Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Bali

Bali ialah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di bahagian barat Kepulauan Nusa Tenggara dan beribu negeri di Denpasar. Pulau Bali, yang merupakan pulau terbesar di Provinsi Bali, memiliki beberapa gelaran, seperti Pulau Dewata dan Pulau Seribu Pura.[1] Di awal kemerdekaan Indonesia, pulau ini termasuk dalam Provinsi Sunda Kecil yang beribu negeri di Singaraja. Kini ia terbahagi menjadi 3 provinsi, iaitu Bali, Nusa Tenggara Barat, dan Nusa Tenggara Timur.[2][3] Pada tahun 2020, penduduk provinsi Bali berjumlah 4.317.404 orang, dengan kepadatan 747 orang/km2, dan pada akhir 2023 berjumlah 4.344.554 orang.[4][5]

Selain terdiri dari pulau Bali, provinsi Bali juga terdiri daripada pulau-pulau lebih kecil di sekitarnya, iaitu pulau Nusa Penida, pulau Nusa Lembongan, pulau Nusa Ceningan, Pulau Serangan, dan Pulau Menjangan. Secara geografi, Bali terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Majoriti penduduk Bali ialah penganut Hindu.[5] Bali terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi orang Jepun dan Australia.

Geografi

sunting

Pulau Bali yang merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer. Terletak pada garisan lintang selatan 8°, kedudukan ini menyebabkan Bali beriklim tropika sebagaimana dengan kawasan-kawasan Indonesia yang lain.

Gunung Agung setinggi 3,148 meter ialah titik yang tertinggi di Bali. Gunung berapi ini meletup terakhir kali pada Mac 1963. Gunung Batur merupakan lagi sebuah gunung di pulau ini. Sekitar 30,000 tahun dahulu, Gunung Batur meletus dan mengakibatkan bencana yang dahsyat. Berbeza dengan bahagian utara, bahagian selatan Bali ialah dataran rendah yang dialiri sungai-sungai.

Ibu kota Bali ialah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian. Destinasi pelancongan yang utama di Bali termasuk Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua.

Sejarah

sunting

Penghuni-penghuni pertama di pulau Bali dipercayai merupakan penghijrah-penghijrah dari Asia yang datang pada 2500 SM. Zaman prasejarah kemudian berakhir dengan kedatangan orang-orang Hindu dari India pada 100 SM.

Pada zaman kerajaan Majapahit, hampir seluruh nusantara beragama Hindu. Namun seiring dengan datangnya Islam, berdirilah kerajaan Islam di nusantara yang menyebabkan keruntuhan Majapahit sekitar tahun 1500. Kebanyakan orang Hindu datang dari Pulau Jawa.

Penjelajah Eropah pertama yang menemui Bali ialah Cornelis de Houtman dari Belanda pada 1597. Melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie), Belanda kemudian menjajah Bali, dan mencetuskan perang yang melibatkan seluruh rakyat, baik lelaki mahupun perempuan, termasuk rajanya.

Sejak penubuhan Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian negara tersebut.

Agama lainnya termasuk Islam

Pemerintahan

sunting
  1. Badung
  2. Bangli
  3. Buleleng
  4. Denpasar, ibu kota
  5. Gianyar
  6. Jembrana
  7. Karangasem
  8. Klungkung
  9. Tabanan
 
Sistem irigasi Subak di Bali

Gabenor

sunting


No. Tempoh Nama Gabenor
1 1950 - 1958 Anak Agung Bagus Sutedja
2 1958 - 1959 I Gusti Bagus Oka
3 1959 - 1965 Anak Agung Bagus Sutedja
4 1965 - 1967 St. I Gusti Putu Martha
5 1967 - 1978 Soekarmen
6 1978 - 1988 Ida Bagus Mantra
7 1988 - 1993 Ida Bagus Oka
8 1993 - 1998 Ida Bagus Oka
9 1998 - 2003 Dewa Made Beratha
10 2003 - 2008 Dewa Made Beratha

Lihat juga

sunting


  1. ^ "3 Nama Julukan Pulau Bali yang Jarang Diketahui Orang". kumparan.com (dalam bahasa Indonesia). 2023-05-04. Dicapai pada 2024-05-09.
  2. ^ "Badak Sunda dan Harimau Sunda". "[...] Mr. Muhamad Yamin yang pada 1950-an ketika menjadi Menteri P.P. dan K. mengganti istilah Kepulauan Sunda Kecil menjadi Kepulauan Nusa Tenggara. Sebab, istilah Kepulauan Sunda Kecil diganti dengan Kepulauan Nusa Tenggara, maka istilah Kepulauan Sunda Besar juga tidak lagi digunakan dalam ilmu bumi dan perpetaan nasional Indonesia–meskipun dalam perpetaan Internasional istilah Greater Sunda Islands dan Lesser Sunda Islands masih tetap digunakan." - Ajip Rosidi: Penulis, budayawan. Pikiran Rakyat, 21 Agustus 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-08. Dicapai pada Juli 7, 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ "lifting devices - Article Shops Online Article Directory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-19. Dicapai pada 2020-04-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Visualisasi Data Kependudukan - Kementerian Dalam Negeri 2023" (Visual). www.dukcapil.kemendagri.go.id. Dicapai pada 20 Januari 2024.
  5. ^ a b "Jumlah Penduduk Menurut Agama 2022". www.satudata.kemenag.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-07-09. Dicapai pada 9 Juli 2023. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)