Bahasa pengaturcaraan ZPL
ZPL (ringkasan bagi Bahasa Pengaturcaraan aras Z - (Z-level Programming Language) adalah bahasa pengaturcaraan tatasusunan - (array programming language) direka bagi menggantikan bahasa pengaturcaraan C dan C++ dalam applikasi kejuruteraan dan sains. Disebabkan matlamat rekaannya adalah mendapatkan prestasi tinggi bebas mesin, aturcara ZPL berjalan laju pada kedua komputer turutan (sequential computer) dan komputer selari (parallel computer). Aturcara selari ZPL tinggi amat ringkas dan mudah ditulis kerana ia menggunakan perintah keselarian jelas secara sepenuhnya.
Pada asalnya dikenali sebagai Orca C, ZPL direka dan dilaksanakan semasa 1993-1995 oleh Jabatan Kejuruteraan dan Sains Komputer oleh Projek Orca di Universiti Washington.
ZPL menggunakan abstrak tatasusunan bagi melaksanakan model aturcara data selari(dataparallel programming model). Ini merupakan sebab ZPL mencapai prestasi sebegitu baik: dengan tidak mempunyai arahan selari (parallel directives) atau sebarang bentuk arahan selari jelas, ZPL mengambil peluang bahawa apabila pengiraan agregate digambarkan dalam bentuk tatasusunan, kebanyakan operasi skalar perlu dilaksanakan (dengan jelas) bagi melaksanakan operasi tatasusunan. Ini menggambarkan pengiraan boleh diedarkan secara automatik kepada pemprosesasan berlainan bagi mencapai pengiraan serentak: Keselarian timbul dari sematik operasi tatasusunan.
ZPL diterjemahkan kepada perwakilan pokok sintak abstrak (abstract syntax tree) biasa pada mana analisa aturcara dan pengoptima aturcara dilaksanakan. Kod ANSI C dihasilkan sebagai kod objek. Aturcara C (yang mana bebas mesin kerana ia melaksanakan operasi tertentu dalam bentuk abstrak) kemudiannya dikompil menggunakan pengompil C tempatan pada mesin sasaran dengan pustaka khas (custom libraries) dioptima bagi pelantar khusus.
Pencipta ZPL adalah: Brad Chamberlain, Sung-Eun Choi, E Christopher Lewis, Calvin Lin, Jason Secosky, Larry Snyder, dan W. Derrick Weathersby dengan bantuan dari Ruth Anderson, A.J. Bernheim, Marios Dikaiakos, George Forman, dan Kurt Partridge.