Bahasa Melayu Cheti

Bahasa Melayu Cheti (juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Kreol Melaka [2] dan Bahasa Melayu Kreol Cheti) merupakan antara bahasa Kreol Melayu yang dituturkan oleh orang Cheti (juga dikenali sebagai Peranakan India), satu kumpulan masyarakat Tamil lazimnya ditemui di Melaka, Malaysia dan Singapura, yang telah dipengaruhi dengan budaya sekeliling iaitu budaya Melayu dan Cina, di samping mengekalkan warisan kebudayaan Hindu.[3]

Bahasa Melayu Cheti
Bahasa Melayu Kreol Melaka
Bahasa Melayu Kreol Cheti
Asli kepadaMalaysia
KawasanMelaka
Penutur bahasa
300[1]
Kreol Melayu
  • Bahasa Melayu Cheti
Kod bahasa
ISO 639-3ccm

Dituturkan sejak abad ke-16 oleh keturunan saudagar Tamil di Selat Melaka, Bahasa Melayu Cheti mungkin ada perkaitan dengan Bahasa Melayu Sri Lanka. Bahasa ini berada di ambang kepupusan, disebabkan perkahwinan campur dan berhijrah ke tempat lain. Bahkan penutur sebaliknya menggunakan bahasa Melayu daripada menuturkan bahasa tersebut. [2]

Bahasa Melayu Cheti merupakan bahasa kreol daripada percampuran bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris. Namun, kewujudannya pada akhir-akhir ini tidak terlalu menonjol jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa tersebut. Disebabkan pengaruh yang kuat daripada bahasa Melayu, bahasa Melayu Cheti tidak terlalu berbeza dengan dialek Melayu yang lain, terutamanya dialek Melayu Melaka Tengah. Walaupun begitu, ianya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. [4]

Bahasa Melayu Cheti berkongsi beberapa ciri-ciri dengan Bahasa Melayu Baba, menunjukkan kemungkinan kedua-dua bahasa tersebut berasal daripada bahasa yang sama, iaitu Bahasa Melayu Bazar.[5]

Ciri fonologi

sunting

Perbandingan dengan bahasa Melayu Piawai[6]

sunting

Pengguguran fonem r and h

sunting
  • /r/ di akhir perkataan digugurkan
    • benar /bənar/[bəna]
  • /h/ digugurkan di depan, belakang dan tengah perkataan kecuali beberapa perkataan
    • hijau /hid͡ʒau/[id͡ʒo]
    • tahu /tahu/[tau]
    • darah /darah/[dara]

Diftong kepada monoftong

sunting
  • /ai/ di akhir perkataan berubah kepada vokal depan separuh sempit [e]
    • pakai /pakai/[pake]
  • /au/ di akhir perkataan berubah kepada vokal belakang separuh sempit [o]
    • pulau /pulau/[pulo]

Pengguguran fonem dalam gugus konsonan dalam perkatan tiga suku kata

sunting
  • gugus konsonan /mb/ di tengah perkataan berubah kepada [m]
    • sembilan /səmbilan/[səmilan]

Penambahan fonem

sunting
  • Hentian glotis [ʔ] ditambahkan di akhir perkataan yang diakhiri dengan vokal /a, i, u/
    • bawa /bawa/[bawaʔ]
    • cari /t͡ʃari/[t͡ʃariʔ]
    • garu /garu/[garoʔ]

Perbendaharaan kata

sunting
Perbandingan Kata[7]
Bahasa Melayu Cheti Bahasa Melayu Piawai
alua halwa
anak piara anak angkat
bibik mak cik/adik emak
bilang berkata
caya cahaya
darat tanah/tanah pamah
dawat dakwat
deraka dosa
gagok gagap
lu kau/kamu/anda
lu orang kamu semua
mama pak cik
mami mak cik
mangkok cawan
dukon bidan
napas nafas
nyari hari ini
pi pergi

Rujukan

sunting

Sitasi

sunting
  1. ^ Bahasa Melayu Cheti di Ethnologue (edisi ke-25, 2022)  
  2. ^ a b "Malaccan Malay Creole". Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-29.
  3. ^ Paulo 2018.
  4. ^ Mohamed 2009, m/s. 58–59.
  5. ^ Mohamed 2009, m/s. 68.
  6. ^ Mohamed 2009, m/s. 60–65.
  7. ^ Mohamed 2009, m/s. 67–68.

Bibliografi

sunting