Bahasa lekatan
Bahasa lekatan atau istilah lebih teknikalnya bahasa aglutinatif adalah sejenis bahasa sintesis yang membentuk kata menggunakan kaedah aglutinasi, yakni lekatan. Perkataan mungkin mengandungi morfem yang berbeza untuk menentukan makna mereka, tetapi semua morfem ini (termasuk kata dasar dan imbuhan) kekal dan tidak berubah selepas penyatuan mereka. Ini menghasilkan makna perkataan yang lebih mudah diteka berbanding dengan bahasa bersaraf, yang membenarkan pengubahsuaian dalam satu atau kedua-dua fonetik atau ejaan pada satu atau lebih morfem dalam suatu perkataan, biasanya memendekkan perkataan atau menyediakan sebutan lebih mudah. Bahasa aglutinatif umumnya mempunyai satu kategori tatabahasa setiap imbuhan manakala bahasa fleksi mempunyai banyak. Istilah ini diperkenalkan oleh Wilhelm von Humboldt untuk mengelaskan bahasa dari sudut pandangan morfologi.[1] Ia berasal dari kata kerja Latin agglutinare, yang bermaksud "melekat bersama".[2]
Bahasa sintesis bukan lekatan ialah bahasa fleksi; secara morfologi, mereka menggabungkan imbuhan dengan "menekan" mereka bersama, lalu mengubah sifat mereka dalam proses ini, dan bergabung dengan beberapa maksud dalam satu imbuhan (contohnya, dalam perkataan Sepanyol comí "saya makan", akhiran í membawa makna orang pertama, nombor tunggal, masa lalu, aspek sempurna, menunjukkan perasaan, suara aktif.) Istilah aglutinatif kadang-kadang disalahgunakan sebagai sinonim untuk bahasa sintesis. Bahasa aglutinatif dan fleksi adalah dua hujung keselanjaran, dengan pelbagai bahasa jatuh di antara satu dan yang lain. Sebagai contoh, Bahasa Jepun secara umum dianggap bahasa aglutinatif, tetapi menggunakan gabungan otōto (弟 younger brother), daripada oto+hito (asalnya woto+pito), dan dalam konjugasi kata kerja bukan lekatannya. Bahasa sintetik boleh menggunakan aglutinasi morfologi digabungkan dengan penggunaan separa ciri fleksi, contohnya dalam sistem kesnya (sebagai contoh: Bahasa Jerman, Belanda, dan Parsi).[perlu rujukan]
Bahasa aglutinatif selalunya mempunyai kadar penambah atau morfem yang tinggi pada setiap perkataan, dan menjadi sangat teratur, khususnya dengan seberapa kata kerja tak nalar (irregular verbs). Sebagai contoh, bahasa Jepun mempunyai sedikit sahaja kata kerja tak nalar – hanya dua sahaja yang tak nalar dengan ketara, dan hanya sedozen sahaja yang dengan ketidaknalaran kecil; Bahasa Luganda mempunyai satu (atau dua, tertakluk kepada bagaimana "tak nalar" diperikan sebagai); manakala dalam bahasa Quechua, semua kata kerja adalah nalar. Dalam bahasa Turki, cuma ada satu sahaja kata kerja tak nalar (su, bermaksud air), tiada kata kerja tak nalar kecuali kata kerja penghubung (copula), dan dua partikel kewujudan. Korea cuma ada sepuluh sahaja bentuk konjugasi tak nalar kecuali konjugasi kausatif dan pasif. Georgia dikecualikan; ia sebuah bahasa yang sangat aglutinatif (dengan sehingga lapan morfem setiap perkataan), tetapi mempunyai jumlah besar kata kerja tak nalar dengan beraneka tahap ketaknalaran.
