Baka and Test
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Baka and Test (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Baka and Test (バカとテストと召喚獣 , Baka to Test to Shōkanjū, lit.) Dalam bahasa Melayu boleh disebut sebagai Si lembab, Ujian, dan Makhluk seruan) juga dikenali sebagai Baka and Test: Summon the Beasts ialah sebuah novel dari Jepun karangan Kenji Inoue manakala ilustrasinya pula oleh Yui Haga. Novel pertama bagi anime ini mula terbit pada 29 Januari 2007. Pada 30 Jun 2011, kesemua 13 buah siri novel ini, termasuk siri 3.5, siri 6.5, siri 7.5, dan siri 9.5, telah diterbitkan oleh Enterbrain. Sebuah manga yang adaptasi daripada novel ini telah dilakar oleh Mosuke Mattaku mula keluar dalam majalah hiburan Shōnen Ace pada 25 April, 2009. Terdapat juga manga adaptasi daripada novel ini yang dilakar oleh Namo mula terbit dalam laman sesawang majalah komik Famitsu Comic Clear pada 30 Oktober, 2009. Satu anime adaptasi dari manga "Baka to Test to Shōkanjū" telah diterbitkan oleh Media Factory dan ke udara pada bulan yang sama di Rangkaian TV Tokyo. Musim kedua Anime ini telah tamat ke udara pada 30 September 2011 lepas juga di rangkaian TV Tokyo.Pada April 2013,Kenji Inoue mendedahkan pada nota pengarang yang dmuatkan dalam novel besiri "Baka To Test" jilid ke 11 bahawa kisah "Baka To Test" ini akan berakhir pada novel bersiri "Baka To Test" jilid ke 12.
Baka and Test | |
Genre | Romantik komedi, Fantasi, Parodi, Kehidupan Sekolah |
---|---|
Novel ringan | |
Pengarang | Kenji Inoue |
Ilustrasi | Yui Haga |
Penerbit | Enterbrain |
Demografik | Lelaki |
Pencetakan | Famitsu Bunko |
Tarikh Pengeluaran | Januari 29, 2007 – sedang berjalan |
Jilid | 13 |
Manga | |
Ilustrasi | Mosuke Mattaku |
Penerbit | Kadokawa Shoten |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Shōnen Ace |
Tarikh Pengeluaran | April 25, 2009 – sedang berjalan |
Manga | |
バカとテストと召喚獣 SPINOUT! それが僕らの日常。 | |
Ilustrasi | namo |
Penerbit | Enterbrain |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Famitsu Comic Clear |
Tarikh Pengeluaran | October 30, 2009 – sedang berjalan |
Jilid | 4 |
Siri televisyen anime | |
Baka to Test | |
Pengarah | Shin Ōnuma |
Studio | Silver Link |
Dilesenkan oleh | Madman Entertainment Funimation Entertainment Animax Asia |
Tarikh tayangan | January 7, 2010 – March 31, 2010 |
Episod | 13 |
Video animasi original | |
Baka to Test to Shōkanjū: Matsuri | |
Pengarah | Shin Ōnuma |
Studio | Silver Link |
Dilesenkan oleh | Funimation Entertainment |
Siri televisyen anime | |
Baka to Test to Shōkanjū: Ni! | |
Pengarah | Shin Ōnuma |
Studio | Silver Link |
Dilesenkan oleh | Funimation Entertainment |
Tarikh tayangan | July 8, 2011 – September 30, 2011 |
Episod | 13 |
Plot
suntingTemplat:Spoiler
Cerita tertumpu pada seorang budak lelaki bernama Akihisa Yoshii, yang juga dikenali sebagai si dungu atau "Baka" dalam bahasa jepun seperti mana tajuk anime ini .
Beliau merupakan murid Fumizuki Academy, sebuah sekolah di mana pelajar dibahagikan berdasarkan keputusan markah akademik mereka. Apabila bermulanya persekolahan, pelajar-pelajar dalam bidang akademik disusun mengikut gred peperiksaan. Semakin tinggi gred yang dipeolehi lebih tinggi kelas seseorang murid itu, dan lebih banyak manfaatnya.
Dalam kes ini, Kelas A misalnya diisi dengan pelajar-pelajar tertinggi markahnya; Oleh itu, kelas mereka dipenuhi dengan banyak barang-barang yang berprestij (penghawa dingin, kerusi mewah, komputer riba, bar makanan ringan percuma, dll.), Manakala keadaan Kelas F bertentangan dengan kelas yang lengkap itu, yang mewakili "kelas bawahan" kemudahanya adalah sangat teruk, seperti tikar dan meja kayu tanpa kerusi dengan kusyen kaki yang sudah lusuh sahaja.
Akademi ini mempunyai sesuatu yang istimewa, di mana semua pelajar boleh memanggil suatu Makhluk (Shōkanjū, atau "Avatar" dalam terjemahan rasmi Bahasa Inggeris). Makhluk ini bakal digunakan untuk pertempuran antara kelas dengan matlamat menguasai (atau mengekalkan) kemudahan bilik darjah sesebuah kelas.
Kelas A diisi dengan barangan prestij dan mewah,semestinya semua pelajarnya mempunyai Makhluk (summon) yang kuat , manakala Kelas F adalah sebaliknya. Seorang guru mesti membenarkan / menyelia setiap pertempuran, dan kesihatan dan kekuatan setiap makhluk yang dipanggil adalah berdasarkan skor ujian terakhir pelajar dalam mata pelajaran guru itu (iaitu seperti subjek Matematik, Sejarah, dan sebagainya).
Makhluk kehilangan mata apabila dipukul oleh lawan, dan kiraan mata perlu mencapai sifar untuk dikira kalah, dan pelajar yang mendapat markah sifar perlu mengambil tuisyen tambahan dengan Nishimura atau dikenali sebagai Ironman untuk mengembalikan mata.Walau bagaimanapun, seseorang pelajar itu boleh meninggalkan pertempuran sebelum mencapai sifar, dan mengembalikan mata petempuran dengan mengambil peperiksaan pemulihan,namun harus diingat bahawa jika pelajar itu menjawab sesuatu soalan dengan salah ketika peperiksaan pemulihan,dia akan kehilangan jumlah matanya. Seterusnya pelajar itu kemudian boleh kembali ke pertempuran setelah mengambil peperiksaan pemulihan.
Pada hari ujian penempatan kelas, seorang gadis pintar yang bernama Mizuki Himeji mengalami demam dan tidak dapat menyelesaikan ujian itu, maka beliau memperoleh skor sifar. Akibatnya, dia dipindahkan ke dalam Kelas F bersama-sama dengan Akihisa Yoshii.
Sesebuah kelas boleh mengisytiharkan perang dengan kelas yang lebih tinggi daripadanya dan jika sesebuah kelas itu kalah dalam peperangan,mereka tidak boleh mengisytiharkan perang dengan sesebua kelas lain untuk tempoh 3 bulan.
Akihisa, yang sangat kasihan melihat Mizuki Himeji berada di kelasnya yang serba kekurangan yang juga mengimpikan suatu hari apabila akademi itu tidak lagi akan dibahagikan mengikut gred, mencetuskan idea kepada kelasnya untuk mengalahkan kelas yang berada lebih tinggi daripadanya iaitu kelas E dan membuktikan kepada dunia bahawa gred bukanlah segala-galanya didunia ini bersama-sama Yuuji Sakamoto Ketua Kelas 2F dan dia berjaya mengalahkan kelas E berkat bantuan Mizuki namun kelas A pula kini mengisytiharkan perang terhadap kelas F,juga dalam masa yang sama Mizuki Himeji mula menyimpan perasaan kepada Akihisa.
Media
suntingNovel
sunting- Baka to Test to Shōkanjū 1 ISBN 978-4-7577-3329-9 (January 29, 2007)
- Baka to Test to Shōkanjū 2 ISBN 978-4-7577-3505-7 (April 28, 2007)
- Baka to Test to Shōkanjū 3 ISBN 978-4-7577-3682-5 (August 30, 2007)
- Baka to Test to Shōkanjū 3.5 ISBN 978-4-7577-3979-6 (January 30, 2008)
- Baka to Test to Shōkanjū 4 ISBN 978-4-7577-4236-9 (May 30, 2008)
- Baka to Test to Shōkanjū 5 ISBN 978-4-7577-4518-6 (November 29, 2008)
- Baka to Test to Shōkanjū 6 ISBN 978-4-7577-4827-9 (April 30, 2009)
- Baka to Test to Shōkanjū 6.5 ISBN 978-4-7577-5040-1 (August 29, 2009)
- Baka to Test to Shōkanjū 7 ISBN 978-4-04-726195-2 (December 26, 2009)
- Baka to Test to Shōkanjū 7.5 ISBN 978-4-0472-6313-0 (February 27, 2010)
- Baka to Test to Shōkanjū 8 ISBN 978-4-04-726727-5 (August 30, 2010)
- Baka to Test to Shōkanjū 9 ISBN 978-4-04-727031-2 (January 29, 2011)
- Baka to Test to Shōkanjū 9.5 ISBN 978-4-04-727332-0 (June 30, 2011)
Anime
suntingSebuah anime 13-episod yang merupakan adaptasi bagi judul ini telah dikeluarkan oleh studio animasi Silver Link dan telah diarahkan oleh Shin Ōnuma[1] disiarkan di Jepun diantara 7 Januari dan 31 Mac 2010. Pada 4 Mac 2010, Funimation Entertainment mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh lesen bagi anime ini sebaik sahaja ia ke udara di Jepun dengan tajuk Baka and Test – Summon the Beasts. Musim kedua bagi anime ini telah dikeluarkan dengan tajuk Baka to Test to Shoukanjuu Ni! dan mula disiarkan di Jepun pada Julai 2011.
