Bahasa Jabo ialah salah satu bahasa di bawah keluarga bahasa-bahasa Kru yang dituturkan oleh orang Jabo di Liberia. Mereka juga pernah dikenali sebagai orang Gweabo.

Bahasa Jabo
Sebutan[ ɟʱɑbo]
Asli kepadaLiberia
EtnikOrang Jabo
Kod bahasa
ISO 639-3(termasuk dalam grj)
Glottologjabo1238
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Pengelasan

sunting

Bahasa Jabo merupakan sebahagian daripada keselanjaran bahasa dalam bahasa-bahasa Grebo, yang dikodkan oleh Etnologue lebih khususnya sebagai loghat bahasa Grebo Selatan.[1] Walau bagaimanapun, Jabo memenuhi kriteria ISO 639-3 sebagai bahasa individu:[2]

  • Jumlah kosakata teras yang dikongsi untuk bahasa Jabo dan bahasa Grebo Pesisir dilaporkan serendah 75%.[3]
  • Wilayah politik orang Jabo dan orang Grebo telah menjadi berbeza sekurang-kurangnya sejak zaman penubuhan "Maryland di Afrika."[4] Kedua-dua suku tersebut kini berada di daerah yang berbeza (Mukim Kru Raya dan Kaunti Maryland), dan orang Jabo menuntut pertalian yang lebih besar dengan orang Kru berbanding dengan orang Grebo.[5]
  • Pemisahan fizikal kawasan orang Jabo dan orang Grebo oleh sungai Deeah (Decoris) juga merupakan penghalang yang berkesan terhadap hubungan pergaulan dan perdagangan.
  • Orang Jabo dan orang Grebo mempunyai legenda asal-usul yang berbeza, dan oleh itu tidak berkongsi identiti.[6][7]
  • Orang Jabo sangat etnosentrik, dan menganggap diri mereka sebagai sebuah bangsa dengan bahasa tersendiri.[5]

Sebaliknya, interaksi komersial orang Grebo, bersama-sama dengan eksogami, menghasilkan kenekabahasaan yang meluas, memperbesarkan kesan kehomogenan lainan-lainan bahasa Grebo. Tambahan pula, matlamat kecelikhurufan dimudahkan oleh pendekatan penyatuan terhadap lainan-lainan tersebut.

Sumber

sunting

Bahasa Jabo agak terkenal dalam bidang linguistik sains kerana ia dicerakin oleh bahasawan yang dihormati Edward Sapir,[8] dan ditranskripsi secara meluas oleh pelajar kedoktorannya George Herzog.[9] Kedua-dua Sapir dan Herzog bergantung pada kerjasama Charles G. Blooah sebagai pemberi maklumat asal mereka. Kebanyakan bahan itu telah dirakamkan di Liberia oleh Herzog, yang utamanya seorang budayarakyatwan dan etnomuzikologiwan. Minat beliau terhadap bahasa Jabo bertumpu kepada penggunaannya dalam kesusasteraan lisan peribahasa dan pepatah, dan juga dalam sistem isyarat gendang Jabo. Hal ini menjadi tumpuan kosakata yang dikumpulnya. Terdapat pertindihan semulajadi antara bidang-bidang ini, memandangkan banyak isyarat gendang bersifat berumus dan berdasarkan unsur kesusasteraan lisan.

Hal ini juga mungkin menghasilkan kebanyakan bahan yang dirakam dalam gaya deklamatori, retorik, atau persembahan. Masih belum ditetapkan sejauh mana ragam sedemikian mungkin berlainan dengan ragam basahan pertuturan bahasa Jabo. Walau bagaimanapun, bahan ini telah menjadi asas untuk maklumat berkenaan bahasa Jabo.

