber-sumber sedia ada (imej percuma, foto, dsb) yang digunakan sebagai input?
Maklumat hak cipta
suntingSemua fail mesti disertakan maklumat hak cipta. Ini termasuk nama pengarang, sumber fail dan lesen fail. Semua fail mestilah berlesen bebas atau sesuai untuk "kegunaan wajar" (misalnya, imej berleraian rendah atau secebisan lagu). Anda harus memilih tag yang paling sesuai dari Wikipedia:Tag hak cipta imej. Sila berjaga bahawa pemegang hak cipta (pencipta asal fail itu, majikannya, atau wakil rasmi), bukan orang yang memuat naiknya, yang memutuskan pelesenan imej, dan "kegunaan wajar" fail bukan bebas mempunyai takrifan yang tertentu. Sila baca Wikipedia:Hak cipta, Wikipedia:Dasar penggunaan imej, Wikipedia:Kegunaan wajar, dan Wikipedia:Tag hak cipta imej untuk maklumat tentang imej-imej mana yang boleh dimuat naik ke sini.
Versi lain
suntingJika fail tersebut ada versi-versi lain (khususnya versi lebih besar), sila buat pautan kepadanya.
- [[Media:Goldfish-in-tank2.jpg|different camera angle]] ([[:Image:Goldfish-in-tank2.jpg|info]])
- [[Media:Goldfish-in-tank-textfree.jpg|textfree version]] ([[:Image:Goldfish-in-tank-textfree.jpg|info]])
Versi tanpa teks adalah berguna untuk kegunaan merentas versi bahasa.
Perkara lain
suntingWikimedia Commons
suntingFail-fail yang terdapat di Wikipedia boleh disimpan dalam Wikipedia atau Wikimedia Commons. Jika sesebuah fail disimpan dalam Commons, mesej berikut akan dipaparkan dalam laman penerangan fail:
Fail ini dari $1 dan mungkin digunakan oleh projek lain. Penerangan pada [$2 laman penerangan failnya] di sana ditunjukkan di bawah. Sebarang suntingan pada laman penerangan fail harus juga dilakukan di Commons, kecuali dalam keadaan luar biasa, seperti menandakan bahawa fail tersebut telah mencapai status "gambar pilihan" di Wikipedia. Untuk menyunting laman penerangan Commons, klik pada pautan "laman penerangan failnya". Seperti di Wikipedia, sesiapa sahaja boleh menyunting Commons tanpa memerlukan akaun.
Pratonton
suntingApabila menyunting, fungsi Pratonton hanya menunjukkan bahagian laman fail yang boleh disunting. Fail itu sendiri, sejarah fail dan pautan-pautan fail tidak dipaparkan sekali.
Menyunting fail
suntingFail tidak boleh disunting di Wikipedia atau Commons. Untuk menyunting fail, anda perlu memuat turunnya terlebih dahulu, kemudian gunakan program perisian yang sesuai (seperti GIMP atau Photoshop untuk imej) untuk membuat pengubahsuaian. Selepas perubahan disiapkan, muat naik fail itu ke dalam Wikipedia atau Commons. Nama fail yang sama boleh digunakan, tetapi ini akan menulis ganti (overwrite) fail yang sedia ada.
Apabila anda memuat naik...
suntingTeks penerangan yang anda isikan ketika proses muat naik menjadi teks pendahuluan laman penerangan gambar. (Ia juga menjadi ringkasan penyuntingan untuk versi asli fail ini.)
Koordinasi antara bahasa
suntingDi Wikipedia, tolong jangan isikan huraian dalam bahasa selain bahasa Melayu. Sebaliknya, gunakan pautan antara bahasa untuk memaut kepada laman penerangan fail dalam wiki bahasa berkenaan, di mana anda perlu memuat naik salinan kedua imej itu untuk kegunaan setempat.
Lebih baik anda memuat naik fail itu ke dalam Commons, di mana anda boleh membuat penerangan dalam berbilang bahasa.
Memuat naik imej asli
suntingJika anda mencipta imej itu sendiri, dan anda ada fail sumber bermutu lebih tinggi dalam format seperti .XCF, .PSD, atau .AI, anda disaran supaya memuat naik fail sumber itu supaya pengguna-pengguna lain boleh mengubahsuainya dengan lebih mudah jika ada perlunya. Pautkan fail sumber dari laman penerangan imej. Jika fail sumber terlalu besar untuk dimuat naik, cuba memampatkannya (compress) dengan perisian seperti WinZip atau gzip. Wikipedia menyokong pemaparan imej SVG, jadi adalah lebih baik untuk memuat naik salinan imej dalam format SVG daripada format raster (BMP, GIF, JPEG dsb).
Kemudian, jangan lupa memuat naik status hak lesen imej tersebut. Jika anda pencipta imej terbabit, gunakan salah satu dari jenis-jenis lesen untuk mengiktiraf karya tersebut. Jenis-jenis lesen pilihan boleh didapati di sini.
Lihat juga
sunting- Wikipedia:Dasar penggunaan imej
- Wikipedia:Imej
- Wikipedia:Tutorial gambar
- Wikipedia:Tutorial pencarian imej
- Wikipedia:Sintaks imej lanjutan
- Wikimedia Commons (Commons Main Page), sebuah kepustakaan multimedia percuma yang anda boleh gunakan secara langsung di Wikipedia dan projek-projek Wikimedia yang lain.
- meta:Help:Images and other uploaded files
- Commons:Copyright tags
- MediaWiki:Licenses - drop-down list displayed on Khas:Muat naik
- The Case for Free Use: Reasons Not to Use a Creative Commons-NC at freedomdefined.org
- Wikipedia:Muat naik