OVA
suntingDua Episod OVA dengan tajuk Baka to Test to Shoukanjuu: Matsuri.[2] telah dilancarkan dalam dua siri Blu-Ray/DVD : siri pertama pada 23 February 2011 dan kedua pada 30 Mac 2011. Kedua OVA didatangkan dengan 2-3 penamat yang berbeza.
OST
suntingBagi musim pertama,anime ini mempunyai tiga buah lagu tema: sebuah lagu tema pembukaan dan dua lagu tema penutup. Lagu tema pembukaanya ialah "Perfect-area Complete!" dinyanyikan oleh Natsuko Aso, dihasilkan oleh Kenichi Maeyamada. Lagu tema penutup pertama yang bertajuk "Baka Go Home" dinyanyikan oleh Milktub and BakaTest All Stars. Lagu tema penutup kedua ialah "Hare Tokidoki Egao" dinyanyikan Hitomi Harada, Kaori Mizuhashi, Emiri Katou dan Tomomi Isomura.
Episod-Episod
suntingMusim 1
suntingNo. | Tajuk | Tarikh disiarkan |
---|---|---|
01 | "Baka to Kurasu to Shōkan Sensō" (バカとクラスと召喚戦争) | 6 Januari , 2010 |
Mizuki Himeji, merupakan seorang yang intelek dan ini menobatkan dirinya sebagai seorang pelajar kedua terbijak di sekolahya, telah muncul di Kelas F pada tahun kedua persekolahanya di Sekolah Menengah Fumizuki. Akihisa Yoshii bimbang dengan keadaan kesihatan Mizuki dan telah membuat sebuah rancangan dengan Yuji Sakamoto bagi menewaskan Kelas A agar Mizuki dapat hidup di kelas A yang mempunyai persekitaran yang bersih dan selesa, tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu untuk menentang kelas-kelas yang lebih rendah, dan mereka bermula dengan Kelas E. | ||
02 | "Yuri to Bara to Hoken Taiiku" (ユリとバラと保健体育) | 13 Januari 2010 |
Kelas A menerima kunjungan daripada Kelas F, ketua kelas F, Sakamoto Yuji meminta agar diadakan perlawanan makhluk yang dipanggil (ESB) diantara ketua kelas A dan kelas F sahaja. Shōko Kirishima, ketua Kelas A, bersetuju dengan syarat kelas yang kalah akan patuh dengan arahan bagi kelas yang menang, dan ketua kelas F,Yuji bersetuju. Walaubagaimanapun, sebelum ketua kelas A,Shōko Kirishima bersetuju dengan tawaran itu, dia bergerak lebih dekat kepada Mizuki. | ||
03 | "Shokuhi to Dēto to Sutangan" (食費とデートとスタンガン) | 20 Januari 2010 |
Akihisa Minami dan Mizuki pergi menonton wayang, dan secara kebetulan mereka bertemu dengan Yuji dan Shōko yang juga melakukan hal yang sama.Yuji sendiri tidak dapat melepaskan diri kerana beliau dikawal-ketat oleh Shōko dengan senjata elektrostatik kepunyaan Shōko. Hari ahad berikutnya mereka seterusnya membuat temujanji dan pergi menonton filem lagi, dan sekali lagi terserempak dengan Shōko dan Yuji. Kedua-dua gadis,Minami dan Mizuki singgah di restoran selepas menonton filem dan cuba untuk menambat hati Akihisa dengan menawarkan Akihisa untuk menikmati snek mereka, tetapi Miharu, seorang murid perempuan yang juga merupakan kawan Minami datang menggangu mereka. | ||
04 | "Ai to Supaisu to Obentō" (愛とスパイスとお弁当) | 27 Januari 2010 |
Selepas kelas tambahan di pagi ahad,Akihisa yang telah pokai kelaparan di sekolah lalu Minami mendakwa bahawa dia telah menyediakan makan tengah hari terlalu banyak dan ingin dikongsi bersama Akihisa (sebenarnya dia sengaja bangun awal bagi membuatnya) namun dia terlupa membawanya lalu adik perempuannya Hazuki muncul.Hazuki telah membawa bersamanya bekal itu ke sekolah Fumizuki untuk dikongsi bersama Akihisa pada masa yang sama,Mizuki juga menawarkan bekal makanan tengah hari untuk Akihisa.Sakamoto Yuji, Tsuchiya Kouta dan Kinoshita Hideyoshi tiba-tiba muncul berhampiran Akihisa dan mencuba masakan Mizuki itu kerana dari segi luarannya ia kelihatan enak,namun masakan Mizuki telah membuatkan mereka pengsan. | ||
05 | "Chizu to Takara to Sutoraikā Shiguma Faibu" (地図と宝とストライカー・シグマV) | 03 Febuari 2010 |
Pengetua Sekolah Fumizuki mengadakan acara mencari harta karun di mana hadiah utamanya berupa item misteri. Setiap kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan. Akihisa berpasangan dengan Yuji dan Hideyoshi dan setiap pasukan perlu menyelesaikan semua kertas-kertas yang mempunyai koordinat bagi mengetahui lokasi harta. Akihisa yang sememangnya menyerahkan sepenuh hidupnya kepada nasib telah mengeluarkan tiga pensil istimewanya iaitu "Striker Stigma 5","Problem Breaker" dan juga "Shiny Answer" yang mempunyai beberapa susunan huruf dan susunan nombor bagi membantunya menjejak lokasi harta karun yang tersembunyi di sekolahnya. | ||
