Balthasar Gérard (c. 1557 – 14 Julai 1584) bertanggungjawab membunuh William I dari Orange di Delft pada 10 Julai 1584.

Balthasar Gérard
Lakaran gambaran Gérard s. abad ke-16. Stedelijk Museum het Prinsenhof, Delft
Kelahiranc. 1557
Meninggal dunia14 Julai 1584 (26-27)
WarganegaraPerancis
Nama lainGerards, Gerardts
Terkenal keranaAssassination of William the Silent

Biografi

sunting

Gérard kelahiran Franche-Comté (sebelum ini milik Sepanyol sebelum dipindahkan kepada Perancis) daripada keluarga penganut Gereja Katolik.

Pada Mac 1580, Raja Felipe II menawarkan ganjaran sebanyak 25,000 kepingan emas kepada sesiapa yang berjaya membunuh William si Pendiam yang dianggap "perosak agama Kristian dan musuh umat manusia".[1]

Pembunuhan William van Oranje

sunting

Tanggal Ahad 8 Julai 1584, Gérard berkeliaran di pekarangan Prinsenhof. Seorang pengawal menanyakan keberadaannuya, lalu Gérard menipu kononnya dia tidak mampu berpakaian serba cantik untuk ke misa gereja berdekatan; pengawal tersebut percaya dan kasihan melihat keadaannya maka dia meminta dari William sendiri duit sebanyak 50 kepingan emas agar dapat membeli pakaian kononnya.[1] Keesokan harinya, Gérard tawar-menawar membeli dua pucuk pistol daripada seorang askar.[1]

 
Bekas das tembakan peluru yang masih kelihatan di Prinsenhof (Delft)

Gérard menyorok di sebuah kawasan gelap berdekatan Prinsenhof lusa hari 10 Julai. William bersama seorang adindanya diperhatikan menyapa seorang askar pahlawan Walesl Gérard segera menembak William dua kali sebelum melarikan diri; WIlliam mati akibat luka dialami pada pangkuan adindanya sambil berkata pada nafas terakhir: Mon Dieu, ayez pitié de moi et de mon pauvre peuple (dalam Bahasa Perancis bermaksud: "Ya Tuhanku, kasihanilah aku dan rakyat papa aku").

Pembicaraan dan penyeksaan

sunting

Gérard dihukum mati atas jenayahnya membunuh ketua negara Belanda. Semasa dia ditahan, dia mengalami banyak penyeksaan hebat oleh para penahannya:

  • diikat pada tiang dan dilibas dengan cemeti pada hari pertamanya
  • keempat-empat tulang keratnya dibelenggu pada waktu malam agar tidak dapat tidur
  • digantung dengan tangan diikat belakang sambil diejek-ejek
  • pemberat sebanyak 300 paun metrik (150 kg) dihimpit pada kedua-dua ibu jari kaki selama setengah jam
  • dipakaikan kasut kulti anjing yang mengetat sehingga menghancurkan tulang kakinya
  • diselar kedua-dua ketiaknya dengan besi panas
  • dipakaikan baju direndam arak dan disimbah lemak perut babi yang mengeleggak

Penghukuman mati

sunting
 
Reward letter of King Philip II of Spain to the family of Balthasar Gerards, 1590

Dia dihukum mati pada 14 Julai 1584. Perintah dikeluarkan majistret mengarahkan seperti yang berikut:

Raja Felipe II mengurniakan tiga bidang tanah Lievremont, Hostal, and Dampmartin di Franche-Comté kepada keluarga Gerard atas "jasa"nya serta memberikan mereka pangkat bangsawan.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Motley, John L. (1856). The Rise of the Dutch Republic, Vol. 3.