Contoh
suntingContoh-contoh bahasa lekatan termasuklah:
- Bahasa Algonkia, terutama sekali Cree dan Blackfoot
- Bahasa Athabaska
- Bahasa-bahasa Austronesia
- Bahasa Bantu (lihat Luganda)
- Bahasa Barbar
- Bahasa-bahasa Dravidia, yang paling terkenal ialah Tamil, Kannada, Telugu, Malayalam dan Tulu
- Eskimo–Aleut, terutama sekali Aleut, Inuktitut, dan Yupik
- Bahasa-bahasa Igbo
- Bahasa Jepun
- Bahasa-bahasa Kaukasia Selatan
- Bahasa Korea
- Bahasa Mongolia
- Bahasa Muskogea
- Bahasa-bahasa Kaukasia Timur Laut dan Kaukasia Barat Laut
- Bahasa Quechua dan bahasa Aymara
- Bahasa Siouan, terutama sekali Lakota dan Yuchi
- beberapa bahasa Mesoamerika dan Amerika Utara termasuklah Nahuatl, Huastec, dan Salish
- pelbagai bahasa Tibeto-Burman
- Bahasa tungus
- Bahasa-bahasa Turkik terutama sekali, Turki, Azeri, Uzbek, Kazakh, Uyghur, Turkmen, Tatar, Kyrgyz, Sakha (Yakut), Bashkir, Chuvash, Afshar
- pelbagai bahasa Ural, terutama sekali Hungary, Finland, Estonia dan bahasa Sami
- Bahasa Vaskonik terutama sekali Basque, dan yang pupus, Aquitanian
- Esperanto
- Bahasa Melayu, yang merangkumi bahasa Malaysia, bahasa Indonesia, bahasa Kelantan, berbilang jenis bahasa sukuan dan kepulauan
Pelbagai bahasa yang ditutur orang Timur Dekat Kuno adalah bahasa yang aglutinatif:
- Elam
- Guti
- Hatti
- Hurri
- Kassi[perlu rujukan]
- Lullubi[perlu rujukan]
- Sumeria
- Urarti
Seberapa bahasa buatan adalah aglutinatif, seperti Esperanto, Klingon, Quenya dan Black Speech.
Lekatan ialah sebuah ciri-ciri tipologi dan tidak semestinya membawa kepada kaitan antara dua bahasa, tapi ada rumpun yang dipenuhi bahasa aglutinatif. Contohnya, bahasa Proto-Ural, keturunan daripada bahasa-bahasa Ural, adalah aglutinatif, dan kebanyakan bahasa keturunan ini peroleh ciri yang sama. But since agglutination can arise in languages that previously had a non-agglutinative typology and it can be lost in languages that previously were agglutinative, agglutination as a typological trait cannot be used as evidence of a genetic relationship to other agglutinative languages. The uncertain theory about Ural-Altaic proffers that there is a genetic relationship with this proto-language as seen in Finnish, Mongolian and Turkish.[3]
Pelbagai bahasa telah mengembang secara lekatan. Perkembangan ini dinamai sebagai selewengan bahasa. Nampaknya terdapat perubahan dalam bahasa sintetik aglutinatif ke arah bahasa sintetik fleksi, dan kemudian kepada bahasa bukan sintetik, yang pada gilirannya berkembang menjadi bahasa isolatif dan dari sana lagi menjadi bahasa sintetik aglutinatif. Namun, ini hanyalah trend, dan merupakan kombinasi dari trend yang dapat dilihat dalam teori penahuan dan dalam keciciran bunyi dalam bahasa, terutamanya apokop (gugur fonem akhir) dan elisi (penghilangan bunyi) pada hujung perkataan.
Rujukan
suntingNota
sunting- ^ Stocking, George W. (1995). The Ethnographer's Magic and Other Essays in the History of Anthropology. University of Wisconsin Press. m/s. 84. ISBN 0-299-13414-8.
- ^ Douglas Harper. "agglutination". Online Etymology Dictionary.
- ^ Nicholas Poppe, The Uralo-Altaic Theory in the Light of the Soviet Linguistics Accessed 2010-04-07
Rujukan am
sunting- Bodmer, Frederick. Ed. by Lancelot Hogben. The Loom of Language. New York, W.W. Norton and Co., 1944, renewed 1972, pages 53, 190ff. ISBN 0-393-30034-X0-393-30034-X