06 | "Boku to Pūru to Mizugi no Rakuen――to" (僕とプールと水着の楽園――と、) | 10 Febuari 2010 |
Yuji melawat Akihisa, dan lawatan itu berakhir dengan pertelingkahan.Akhirnya mereka bercadang untuk mandi di kolam renang, tetapi dihalang oleh encik Nishimura. Memandangkan mereka telah dimaklumkan untuk membersihkan kolam renang pada hari Sabtu minggu hadapan, Yuji menjemput Kota, Mizuki, Minami dan Hideyoshi untuk bersama-sama membantu mereka membersihkan kolam renang . Beliau juga mengajak Shōko, kerana tidak mahu Shōko berkecil hati jika tidak dijemput. Keriuhan terjadi di kolam renang dan tempat mandi pada hari sabtu itu. | ||
07 | "Ore to Shōko to Kisaragi Gurando Pāku" (俺と翔子と如月グランドパーク) | 17 Febuari 2010 |
Shōko muncul di dalam bilik tidur Yuji untuk meyakinkan beliau untuk pergi dengannya di Taman Tema Kisaragi bagi mengambil bahagian dalam acara perkahwinan olok-olok dengan menunjukkan kepadanya tiket premium yang diberikan oleh Akihisa. Yuji, mengutuk Akihisa kerana memberikan tiket itu kepada Shōko . Setelah mereka sampai di Taman Tema, sekumpulan kawan-kawannya telah berada di sana untuk membantu Yuji dan Shōko menjayakan acara perkahwinan olok-olok itu dengan bekerja secara sambilan di sana.Apabila acara perkahwinan olok-olok itu berlangsung,Shōko menjelaskan bahawa impian hidupnya selama ini adalah untuk menjadi isteri kepada Yuji dan itu telah membuatkan Yuji terharu.Namun begitu,sepasang pelanggan yang berada di situ mengutuk impian Shōko itu dengan menganggap impiannya itu adalah pelik.Shōko berasa malu dan meninggalkan majlis itu.Beberapa jam kemudian,Shōko terserempak dengan Yuji dan bertanyakan kepadanya adakah impiannya itu seseuatu yang ganjil?Yuji menjelaskan bahawa dia sungguh kagum dengan Shōko kerana untuk satu tempoh yang lama Shōko masih mencintainnya meskipun dia bersikap dingin kepadanya dan menjelaskan dia seharusnya berbangga dengan impianya.Yuji juga menyatakan bahawa perasaan Shōko terhadap dirinya adalah satu kesilapan dan dia (Shōko) telah menhabiskan banyak masanya untuk mencintai seorang yang tidak berguna sepertinya kerana dirinya hanyalah seorang budak sekolah menengah yang mempunyai gred yang teruk dan tidak sepadan dengan Shōko yang mempunyai gred yang lebih baik,kaya dan mempunyai rupa paras yang agak menarik.Meskipun Yuji menyatakan hal sedemikian, namun Shōko menyatakan bahawa dia tetap mencintai Yuji dan dia merasakan perasaanya terhadap Yuji bukanlah suatu kesilapan. | ||
08 | "Bōsō to Meikyū to Shōkanjū Hokan Keikaku" (暴走と迷宮と召喚獣補完計画) | 24 Febuari 2010 |
Pada permulaan episod ini,Minami cuba merampas sekeping gambarnya yang berada di tangan Akihisa,kemudian Minami mencabarnya dalam perlawanan makhluk yang dipanggil(ESB) olok-olok,namun perlawanan itu mengalami sedikit masalah dimana Akihisa tidak dapat memanggil makhluknya untuk berlawan, walaupun dia mencuba berulang kali ianya berakhir dengan makhluk yang dipanggil milik Akihisa menjadi semakin banyak.Hal ini telah sampai ke pengetahuan pengetua Sekolah Fumizuki dan beliau telah menuju kebilik kawalan makhluk yang dipanggil yang berpusat di sekolah itu bagi mengenalpasti punca masalah itu.Namun,bilik kawalan itu tidak dapat dibuka dari luar disebabkan terdapat wayar yang mengawal sistem bukaan pintu itu tercabut dan ini memaksanya meminta bantuan Akihisa bagi menggunakan jalan pintas yang terdiri daripada laluan sempit untuk masuk ke dalam bilik kawalan itu dan menyambungkan semula wayar yang telah terputus tadi bagi membolehkan pintu bilik kawalan itu dibuka.Akihisa bersetuju untuk membantu pengetuanya meskipun dia sedikit pun tidak mengetahui bahaya yang akan menimpanya didalam perjalanannya didalam lorong yang sempit menuju kebilik kawalan itu. | ||