Fonologi

sunting

Seperti yang dicerakin oleh Sapir,[8] bahasa Jabo dikatakan memiliki empat aras nada yang berbeza secara fonem (atau laras),[10] bebas daripada jenis pembunyian atau penyebutan supraglotis. Tambahan pula, luncuran ekamora (sukukata pendek) daripada mana-mana laras kepada mana-mana laras lain adalah mungkin secara fonotaktik. Ini bermakna mungkin terdapat enam belas sukukata pendek berbeza yang berpenggal sama dengan kontur rani yang ketara—lebih banyak lagi jika sukukata panjang diterima. Jenis perkataan yang tidak biasa CVː (CVV) dan CVCV berpotensi mempunyai 256 kemungkinan kontur prosodi, setiap satu dengan makna kamus yang berbeza untuk tiga atau empat penggal yang sama.

Sapir mencipta sistem "huruf nada" untuk menentukan nada, tetapi ia menyusahkan untuk set taip dan tidak termasuk dalam inventori Unicode. Kebiassan lazim untuk bahasa-bahasa Kru adalah untuk menandakan nada dengan nombor nada subskrip atau superskrip selepas huruf vokal, dengan 1 menandakan daftar tertinggi. Ia juga boleh ditranskripsikan dalam IPA dengan huruf nada atau diakritik. Nada terasal untuk bahasa, dalam nada 2 bahasa Jabo, biasanya dibiarkan tanpa tanda dalam sistem diakritik. Sebagai contoh, dalam perkataan [ɟʱɑbo] "orang Jabo", iaitu nada 2. Untuk tujuan celikhuruf, beberapa sistem diakritik mungkin lebih diutamakan.

Aras Luncuran
Tinggi a₁ [á] (a₁₂) (a₁₃) (a₁₄)
Sederhana a₂ [a] a₂₁ (a₂₃) (a₂₄)
rendah a₃ [à] a₃₁ a₃₂ (a₃₄)
Bawah a₄ [ȁ] a₄₁ a₄₂ a₄₃

Nada kontur menurun (tanda kurung) sangat jarang berlaku. Apabila ia berlaku, ia seolah-olah meniru bahasa atau loghat lain.[9]

Vokal yang ditanda dengan titik subskrip dikatakan "gelap" atau "keruh". Hal ini biasanya difahamkan sebagai disebabkan oleh artikulasi dengan penyempitan farinks.[11] Kedudukan akar lidah maju atau pemfaukalan mungkin juga terlibat. Kemungkinan tersebut boleh memudahkan merasionalkan ketandaan jelas vokal melampau [u] dan [i], yang dikatakan sentiasa "keruh".

Bentuk sengau [ɛ̣], [ɔ̣], dan [ạ] telah dilaporkan, tetapi diragui sama ada bentuk tersebut mempunyai status berfonem. Oleh kerana penyebutan yang terlibat mungkin pada aras yang saling eksklusif (anak lidah dan tekak), dan memandangkan ia nampaknya menyumbang komponen pendengaran yang serupa (penyengauan dan "kekeruhan"), ia lebih berkemungkinan menjadi alofon yang terhasil daripada asimilasi. Sapir ialah ahli fonetik yang sangat baik, jadi transkripsinya mungkin agak tepat, walau apa pun implikasi fonologinya. Dalam kes Herzog atau Blooah, disyaki bahawa mungkin terdapat percubaan pelaziman oleh transkrip. Ini bagaimanapun memberikan penampilan harmoni vokal kepada fonologi bahasa Jabo.

Depan Pusat Belakang
Biasa Sengau Farinks Biasa Sengau Farinks Kosong Hidung Farinks
Tinggi i ĩ u ũ
Sederhana Tinggi e o õ
Sederhana Rendah ɛ ɛ̃ ɛ̣ ɔ ɔ̃ ɔ̣
Rendah a ã

Sengauan sukukata [m̩] dan [n̩] juga berlaku. Berkaitan dengan ini ialah fenomena prapenyengauan, yang dipanggil "anakrusis" oleh Sapir mengikut analogi dengan istilah metrik. Ia mungkin lebih baik diambil kira secara sistematik oleh sengauan sukukata pada dasarnya, kerana ia berlaku dengan beberapa aproksiman, serta dengan hentian bersuara.

