Balu
Seseorang balu (atau janda atau randa) ialah wanita yang pasangannya telah meninggal dunia; duda pula ialah lelaki yang pasangannya telah meninggal dunia ("duda" juga bermaksud lelaki yang sudah bercerai daripada isterinya).[1]
Terminologi
suntingBerdasarkan Austronesian Comparative Dictionary (Kamus Perbandingan Austronesia), "balu" asalnya dari perkataan Proto-Melayu-Polinesia *balu dan antara kognatnya termasuklah perkataan balo dalam bahasa Tagalog dan valu dalam bahasa Ngadha.[2]
Kesan terhadap kesihatan
suntingFenomena yang merujuk kepada peningkatan kadar kematian selepas kematian pasangan disebut sebagai kesan balu.[perlu rujukan] Kesan ini "paling kuat selama tiga bulan pertama setelah kematian pasangan, ketikanya mereka mempunyai kemungkinan 66 peratus untuk mati".[3] Sebilangan besar balu dan duda mengalami kesan ini selama tiga bulan pertama selepas kematian pasangan mereka, namun mereka juga boleh mengalami kesan ini di kemudian hari selama lebih lama daripada tiga bulan. Masih ada kontroversi mengenai sama ada wanita atau lelaki mempunyai kesan yang lebih buruk daripada menjadi balu atau duda, dan kajian telah berusaha untuk mendapat jawapan tentang jantina yang mana satu dikesan dengan lebih buruk, sementara kajian lain cuba menunjukkan bahawa tiada perbezaan sebenar berdasarkan jantina, dan faktor lain bertanggungjawab untuk sebarang perbezaan.[4]
Walaupun dipertikaikan sama ada seks berperanan dalam kadar intensiti kesedihan, seks sering mempengaruhi bagaimana gaya hidup seseorang berubah selepas kematian pasangannya. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa perbezaan tersebut jatuh pada beban perawatan, jangkaan, dan bagaimana reaksi mereka setelah kematian pasangan mereka. Contohnya, wanita sering kali memikul lebih beban emosi berbanding lelaki dan kurang rela mengalami kematian pasangan lain.[5] Namun setelah dibalukan atau didudakan, lelaki dan wanita dapat bertindak balas dengan cara yang sangat berbeza dan sering mengalami perubahan dalam gaya hidup. Wanita cenderung lebih merindui suami mereka jika dia mati secara tiba-tiba; lelaki pula lebih cenderung merindui isteri mereka jika dia meninggal dunia setelah menderitai penyakit dengan lama.[6] Di samping itu, kedua-dua lelaki dan wanita diperhatikan mengalami perubahan kebiasaan gaya hidup setelah kematian pasangan mereka. Kedua-dua jantina cenderung mempunyai masa yang lebih sukar untuk menjaga diri mereka tanpa penolongan pasangan mereka, namun perubahan ini mungkin berbeza berdasarkan jantina pasangan dan peranan yang dimainkan oleh pasangan itu dalam hidup mereka.[6]
Semakin tua pasangan membesar, semakin sedar mereka tentang keseorangan mereka akibat kematian suami atau isteri mereka. Hal ini mengesankan kesihatan mental dan juga fizikal bagi kedua-dua lelaki dan wanita.
Amalan berkabung
suntingDi beberapa bahagian Eropah, termasuk Rusia, Slovakia, Czechia, Yunani, Itali dan Sepanyol, balu-balu biasa memakai pakaian berwarna hitam sepanjang hayat mereka untuk sebagai tanda status perkabungan mereka, suatu amalan yang kini, sudah berhenti diamalkan. Walau bagaimanapun, pendatang Kristian Ortodoks di Amerika Syarikat mungkin memakai pakaian hitam seumur hidup mereka untuk menunjukkan kebaluan mereka dan taat setia mereka kepada suami mereka yang sudah meninggal dunia.
Selepas penggubalan Akta Perkahwinan Balu Hindu, 1856 di India, status balu bagi orang India disertai dengan simbolisme badan[7] - Kepala balu dicukur sebagai bahagian daripada perkabungannya, dia tidak lagi dapat memakai titik merah (sindur) pada dahinya dan dilarang memakai barang kemas perkahwinan dan ia diharapkan untuk berjalan kaki tanpa apa-apa jenis alas kaki lagi. Adat istiadat ini dianggap mundur kini dan lebih kurang sudah berhenti diamalkan.[8]
Di Asia Selatan, ramai wanita sering dituduh telah menyebabkan kematian suami mereka dan tidak dibenarkan untuk melihat orang lain lagi kerana pelihatannya dianggap pembawa nasib buruk.[9][10]
Sebilangan warga Nigeria lebih menyukai balu meminum air yang digunakan untuk membasuh mayat suaminya, atau kalau tidak, tidur di sebelah kubur suaminya selama tiga hari.[11]
Dalam cerita rakyat Chiloé di selatan Chile, balu dan kucing hitam ialah elemen penting yang diperlukan ketika memburu harta karbunkel.[12][13]
Kedudukan ekonomi
suntingDalam masyarakat di mana suami ialah satu-satunya pencari rezeki, kematiannya boleh menyebabkan keluarganya menjadi miskin. Kecenderungan wanita secara umumnya untuk hidup lebih lama daripada lelaki boleh menyebabkan ini.
Di Britain abad ke-19, para balu mempunyai peluang yang lebih besar untuk pergerakan sosial daripada di banyak masyarakat lain. Seiring dengan kemampuan untuk menambahbaikkan diri secara sosio-ekonomi, para balu - yang "mungkin bujang" - lebih mampu (dan mungkin) untuk mencabar tingkah laku seksual konvensional daripada wanita yang sudah berkahwin dalam masyarakat mereka.[14]
Penderaan balu
suntingKeganasan seksual
suntingDi beberapa bahagian Afrika, seperti di Kenya, balu dipandang sebagai tidak bersih dan perlu 'dibersihkan'. Perkara ini sering melibatkan mereka berhubungan seks dengan seseorang. Mereka yang enggan dibersihkan berisiko dipukul oleh penduduk kampung berkepercayaan karut, yang juga boleh membahayakan anak-anak wanita itu. Dikatakan bahawa pengertian ini timbul dari gagasan bahawa jika seseorang suami meninggal dunia, wanita itu mungkin telah melakukan sihir terhadapnya.
Penggunaan balu dalam harem telah dicatat di Mesir Kuno dan di Eropah dan empayar-empayar Islam Zaman Pertengahan.[15] [16]
Upacara membunuh diri
suntingSati ialah sebuah amalan di Asia Selatan yang melibatkan seorang wanita mengorbankan dirinya setelah suaminya mati. Amalan ini diharamkan pada tahun 1827 di India British dan sekali lagi pada tahun 1987 di India yang sudah merdeka oleh Akta Penghapusan Sati 1987, yang menjadikannya haram untuk menyokong, memuliakan atau berusaha untuk melakukan sati. Penyokongan sati, termasuk memaksa seseorang untuk melakukan sati, boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup, manakala memuliakan sati boleh dihukum dengan denda satu hingga tujuh tahun dalam penjara.
Orang Fiji beramal mencekik balu. Selepas orang-orang Fiji menganut agama Kristian, amalan itu diberhentikan.[17]
Pemburuan ahli sihir
suntingDi Papua New Guinea, mereka yang dituduh dan dibunuh sebagai penyihir sering kali ialah seorang balu.[18]
Pewarisan balu
suntingPewarisan balu (juga dikenali sebagai pewarisan pengantin perempuan) ialah amalan budaya dan sosial yang melibatkan seorang balu mengahwini saudara lelaki mendiang suaminya, yang kebiasaannya ialah abang atau adik lelakinya.
Pelarangan perkahwinan semula
suntingAkta Perkahwinan Semula Balu 1856 diberlakukan sebagai tindak balas terhadap kempen reformis Pandit Ishwar Chandra Vidyasagar,[19] untuk menggalakkan perkahwinan semula balu dan memberikan perlindungan undang-undang kepada kehilangan beberapa bentuk warisan tertentu kerana menikahi balu Hindu.[20] Namun begitu, di bawah akta tersebut, balu itu meninggalkan harta pusakanya yang ditinggalkan oleh suaminya yang sudah meninggal dunia.[21]
Stigma sosial di Joseon, Korea mewajibkan balu-balu untuk kekal tidak berkahwin setelah kematian suami mereka. Pada tahun 1477, Seongjong dari Joseon memberlakukan Undang-Undang Perkawinan Semula Balu, yang memperkuat batasan sosial yang sudah ada dengan melarang anak-anak balu yang berkahwin semula daripada memegang jawatan awam.[22] Pada tahun 1489, Seongjong mengecam seorang wanita suku diraja, Yi Guji, apabila diketahui bahawa dia telah tinggal bersama hambanya setelah menjadi balu. Lebih daripada 40 anggota keluarganya ditangkap dan kekasihnya diseksa hingga mati.[23]
Perampasan harta benda
suntingDi beberapa bahagian dunia, seperti Zimbabwe, harta seorang balu, seperti tanah, sering diambil oleh mentua-mentuanya. Walaupun haram, kerana kebanyakan perkahwinan dilakukan berdasarkan undang-undang adat dan tidak didaftarkan, penyelesaian masalah merampas harta benda adalah sukar.[24]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting
- ^ Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka - duda
- ^ The Austronesian Comparative Dictionary - *balu₄
- ^ "'Widowhood effect' strongest during first three months". Reuters. 14 November 2016. Dicapai pada 2 May 2017.
- ^ Trivedi, J., Sareen, H., & Dhyani, M. (2009). Psychological Aspects of Widowhood and Divorce. Mens Sana Monogr Mens Sana Monographs, 7(1), 37. doi:10.4103/0973-1229.40648
- ^ Stahl, Sarah T.; Schulz, Richard (2014). "The effect of widowhood on husbands' and wives' physical activity: the cardiovascular health study". Journal of Behavioral Medicine. 37 (4): 806–817. doi:10.1007/s10865-013-9532-7. PMC 3932151. PMID 23975417. Dicapai pada 2016-04-28 – melalui Gale Academic OneFile.
- ^ a b Wilcox, Sara; Evenson, Kelly R.; Aragaki, Aaron; Wassertheil-Smoller, Sylvia; Mouton, Charles P.; Loevinger, Barbara Lee (2003). "The effects of widowhood on physical and mental health, health behaviors, and health outcomes: The Women's Health Initiative". Health Psychology. 22 (5): 513–22. doi:10.1037/0278-6133.22.5.513. PMID 14570535.
- ^ Olson, Carl. The Many Colors of Hinduism. Rutgers University Press. m/s. 269.
- ^ "On India's back roads, sati revered". Los Angeles Times. 10 December 2006.
- ^ Kathryn Roberts (15 December 2018). Violence Against Women. Greenhaven Publishing LLC. m/s. 62. ISBN 9781534504714.
widows in South Asia are considered bad luck
- ^ "These Kenyan widows are fighting against sexual 'cleansing'". pri.org. 23 October 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
- ^ "These Kenyan widows are fighting against sexual 'cleansing'". pri.org. 23 October 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
- ^ Quintana Mansilla, Bernardo (1972). "El Carbunco". Chiloé mitológico (dalam bahasa Sepanyol).
- ^ Winkler, Lawrence (2015). Stories of the Southern Sea. First Choice Books. m/s. 54. ISBN 978-0-9947663-8-0.
- ^ Behrendt, Stephen C. "Women without Men: Barbara Hofland and the Economics of Widowhood." Eighteenth Century Fiction 17.3 (2005): 481-508. Academic Search Complete. EBSCO. Web. 14 Sept. 2010.
- ^ Joyce Tyldesley (26 April 2001). Ramesses: Egypt's Greatest Pharaoh. Penguin Books Limited. m/s. 215–. ISBN 978-0-14-194978-9.
- ^ Arun Kumar Sarkar (30 September 2014). RAINBOW. Archway Publishing. m/s. 64–. ISBN 978-1-4525-2561-7.
- ^ "Odd Faiths in Fiji Isles". The New York Times. 8 February 1891.
- ^ "The gruesome fate of "witches" in Papua New Guinea". economist.com. 13 July 2017. Dicapai pada 23 July 2017.
- ^ Forbes, Geraldine (1999). Women in modern India. Cambridge University Press. m/s. 23. ISBN 978-0-521-65377-0. Dicapai pada 8 November 2018.
- ^ Peers, Douglas M. (2006). India under colonial rule: 1700-1885. Pearson Education. m/s. 52–53. ISBN 978-0-582-31738-3. Dicapai pada 8 November 2018.
- ^ Carroll, Lucy (2008). "Law, Custom, and Statutory Social Reform: The Hindu Widows' Remarriage Act of 1856". Dalam Sumit Sarkar; Tanika Sarkar (penyunting). Women and social reform in modern India: a reader. Indiana University Press. m/s. 80. ISBN 978-0-253-22049-3. Dicapai pada 8 November 2018.
- ^ Uhn, Cho (1999). "The Invention of Chaste Motherhood: A Feminist Reading of the Remarriage Ban in the Chosun Era". Asian Journal of Women's Studies. 5 (3): 45–63. doi:10.1080/12259276.1999.11665854.
- ^ 성종실록 (成宗實錄) [Veritable Records of Seongjong] (dalam bahasa Korea). 226. 1499.
- ^ "Zimbabwe: Widows Deprived of Property Rights". Human Rights Watch. 24 January 2017. Dicapai pada 5 June 2021.