09 | "Kisu to Basuto to Ponītēru" (キスとバストとポニーテール) | 03 Mac 2010 |
Kakak Akihisa, Akira, datang ke rumahnya untuk memeriksa keadaannya, dan melihat sendiri jika terdapat bukti-bukti sekiranya mana-mana gadis telah muncul di dalam hidupnya selain beliau.Keadaan mula berubah daripada buruk kepada lebih buruk apabila kawan-kawan Akihisa mengesyaki dirinnya menyembunyikan sesuatu.Minami dan Mizuki,kini mula berkelakuan ganjil selepas Kouta menyatakan bahawa Akihisa mungkin mempunyai teman wanita,dengan tidak semena-mena mahu menziarahi rumahnnya. Setelah mereka berenam termasuk Yuji dan Hideyoshi tiba di pintu rumah Akihisa, mereka bakal bertemu seseorang yang mereka tidak pernah lihat,tidak lain dan tidak bukan adalah kakak Akihisa . | ||
10 | "Moshi to kaitō to Rabu Retā" (模試と怪盗とラブレター) | 10 Mac 2010 |
Mizuki berusaha untuk memberi kepada Akihisa surat cintanya , tetapi masalah mula timbul apabila berlaku kesilapan ketika dia menghantarnya. Ia menjadi lebih teruk apabila surat cintanya, bersama-sama dengan barang peribadi rakan sekelasnya telah tersimpan bersama-sama dengan ujian penempatan kelas dalam peti besi. Kemudian Nemoto,ketua kelas 2B muncul untuk membantu mereka untuk mendapatkan barang mereka semula. | ||
11 | "Shukuteki to Koibumi to Dengeki Sakusen" (宿敵と恋文と電撃作戦) | 17 Mac 2010 |
Setelah 3 bulan berlalu,kelas F memulakan Perang Makhluk Yang Dipanggil (ESB) yang baru dengan mengisytiharkan ESB dengan kelas E dan dan mereka berjaya mengalahkan mereka.Seterusnya kelas F melancarkan ESB terhadap kelas D dan C dan setelah berjaya seterusnya mereka menyerang kelas B.Ketua kelas B,Nemoto cuba mengalahkan kelas F dengan menggunakan taktik kotor iaitu dengan mengugut Mizuki untuk menyebarkan surat cinta Mizuki yang berada ditangannya sekiranya Mizuki menyertai peperangan makhluk yang dipanggil itu.Hal ini telah sampai ke pengetahuan Akihisa dan menyebabkan kemarahan Akihisa mula meluap-luap.Meskipun Akihisa tahu Mizuki diugut,namun beliau masih tidak tahu mengenai hal surat cinta itu adalah untuk dirinya. | ||
12 | "Ai to yūki to Oretachi no Tatakai wa Kore kara da! Kakko Kari" (愛と勇気と俺達の戦いはこれからだ!(仮)) | 24 Mac 2010 |
Kelas F yang telah berjaya mengalahkan Kelas B kini merancang untuk mengalahkan Kelas A.Meskipun mereka telah memenangi pertempuran dengan Kelas E,D dan B,mereka menolak untuk bertukar kemudahan kelas dengan kelas-kelas tersebut dan membuatkan kelas yang telah kalah tadi berasa terhutang budi dengan mereka.Disebabkan mereka berhutang budi dengan kelas F,maka kelas F telah meminta mereka (kelas-kelas yang kalah tadi) melancarkan Perang Makhluk Yang Dipanggil Olok-Olok kepada kelas A bagi mengurangkan mata serangan ahli kelas A.Disebabkan kelas C tidak terhutang budi dengan kelas F,maka Yuji ketua kelas F telah mengarahkan Hideyosi pergi ke Kelas C dan berlakon seperti kakaknya dan menghamburkan penghinaan kepada kelas C agar kelas C merasa terhina dan melancarkan perang makhluk yang dipanggil terhadap kelas A.Maka,keadaan di Sekolah Fumizuki ketika itu mula menjadi riuh-rendah. | ||
13 | "Baka to Tesuto to Shōkanjū" (バカとテストと召喚獣) | 31 Mac 2010 |
Selepas peristiwa-peristiwa dalam episod sebelumnya, Akihisa berjaya untuk meyakinkan pengetuanya untuk menukar kelas Mizuki, tetapi sebelumnya dia hampir ditolak.Shōko dan Yūko muncul meminta untuk diadakan perlawanan semula kerana mereka tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut kerana ianya dianggap oleh mereka sebagai satu penghinaan kepada mereka (Kelas A).Pengetua sekolah Fumizuki bersetuju dengan permintaan untuk perlawanan semula itu tetapi dengan syarat kelas yang menang tidak boleh meminta untuk menukar kemudahan kelas dengan kelas yang kalah dan format perlawanan semula itu ialah pertandingan soalan kalah mati.Akihisa memutuskan untuk menyertai perlawanan itu bersendirian menentang ketua kelas A,Shōko .Ini dilakukannya untuk Mizuki. Shōko pula mempunyai rancangan lain untuk Yuji jika dia menang perlawanan itu. |
