Bandar Sri Permaisuri

Bandar Sri Permaisuri merupakan sebuah bandar di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan mengekalkan konsep kediaman yang bercirikan komersial dan rekreasi, bandar baru ini merupakan kawasan yang sangat strategik terletak di bahagian selatan pusat bandar Kuala Lumpur dan ia juga berada di dalam kawasan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Bandar Sri Permaisuri
Nama samaran: Bandar Permaisuri, BSP
Bandar Sri Permaisuri yang terletak di Malaysia
Bandar Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri yang terletak di Kuala Lumpur
Bandar Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri
Bandar Sri Permaisuri shown within Kuala Lumpur.
Koordinat: 3°5′54.44″N 101°42′42.68″E / 3.0984556°N 101.7118556°E / 3.0984556; 101.7118556
Negara Malaysia
Negeri Bendera Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan
W.P Kuala Lumpur
Tahun pembukaan 2000 Masihi
Kerajaan
 - Pentadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
 - Datuk Bandar Y.B. Datuk Ahmad Fuad Ismail
 - Ahli Parlimen Y.A.B. Tan Sri Dato Seri' Abdul Khalid Ibrahim (PKR) - Bandar Tun Razak (P124)
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod 56000 Bandar Sri Permaisuri
Kod kawasan +03
Laman web: http://bandarsripermaisuri.com/

Sejarah

sunting

Bandar Sri Permaisuri dimajukan sepenuhnya oleh syarikat Dwitasik Sdn Bhd dan Danau Lumayan Sdn Bhd hasil dari pelaksanaan projek penswastaan oleh DBKL. Siap sepenuhnya pada tahun 2002, bandar ini menjanjikan infrastruktur dan kemudahan yang bersifat sibernetik, disamping mengekalkan lebih 40 ekar kawasan hijau dan taman rekreasi.

Kediaman

sunting
  • Pangsapuri Cemara - 1,140 Unit
  • Kondominium Bayu Tasik - 690 Unit
  • Kondominium Bayu Tasik 2 - 640 Unit
  • Kondominium Cengal - 790 Unit
  • Villa Laman Tasik - 386 Unit
  • Pangsapuri Cendana - 770 Unit
  • Pangsapuri Sri Penara - 2,040 Unit
  • Kondominium Q1 - Dalam pembinaan

Perniagaan

sunting

Bandar Sri Permaisuri mempunyai beberapa kompleks dan ruang pejabat yang menempatkan pelbagai premis perniagaan, agensi awam dan swasta serta perbankan. Diantara kompleks perniagaan utama yang telah dibangunkan di bandar ini:

  • Plaza Dwitasik - 380,000 Kaki persegi
  • Dataran Dwitasik - 176 Unit
  • Danau Lumayan Avenue - [perlu rujukan]
  • The Lake Avenue - Akan datang

Bandar Sri Permaisuri juga terkenal sebagai tempat beriadah bersama keluarga serta menjamu selera kerana di sini terdapat pelbagai kedai makan dan kafe dengan aneka citarasa tempatan dan antarabangsa:

Jalan Sri Permaisuri 8 & 9
No Kedai makan Menu Alamat
1 Restoran Nana Cafe Makanan India utara & selatan dan menu tempatan. 24 jam Jalan Permaisuri 8
2 Restoran Al Ehsan Makanan India utara & selatan dan menu tempatan. 24 jam Jalan Permaisuri 8
3 Restoran Hajris Utama Makanan India utara & selatan dan menu tempatan. 24 jam Jalan Permaisuri 8
4 Restoran Seven Seven Gerai-gerai makanan cina Jalan Permaisuri 9
5 Restoran AU 77 Gerai-gerai makanan cina Jalan Permaisuri 9
6 Restoran Wan Guan Gerai-gerai makanan cina Jalan Permaisuri 9
7 Restoran Hajris Bistro Makanan India utara & selatan dan menu tempatan. 24 jam Jalan Permaisuri 9
Dataran Dwitasik
No Kedai makan Menu Alamat
1 Restoran Original Kayu Nasi Kandar Makanan India utara & selatan dan menu tempatan. 24 jam No.1 & 3, Jalan Dwitasik 1
2 Restoran Ani Sup Utara Aneka jenis sup, nasi ayam, bubur dll Jalan Dwitasik 1
3 RM Ayam Bakar Wong Solo Ayam penyet dan masakan asli Indonesia No 25 & 27, Jalan Dwitasik 1
4 Kolek Cafe Masakan Melayu dan tempatan Jalan Dwitasik 1
5 Ayam Penyet AP Restaurant Ayam penyet dan masakan asli Indonesia No.55, Jalan Dwitasik 1
6 De'Warung Kopitiam dengan nasi lemak, satay dan masakan Melayu Jalan Dwitasik 1
7 Pormtip Thai BBQ Seafood Restaurant Makanan laut dan masakan asli Thailand No 83, Jalan Dwitasik 1
8 Pizza Hut Delivery (PHD) Bandar Sri Permaisuri Pizza dan makanan segera Jalan Dwitasik 1
9 Restoran Purple Gloria Makanan Iran dan timur tengah Jalan Dwitasik 1
10 Dominos Pizza Pizza dan makanan segera Jalan Dwitasik 1
11 Restoran Yummy Thai Steamboat Buffet Bufet steamboat Jalan Dwitasik 1
12 Tutti Fruiti Frozen Yogurt Yoghurt sejukbeku No 98, Jalan Dwitasik
13 Restoran Dwitasik Masakan Melayu & citarasa kampung No 58 Jalan Dwitasik
14 Warong Nayreez Masakan asli Melayu, Thailand & Halal Jalan Dwitasik
15 Restoran China Street Gerai-gerai makanan cina Jalan Dwitasik
16 Restoran Q Bistro Nasi Kandar Makanan India utara & selatan dan menu tempatan. 24 jam 2, 2A & 6, Jalan Dwitasik
17 PapaRich Kopitiam
18 Restoran Seri Klasik Masakan ala Kampung Jalan Dwitasik
19 Old Town White Coffee Kopitiam No 28G, Jalan Dwitasik 2
20 Restoran Yati Ayam Percik, Kelantan Delight Nasi kerabu, Ayam Percik,
21 Q-Kek Lapis Sarawak Kek Lapis Sarawak
22 Restoran Pak Anjang Sup Bihun sup utara, Nasi kukus ayam dara, Nasi ayam hainan
23 Restoran Seven Seven Gerai-gerai makanan cina, 23 jam
24 Satay Station Satay dan Mee rebus No 17, Jalan Dwitasik 2
25 Restoran Irshat Food Corner Makanan India utara & selatan dan menu tempatan. 24 jam
25 Kunyit Bistro Makanan Asia Fusion. 22G Jalan Dwitasik 2, Dataran Dwitasik
Danau Lumayan Avenue
No Kedai makan Menu Alamat
1 Kedai Ayamas Produk makanan berasaskan ayam No 3G, Jalan Danau Lumayan 1
2 Hailam Kopitiam Kopitiam No 55, Jalan Danau Lumayan 1
3 Nasi Lemak Tengkera Nasi lemak, Char Kuey Teow, Roti John dll 52-2, Jalan Danau Lumayan 1
4 Restoran Taste of Kelantan Masakan asli Pantai Timur dan tempatan No 50, Jalan Danau Lumayan 1
5 Restoran Piao Xiong Dim sum dan masakan cina,
6 Riang-Riang Restaurant Makanan Western dan tempatan
7 Restoran Momma Chicken Rice Nasi Ayam cina
8 Restoran Madina Makanan dari Timur Tengah dan tempatan No 83, Jalan Danau Lumayan 1

Agensi awam

sunting
  • Jabatan Pengangkutan Jalan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Jabatan PERHILITAN, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Baitulmal MAIWP - BANDAR SRI PERMAISURI

Agensi swasta

sunting

Perbankan

sunting
  • Maybank Cawangan Bandar Sri Permaisuri, No. 59, 59-1 & 59-2, Jalan Sri Permaisuri 8
  • Easy-RHB Bandar Sri Permasuri, No. 51, Jalan Dwitasik 1
  • Agro Bank Cawangan Cheras, No. 65G & 65-1, Jalan Dwitasik 1
  • Bank Simpanan Nasional Cawangan Bandar Sri Permaisuri, No. 73G & 73-1, Jalan Dwitasik 1
  • AmBank Bandar Sri Permasuri No. 79 & 81, Jalan Dwitasik 1
  • Bank Islam Bandar Sri Permasuri, No. 53 & 55, Jalan Danau Lumayan

Perhubungan

sunting

Kemudahan

sunting

Pendidikan

sunting

Rumah Ibadah

sunting
  • Masjid An-Najihin
  • Surau Al Hidayah, Pangsapuri Cemara
  • Surau Al Amin, Pangsapuri Sri Penara
  • Surau Al Firdaus, Pangsapuri Sri Penara
  • Surau At Taqwa, Pangsapuri Cendana