Bunyi konsonan

sunting
Dwibibir Gigi Gusi Lelangit Velar Bibir-Velar
Nirsuara p t c k k͡p
Bersuara b d
Bernafas   b   d ɟʱ  j ɡʱ  g ɡ͡bʱ  gb  
Nirsuara f s ʃ  
Bernafas   v   z ʒ̤  
Sengauan m n ɲ  ñ ŋ   ŋ͡m  ŋm
Aproksiman w l j  y

Bentuk-bentuk yang disertakan dalam kurungan menunjukkan ortografi yang digunakan oleh Sapir/Herzog; bentuk lain adalah sama.

Petak [ʃ], [ʒ], [l], dan [n̪] mungkin hanya mempunyai status alofon. [l] di hulu kata berlaku hanya dalam pinjaman daripada bahasa Inggeris. Sengauan depan atau "gigi" hanya terdapat dalam satu perkataan, tetapi perkataan tersebut, iaitu [n̪a] yang bermaksud "milik" adalah sangat lazim.

Konsonan di sini dipanggil "bernafas" adalah yang digelar "tegas" oleh Sapir.[11] Letupan di sini ditandakan dengan superskrip h bercangkuk ([ʱ]), manakala penerus ditandakan dengan diaeresis subskrip. Penggunaan bezaan ciri ini mentakrifkan isoglos utama yang memisahkan bahasa Jabo daripada bahasa Glebo.[12]

Implikasi bukti Jabo untuk teori linguistik

sunting

Pemasukan metalinguistik berkenaan bilangan nada dalam bahasa Jabo menjadi jelas apabila cubaan dibuat untuk memilih ciri tersendiri berfonologi untuk mewakili nada, sama ada ciri perduaan atau per-n-an. Ini seterusnya mempunyai implikasi kepada sejagat linguistik. Walau bagaimanapun, kemungkinan wujud bahawa cerakinan Sapir terlalu dibezakan (iaitu, transkripsi terlalu "sempit" untuk menuntut status bernada).

Sistem nada ini membayangkan aras beban fungsi ketara yang sangat tinggi untuk ditanggung oleh rani dalam bahasa. Oleh itu, ia telah dipetik selama bertahun-tahun oleh beberapa andaiwan yang berpengaruh dalam bidang fonologi, seperti Trubetskoy[13] dan lain-lain.

Keadaan yang sama wujud dalam ruang vokal yang didalilkan oleh cerakinan Sapir. Memandangkan kedudukan lidah dan rahang, penyengauan dan pemfarinksan semuanya penting dalam model ini, ruang vokal sememangnya sesak, dengan kemungkinan 19 hingga 22 vokal, tidak mengira diftong atau vokal panjang.[14]

Konsonan tegas dalam bahasa Jabo pernah dianggap sebagai contoh kemunculan leretan konsonan sedutan. Setakat ini tidak ada bukti kukuh untuk mencadangkan perkara ini.

Usulan kecelikhurufan dan pendidikan

sunting

Bahasa Glebo (bahasa Grebo Pesisir) mungkin mempunyai sejarah kesusasteraan terawal dari mana-mana lainan pertuturan di kawasan Tanjung Palma, bertarikh sejak zaman usaha mubaligh yang dikaitkan dengan Maryland di Afrika. Walau bagaimanapun, bahasa Jabo, dan bukannya bahasa Glebo, telah diusulkan oleh tinjauan SIL[15] sebagai asas ortografi penyatuan atau Ausbausprache untuk jenis pertuturan kumpulan bahasa-bahasa Grebo Selatan, walaupun dengan prestij dan keutamaan bahasa Glebo.

Pilihan ini mungkin disebabkan oleh sifat bahasa Jabo yang mengekalkan beberapa ciri "kuno" daripada bahasa protonya, jika memang benar fonologinya yang sangat berbeza mencerminkan peringkat perkembangan yang sama. Mengikut rinsip pedagogi, sepatutnya lebih mudah untuk mengajar merentas kumpulan heterogen daripada sistem tulisan yang dibezakan (kepada lainan yang telah digabungkan perbezaannya), berbanding sebaliknya. Pelajar yang bercakap dalam lainan yang kurang berbeza hanya perlu belajar untuk mengabaikan perbezaan yang "berlebihan" sebagai homonim heterografik, dan bukannya menghafal banyak homograf heterofonik yang kelihatan rawak.