OVA
suntingNo. | Title | Original airdate |
---|---|---|
01 | "Ichinichime Boku to Meido to Aratanaru Tabidachi" (1日目「僕とメイドと新たなる旅立ち」) | February 23, 2011 |
02 | "Futsukame Baka to Hanabi to Shōkan Taikai" (2日目「バカと花火と召喚大会」) | March 30, 2011 |
Musim 2
suntingNo. | Tajuk | Tarikh Disiarkan |
---|---|---|
01 | "Boku to Minna to Kaisuiyoku!" (僕とみんなと海水浴っ!) | 8 Julai , 2011[3] |
Akihisa, Mizuki, Minami, Yuji, Hideyoshi, Kota, Shōko, Aiko, dan Akira menuju ke pantai untuk bermalam di situ selepas Akihisa akhirnya dapat menyakinkan kakaknya untuk membiarkan kawan perempuannya pergi bersama-sama mereka. Tidak lama selepas itu, Akihisa dan Yuji cuba untuk menggoda gadis.Namun,mereka tidak sedar ini akan mengakibatkan sesuatu yang mengejutkan kepada mereka selepas itu. | ||
02 | "Boku to Yukata to Omatsurisawagi!" (僕と浴衣とお祭り騒ぎっ) | 15 Julai , 2011[4] |
Kumpulan yang bercuti di pantai itu kemudian mengunjungi sebuah sambutan perayaan yang sedang berlangsung berhampiran dengan tempat percutian mereka, dan Akihisa menyedari bahawa terdapat pertandingan pakaian tradisional Jepun (yukata) sedang berlangsung di situ.Beliau mengesyorkan kepada rakan-rakan perempuannya untuk menyertai pertandingan itu namun perkara yang sebaliknya terjadi. | ||
03 | "Boku to Ano Ko to Nuigurumi!" (僕とあの娘とぬいぐるみっ!) | 22 Julai 2011[4] |
Guru kelas Yūko telah meminta beliau untuk turut terlibat dalam acara sekolah yang melibatkan lakonan.Oleh itu,Hideyoshi dan Yūko membuat keputusan untuk bertukar identiti kerana meskipun Yūko seorang yang bijak,namun dia tidak boleh menyanyi dengan baik, dan pelbagai khabar angin dan syak wasangka mula tersebar di akhir hari mereka bertukar identiti tersebut. Bahagian kedua mengimbas kembali bagaimana Akihisa bertemu Hazuki,adik kepada Minami.Kisahnya bermula apabila Minami mula bersikap murung kerana ingin memiliki seekor anak patung beruang yang dikenali sebagai "Noin" namun tidak mempunyai wang.Sementara itu,Akihisa terserempak dengan Mizuki di bandar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.Akihisa yang meminati Mizuki sejak kecil cuba mendapatkan Mizuki untuk memulakan perbualan.Ketika Akihisa berjalan mendapatkannya,Mizuki telah masuk ke sebuah kedai mainan.Apabila Akihisa masuk ke dalam kedai itu,Akihisa mendapati pelbagai jenis mainan dijual didalamnya dan dia lalu bergegas keluar dari kedai itu.Namun,ketika dia hendak keluar daripada kedai itu,dia mendengar Hazuki sedang merayu kepada Juruwang kedai itu agar membenarkannya membeli anak patung "Noin" itu dengan harga 10,000 Yen.Juruwang itu menolak kerana harga sebenar patung itu adalah 25,000 Yen.Akihisa berjanji untuk membantu Hazuki mendapatkan anak patung tersebut.Akihisa kemudian membuat satu rancangan bersama Yuuji untuk mendapatkan semula barangan larangan yang dibawanya di sekolah yang telah dirampas oleh Guru disiplin agar dia boleh membantu Hazuki dengan menjual barangan tersebut.Akhirnya,Hazuki berjaya mendapatkan patung tersebut.Guru disiplin yang juga guru kelas Akihisa meluahkan rasa kesalnya kerana semua barangan larangan yang telah dirampas hilang beserta buku lama miliknya.Setelah disiasat,rupa-rupanya ianya telah dijual dan si penjual telah mendedahkan identiti dirinya ketika menjual barangan tersebut tanpa rasa takut.Disebabkan kebodohan Akihisa ini,dia telah dilantik menjadi Inspektor Hukuman. | ||
04 | "Boku to Honne to Otoko no Songen!" (僕と本音と男の尊厳っ!) | 29 Julai 2011[4] |
