Bahasa Nepali Bhasa
Bahasa Nepali Bhasa (नेपाली भाषा) ialah salah satu daripada bahasa-bahasa utama Nepal. Ia merupakan salah satu daripada lebih kurang lima ratus bahasa dalam keluarga bahasa Sino-Tibetan dan tergolong dalam cabang Tibeto-Burma keluarga bahasa ini. Bahasa ini adalah satu-satunya bahasa Tibet-Myanmar yang ditulis dengan skrip Devanāgarī dan dituturkan terutamanya oleh orang-orang Newar yang kebanyakannya tinggal di bandar-bandar Lembah Kathmandu.
Nepal Bhasa | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
नेपाल भाषा | |||||||||
Asli kepada | Nepal, India, Bhutan | ||||||||
Kawasan | Asia Selatan | ||||||||
Penutur bahasa | 1 juta ang. | ||||||||
Sino-Tibetan
| |||||||||
Skrip Devanagari, skrip Ranjana, skrip Prachalit, skrip Brahmi, skrip Gupta, skrip Bhujimol, skrip Golmol | |||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-2 | new | ||||||||
ISO 639-3 | new | ||||||||
|
Fakta dan angka
suntingKawasan
sunting- Di Nepal: Lembah Kathmandu, Dolakha, Banepa, Dhulikhel, Panauti, Palpa, Trishuli, Nuwakot, Bhojpur, Biratnagar dan bandar raya utama yang lain.
- Di India: Sikkim, Bengal Barat, Bettiah, Andamans3
- Di Tibet: Khasa
Bilangan penutur
suntingLebih kurang 1,000,000 di Nepal, menurut banci 1991, dan beberapa ribu di luar Nepal.
Sejarah
suntingBahasa Newari Klasik ialah nama bentuk kesusasteraan pra-1850 bagi bahasa ini. Ia tidak lagi dituturkan atau ditulis, tetapi merupakan sumber bahasa yang penting untuk para ahli sejarah serta ahli filologi.
Perkembangan
suntingBahasa Nepal Bhasa adalah antara bahasa-bahasa Tibet-Myanmar yang paling dipengaruhi oleh bahasa India dan telah mempunyai hubungan dengan bahasa-bahasa India-Iran yang berjiran selama berabad-abad sehingga ia juga mengembangkan fleksi kata nama, suatu sifat yang tipikal bagi keluarga bahasa Indo-Eropah, tetapi amat jarang didapati dalam bahasa-bahasa China-Tibet. Ia juga menyerap ciri-ciri bahasa yang lain, seperti kala. Pengaruh-pengaruh ini merupakan contoh cemerlang bagi sifat asas sesuatu bahasa yang disampaikan melalui hubungan bahasa.