Bahasa Melayu Perak Ulu

Bahasa Melayu Perak Ulu atau lebih dikenali sebagai "Basa Grik" merupakan sebuah variasi bahasa Melayu Reman yang dituturkan di daerah Grik, Perak terutama sekali di Batu Kurau sehinggalah di Bukit Gantang. Walaupun terletak di negeri Perak, bahasa ini agak berbeza dengan Bahasa Perak yang dituturkan di Perak tengah dan selatan tetapi bahasa ini hampir mirip dengan Bahasa Melayu Kelantan. Melayu Grik (termasuk Melayu Baling) dikatakan berasal dari Melayu Pattani yang melarikan diri dari Patani sekitar abad ke-18 akibat peperangan antara kerajaan Melayu Patani dengan Siam dan penghijrahan masyarakat Melayu Kelantan yang tinggal di kawasan Gerik. Secara linguistik, Bahasa Melayu Grik merupakan sebahagian daripada bahasa Melayu Kelantan-Pattani.

Bahasa Melayu Perak Ulu (Pattani Perak)
بهاس ملايو ڤراق هولو
Cakak Ulu, Basa Grik/Bahso Pattani Perak
Kecek Gerik/kecek Klate Gerik
Asli kepada Malaysia
KawasanPerak
EtnikMelayu Perak
Penutur bahasa
-
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3-

Perbandingan antara bahasa Gerik dengan variasi bahasa Melayu daerah lain

sunting

Berikut merupakan perbandingan antara Bahasa Melayu Gerik/Perak Ulu dengan variasi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Bahasa Melayu Piawai Bahasa Gerik Bahasa Baling Bahasa Kelantan Bahasa Terengganu Bahasa Pahang Bahasa Kedah Bahasa Perak
Pergi Gi Gi Gi Gi Gi Pi Pegi, Gi
Mereka Demã Demã Demo Deme Deme Depā, Lepā Deme
Kamu Mikã Mohã, Humã Mung Mung Aok Hampā, Hang Mike, Kome
Kami Khumã Khumã Kami, Kito Kaming, Kite Kome Sepā Keme
Tidak Mahu Tak Moh Tak Mboh Tok Sey Tak Mboh Tak Mboh Tak Mau Tak Sio
Faham Paha Paha Pehe Pahang Paha Paham Paham
Sangat Manis Manih Leting Manih Leting Manih Leting Manih Leting Manih Meletiang Manih Melecaih Manih Meletin