Pada bahagian pertama, Akihisa, Yūji, Kōta dan Hideyoshi mengadakan perlawanan kad daun terup gaya "doubt". Mizuki kemudian tiba dan bertanya kepada mereka mengenai apa yang mereka sedang lakukan di dalam kelas 2F itu. Akihisa berasa hairan kerana meskipun sesi persekolah telah pun tamat pada hari itu, Mizuki masih berada di sekolah dan belum lagi pulang ke rumah. Mizuki menjelaskan dia belum pulang ke rumah kerana dia membantu guru kelasnya menyelesaikan tugasan sekolah dan sebagai balasan guru kelasnya telah memberikannya sekotak coklat dan menawarkan kepada Akihisa, Yūji, Kōta dan Hideyoshi sama ada mereka berminat untuk memakan coklat itu bersamanya. Mereka semua menolak tawaran Himeji. Himeji kemudian memakan sebungkus coklat yang terdapat di dalam kotak coklat yang dierimanya itu yang kemudiannya menyebabkan Himeji mula berkelakuan aneh.Pada bahagian kedua, Pengetua Akademi Fumizuki telah meminta bantuan pelajar dari kelas F untuk menguji sistem pertempuran shokanju yang telah dibaikpulih, akan tetapi shokanju tersebut telah mendedahkan dengan teperinci apa yang sedang difikirkan oleh penyeru shokanju tersebut... | ||
05 | "Boku to Nozoki to Kyōka Gasshuku!" (僕とのぞきと強化合宿っ!) | 5 Ogos 2011[4] |
Setelah menerima ugutan daripada pihak yang tidak dikenali, Akihisa dan Yūji telah memutuskan untuk mencari dalang di sebalik ugutan tersebut iaitu salah seorang di antara pelajar perempuan tahun dua Akademi Fumizuki dengan bantuan daripada Kōta dan Hideyoshi. Satu-satunya petunjuk yang mereka ada ialah dalang memiliki kesan terbakar pada bahagian belakang anggota badannya. Belum sempat sekumpulan pelajar itu untuk memulakan sisatan mengenai perkara tersebut, sekumpulan pelajar perempuan datang berkunjung ke bilik penginapan mereka dan menuduh MEREKA membuat perkara keji memasang sebuah kamera video mikro di dalam bilik persalinan pelajar perempuan! | ||
06 | "Boku to Nozoki to Otoko no Yūjō!" (僕とのぞきと男の友情っ!) | August 12, 2011[5] |
Failing in the previous encounter due to the strong defense, Akihisa, Yūji, Kōta and Hideyoshi plan another breakthrough by inspiring the males of both their own and the other classes to reach the girls bathroom. as the probing commences, the quartet comes into heavy resistance... particularly from the girls themselves... | ||
07 | "Boku to Nozoki to Harukanaru Tōgenkyō!" (僕とのぞきと遥かなる桃源郷っ!) | August 19, 2011[5] |
On the last night of the training camp after failing to peep on the girls bath yet again, the boys have one last hope to do it. they enlist the boys of every other class by giving them pictures of Himeji in her bath robe, inciting them with enough lust to get them on their side. Meanwhile, Akihisa accidentally tells Minami that he loves her in a text message. The battle is hard won, but after only seeing the principal washing herself, all 2nd year boys are suspended for a period of one week. On the returning day of school, Minami kisses Akihisa to his and Himeji's shock without any warning. | ||
08 | "Uchi to Nippon to Shiranai Kotoba" (ウチと日本と知らない言葉) | August 26, 2011[5] |
In this episode Minami tells her story, and how she met Akihisa, At first she doesn't understand a lot of Japanese , but she tries her best to understand it. When Akihisa first walks up to her in class he asks her to be friends in French, mixing up French for German, but Minami jumps to conclusions and misunderstands him. At the end of the episode Minami finds out what he is saying and tell him that Minami and Akihisa can be friends. | ||
09 | "Boku to Koiji to Kōshō-jutsu!" (僕と恋路と交渉術っ!) | September 2, 2011[5] |
The episode kicks off after Minami kisses Akihisa in front of Mizuki, and things get complicated in their relationship. Meanwhile, there is evidence that there may by a war between classes F, D, and B, as Miharu is jealous of Akihisa's and Minami's "relationship," and Nemoto wanting revenge on Class F for humiliating him. | ||
10 | "Boku to Koiji to Ren'ai-jutsu!" (僕と恋路と恋愛術っ!) | September 9, 2011[5] |
After the turbulence between Akihisa and Minami, Miharu is confronted by Akihisa (In hopes to anger her for a ESB). Akihisa successfully enrages Miharu for a battle on the school roof. After Aki gains the upper hand, he is "betrayed" by his classmates and attacked. Yuji strikes a truce with Miharu. It is revealed in the epilogue, Akihisa admits his true feelings about Minami through a tape Voyeur secretly recorded. Minami overhears this tape outside the classroom and later admits to her sister "Your sister has fallen hard for someone...". | ||
