Bahasa Melayu Manado
kreol daripada bandar Manado dekat Sulawesi
Bahasa Melayu Manado dituturkan di bandar Manado, provinsi Sulawesi Utara dan kawasan persekitarannya. Nama tempatannya ialah Bahasa Manado, dan nama Bahasa Melayu Minahasa juga digunakan, mengikut suku kaum penutur utama. Oleh sebab bahasa ini hanya digunakan secara lisan, ortografi piawai tidak wujud.
Bahasa Melayu Manado | |
---|---|
Bahasa Manado | |
Asli kepada | Indonesia |
Kawasan | Sulawesi Utara |
Penutur bahasa | 850,000 (2001) |
Melayu-Polinesia (MP)
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | xmm |
Bahasa Melayu Manado berkait rapat dengan Bahasa Indonesia piawai. Antara perbezaannya dengan Bahasa Indonesia piawai ialah, bahasa ini mempunyai banyak perkataan pinjaman daripada Bahasa Portugis dan Bahasa Belanda dan menggunakan "(kita" sebagai kata ganti nama diri tunggal ("saya" dalam Bahasa Melayu/Indonesia).
Contoh bahasa manado
suntingUjian Wikipedia bahasa Bahasa Melayu Manado di Wikimedia Incubator |