Rujukan

sunting
  1. ^ In a working-group draft of ISO-639-3 written in 2001 (URL accessed 2006-4-24 ), the code GRJ was assigned to the "Jabo language", while the code GEU was applied to the coordinate taxon "Glebo".
  2. ^ ISO 639-3 "Scope of denotation for language identifiers".
  3. ^ Ingemann & Duitsmann, 1976. Quoted in Hasselbring & Johnson, 2002, p. 14. This last source made its own determination of 85%, (p. 45) but acknowledged methodologically dubious techniques—such as coaching for cognates in multilingual groups. This number is probably the main basis of the current proposed ISO 639-3 classification. The mutual intelligibility scores reported are difficult to interpret, since even Jabo-Jabo scores considerably less than 100%
  4. ^ "Map of Liberia / compiled from data on file in the office of the American Colonization Society, under the direction of the Revd. W. McLain, secy., by R. Coyle." 1845. Library of Congress, URL accessed on 2006-04-24 at .
  5. ^ a b Ethnologue.
  6. ^ Jabo origins as related by Blooah to a WPA interviewer. See Bibliography.
  7. ^ Grebo origins as related by 19th century Reverend John Payne, quoted in Hasselbring & Johnson, p. 8.
  8. ^ a b Sapir, 1929; 1931.
  9. ^ a b Herzog & Blooah, 1936; Herzog, 1945.
  10. ^ Not to be confused with social speech "registers."
  11. ^ a b Since the "emphatic" consonants in languages such as Arabic may also be described as pharyngealized, it would be easy to misinterpret the use of the term "emphatic" by Sapir for the Jabo consonants which have breathy voice. In Jabo "dark" and "emphatic" are apparently unrelated, although the possibility remains.
  12. ^ Hasselbring & Johnson, p. 52.
  13. ^ Trubetzkoy, 1939.
  14. ^ Hasselbring and Johnson claim nine vowels for most "Kru" languages (p. 48).
  15. ^ Hasselbring and Johnson, p.64.

Bibliografi

sunting
  • Herzog, George. "Isyarat Drum dalam Suku Afrika Barat," Word 1:217-38, 1945. Dicetak semula dalam: Bahasa dalam Budaya dan Masyarakat, ms. 312–23. Ed. Dell Hymes. New York, 1964.
  • Herzog, George, dan Charles G. Blooah. Peribahasa Jabo dari Liberia: Maksim dalam Kehidupan Suku Orang Asli . London, Pub. untuk Institut Antarabangsa Bahasa & Budaya Afrika oleh Oxford University Press, H. Milford, 1936.
  • Ingemann, Frances, dan John Duitsman. "Tinjauan Loghat Grebo di Liberia," Jurnal Kajian Liberia, 7(2):121–131, 1976.
  • Joseph Greenberg, Bahasa-bahasa Afrika . Univ Indiana. Akhbar, 1966.
  • Hasselbring, Sue dan Eric Johnson. Tinjauan sosiolinguistik kawasan bahasa Grebo di Liberia. Laporan Tinjauan Elektronik SIL 2002-074 , 2002. Versi dalam talian: .
  • Sapir, Edward . "Nota mengenai Bahasa Gweabo Liberia," Bahasa, 7:30-41, 1931.
  • Sapir, Edward, Dengan Charles G. Blooah. "Beberapa Gweabo Amsal," Afrika, 2:183-185, 1929.
  • Trubetskoy, Nikolai S. Grundzüge der Phonologie . [ Prinsip Fonologi ]. Travaux du Cercle Linguistique de Prague, 7. Prague, 1939.
  • WPA Federal Writers' Project, Life History Manuscripts from the Folklore Project, 1936-1940. Versi dalam talian: Library of Congress American Life History: Manuskrip daripada Projek Penulis Persekutuan, 1936 - 1940, Item 27 daripada 312 (Nebraska), "Charles Blooah" .