11 | "Yūji to Shōko to Osanai Omoide" (雄二と翔子と幼い思い出) | September 16, 2011[6] |
Yūji and Shōko reminisce of an elementary school (5th grade) memory. Yūji, at the time, was considered a genius, surpassing 6th graders, and was very overconfident and selfish. A trio of jealous 6th graders try to blackmail Yūji by writing "I cheated on all of my tests" on his P.E. uniform. Shōko, already in love with Yūji, tries to stop them. However, she fails and is bullied. Yūji notices them, and decides to save Shōko, by fighting the 6th graders. Later that day, Yūji comes home beaten, and Shōko explains to his mother. Yūji's mother then lets little Shōko know that she is rooting for Shōko to gain Yūji's love. | ||
12 | "Baka to Dōke to Rekuiemu!" (バカと道化と鎮魂歌っ!) | September 23, 2011[6] |
The enemies from the past return to have a little revenge. Being embarrassed by students a year lower than them some time ago, Tsunemura and Natsukawa somewhat thought of a little way to get some payback. The system in the school, already being a little broken again for the third time, gave their principal an idea to give the students a way to settle their little fight. They decided to have a little RPG like game, on where a pair of two each time enters areas where they have to defeat the enemies en route to the final destination. The episode ends with an unfinished game and Tsunemura confessing to Hideyoshi, who refuses. | ||
13 | "Baka to Tesuto to Shōkanjū!" (バカとテストと召喚獣っ!) | September 30, 2011[6] |
As the 2nd years' forces are dwindling, Minami and Akihisa enter the battlefield. After escaping from Miharu, Minami faints from fear. As a result, Akihisa lets her rest and goes with Mizuki. As Mizuki is telling off Akihisa for calling her a princess, the room becomes pitch black and Akihisa then pairs with Yuuji, while Mizuki finds Shouko. As the "summerfags" Tsunemura and Natsukawa prepare to battle the pair of girls, Mizuki screams at the seniors for degrading Akihisa and Yuuji, causing the girls to get eliminated. After hearing Mizuki, Akihisa and Yuuji battle the summerfags. After outwitting the summerfags, Akihisa and Yuuji win. Afterwards, Akihisa apologizes to Mizuki, who forgives him, requests that he calls her by first name, and kisses his cheek, telling him that her crush from season 1 (Akihisa himself) is still strong. Afterwards, Minami comes and asks why Akihisa didn't stay with her, causing misunderstanding and confusion, and Akihisa is chased by the girls. Yuuji also runs away from Shouko, who demands marriage for not partnering up with her. Then, all the students and Iron Man run outside in a circle. |
Rujukan
sunting- ^ "Baka to Test to Shōkanjū Light Novels to Be Animated (Updated)". Anime News Network. April 11, 2009. Dicapai pada August 18, 2009.
- ^ "Baka and Test Gets New OVA Before 2nd TV Season". Anime News Network. August 23, 2010. Dicapai pada February 16, 2011.
- ^ "バカとテストと召喚獣にっ!" (dalam bahasa Japanese). Web Newtype. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-12. Dicapai pada June 12, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d "バカとテストと召喚獣にっ!" (dalam bahasa Japanese). Web Newtype. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-10. Dicapai pada July 10, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d e "バカとテストと召喚獣にっ!" (dalam bahasa Japanese). Web Newtype. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada August 10, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c "バカとテストと召喚獣にっ!" (dalam bahasa Japanese). Web Newtype. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-01. Dicapai pada October 2, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
Rujukan Luar
sunting- Laman rasmi (Jepun)
- Laman rasmi di Funimation
- Baka and Test (anime) di Ensiklopedia Anime News Network
- test answer