Bandar Baru Landeh

Bandar Baru Landeh (atau juga dikenali sebagai Landeh New Township) adalah merupakan kompleks bandar baharu yang akan dilaksanakan pembinaannya secara menyeluruh dan strategik di kawasan Landeh, Kota Padawan, Kuching, Sarawak. Kawasan bandar baharu ini akan dibina di atas tapak baharu yang terletak berhampiran antara kawasan kediaman Taman Sri Permai (Landeh) dengan kawasan Kampung Bumbok (Batu Kitang). Projek pembangunan bandar baharu ini akan dilaksanakan sepenuhnya mulai awal tahun 2025. [1] [2] [3]

Bandar Baru Landeh
Perbandaran bercampur
NegaraMalaysia
WilayahSarawak
BahagianBahagian Kuching
DaerahPadawan
KawasanLandeh

Lokasi

sunting

Bandar Baru Landeh akan dilaksanakan projek pembangunannya di kawasan tapak baharu di Landeh, Kota Padawan, Kuching, Sarawak. Bandar baharu ini akan dibina di atas tapak tanah baharu yang terletak berhampiran antara Kampung Bumbok di kawasan Batu Kitang dengan kawasan kediaman Taman Sri Permai (Landeh, Kota Padawan).

Pelaksanaan projek pembangunan Bandar Baru Landeh ini akan merangkumi lima fokus utama pembangunan :

  • Environmental-Friendly
  • Economic and Social Balancing
  • Vibrant, Exciting, and Enjoy
  • Peaceful, Harmony, and Well-being
  • Strategic and Energized

Senarai projek pembangunan

sunting
  • Melaksanakan pembinaan jalan raya dua lorong baharu (two-way street road) yang menghubungkan antara Taman Sri Permai (Landeh) dengan kawasan Kampung Bumbok (Batu Kitang).
  • Sebanyak 9 buah blok bangunan kedai 3 tingkat (9 units of 3-storey shophouse building).
  • Sebanyak 8 buah blok bangunan kediaman apartment kos rendah (low cost apartment housing) setinggi 12 tingkat, yang akan dibina di atas tapak baharu berhampiran dengan kawasan perumahan RPR Landeh (Taman Sri Permai, Landeh, Kota Padawan).
  • Sebuah bangunan dewan serba moden baharu Dewan Komuniti Landeh (Landeh Community Hall).
  • Sebuah bangunan 2 tingkat baharu Pusat Nasional Digital (NaDi) Cawangan Landeh.
  • Sebuah bangunan 3 tingkat baharu untuk tujuan kesihatan ( Klinik Kesihatan Landeh ).
  • Sebuah bangunan kompleks kediaman bercampur (mixed serviced apartment and commercial building) setinggi 20 tingkat (18 tingkat untuk kediaman apartmen moden + 2 tingkat untuk tujuan komersial (commercial indoor shoplots area)).
  • Sebuah tapak tanah lapang berkeluasan 16 ekar tanah (bersamaan dengan 6.47 hektar tanah) untuk kegunaan sebagai kawasan Taman Rekreasi Komuniti Landeh (Landeh Community Recreation Park).
  • Sebuah tapak tanah lapang berkeluasan 14 ekar tanah (bersamaan dengan 5.68 hektar tanah) untuk kegunaan pembinaan Kolej Tingkatan Enam Kota Padawan.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting