Sibu
Sibu ialah sebuah perbandaran di Sarawak, Malaysia. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari laut. Sibu mempunyai keluasan 129.5 kilometer persegi (50.0 batu persegi) dan penduduk seramai 162,676 orang (2010).[2] Ia merupakan pusat pentadbiran bagi daerah dan bahagian dengan nama yang sama.
Sibu سيبو | |
---|---|
bandar | |
Nama panggilan: "Maling"/ "Sibau" | |
Lokasi di Malaysia Timur | |
Koordinat: 2°17′16″N 111°49′51″E / 2.28778°N 111.83083°EKoordinat: 2°17′16″N 111°49′51″E / 2.28778°N 111.83083°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sibu |
Daerah | Sibu |
Diasaskan oleh James Brooke | 1862 |
bandar | 1 November 1981 |
Bandaraya | 2 November 2022 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Majlis Perbandaran Sibu |
• Pengerusi | Clarence Ting Ing Horh |
Keluasan | |
• Jumlah | 129.5 km2 (50.0 batu persegi) |
Penduduk (2022)[2] | |
• Jumlah | 257,681 |
• Kepadatan | 2,000/km2 (5,200/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 96000 |
Kod kawasan | 084 (garis tanah sahaja)[3] |
Pendaftaran kenderaan | QS (semua kenderaan kecuali teksi) HQ (teksi sahaja)[4] |
Laman sesawang | www |
Penduduk
suntingPada tahun 2020, penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Sibu direkodkan seramai 162,676 orang.[2] Daripada jumlah tersebut, majoriti penduduk terdiri daripada bangsa Cina iaitu sebanyak 63.4 peratus, kemudian diikuti dengan Bumiputera sebanyak 35.7 peratus. Bangsa India dan lain-lain, masing-masing merangkumi 0.4 dan 0.5 peratus.
Daya tarikan
suntingDaya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh.
Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan ialah titik perjalinan hubungan antara bahagian-bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.
Antara tempat menarik di Sibu juga ialah Taman Jublee Bukit Aup. Di sini terletaknya kolam ikan terbesar di Sibu. Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada ikan. Di sini juga merupakan tempat riadah yang sesuai untuk kanak-kanak, golongan muda dan berumur.
Sukan air seperti sukan bot kawalan jauh juga semakin diminati di Sibu. Taman Tasik (Lake Garden) Permai menjadi tempat berkumpulnya peminat sukan ini. Pengunjung boleh menikmati aksi-aksi menarik bot kawalan jauh di sini.
Makanan
suntingSibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.
Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.
Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.
Di samping itu antara buah yang boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam ialah buah lakum. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.
Bagi yang beragama Islam terutamanya untuk pelancong, terdapat kedai-kedai makanan Islam di Sibu. Kedai-kedai ini berada di pusat bandar atau di kampung-kampung berdekatan dengan bandar Sibu.
Bandaraya Kembar
suntingSibu telah menjalin hubungan Bandaraya Kembar (Sister City) dengan bandaraya-bandaraya berikut:
Rujukan
sunting- ^ "Perutusan Pengerusi". www.smc.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2015.
- ^ a b c "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Page 58 Sarawak Visitors Guide 2014 - Sibu & Central Sarawak". sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Sarawak State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019.
- ^ Soon, Teh Wei (23 Mac 2015). "Some Little Known Facts On Malaysian Vehicle Registration Plates" (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019.