Bahasa Itali

(Dilencongkan daripada Bahasa Italian)

Bahasa Itali (Mengenai audio iniitaliano  atau lingua italiana) adalah bahasa Romawi yang dituturkan oleh hampir 63 juta orang, terutamanya di negara Itali dan Switzerland yang mejadikan bahasa ini sebagai bahasa rasmi. Piawaian bahasa Itali dipengaruhi kuat oleh dialek Tuscan dan berada di antara bahasa Italo-Dalmatian dari Mezzogiorno (selatan Itali) dan bahasa Gallo-Itali dari bahagian utara Itali.[1]

Bahasa Itali
italiano
KawasanItali, Malta, Argentina, Uruguay, Somalia, Brazil, Libya, Habsyah, dan berbagai negara lain di Eropah dan benua-benua Amerika
Penutur bahasa
60-65 juta
Indo-European
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Itali, Kesatuan Eropah, Switzerland, San Marino, Slovenia, Somalia (bahasa kawasan), Kota Vatican, mukin Istria dari Croatia
Dikawal selia olehAccademia della Crusca
Kod bahasa
ISO 639-1it
ISO 639-2ita
ISO 639-3
ita

Peta Dunia Italofon
Pengagihan lokasi geografi untuk bahasa Itali di Eropah.
Carilah Italian dalam Wiktionary, kamus bebas.

Seperti banyak bahasa yang ditulis menggunakan abjad Latin, bahasa Itali mempunyai konsonan berganda. Bagaimanapun, berbanding dengan konsanan berganda bahasa Perancis , di dalam bahasa Itali, konsonan berganda itu adalah untuk sebutan panjang. Seperti dalam kebanyakan bahasa Romawi yang lain kecuali bahasa Perancis, corak sebutan pic adalah berbeza.

Diantara bahasa-bahasa Romawi, bahasa Itali umumnya dianggap sebagai bahasa yang paling mirip dengan bahasa Latin dari segi kosa kata, melalui bahasa Romania yang memelihara sistem deklensi dari bahasa Latin purba sementara bahasa Sardinia adalah paling konservatif dari segi fonologi.[2]

Sejarah

sunting

Sejarah bahasa Itali amat panjang, tetapi piawaian moden bahasa ini banyak dibentuk dari peristiwa-peristiwa yang agak baru. Sumber teks terawal yang masih wujud dan boleh digelar sebagai Bahasa Itali (berbanding dengan bahasa sebelumnya iaitu "Latin Kasar" merupakan teks guaman dari daerah Benevento yang bertarikh dari 960-963. Kosa kata yang ada dalam bahasa Itali mempunyai perkaitan paling dekat antara bahasa-bahasa Romawi dengan bahasa Latin yang induk.[3]

Suatu kamus dwibahasa Itali-Melayu terdiri daripada lebih 400 patah kata dikarang seorang pengembara Venezia, Antonio Pigafetta dalam rombongan pelayaran Ferdinand Magellan mengelilingi dunia; ia dikarang semasa Pigafetta berada di Kepulauan Maluku (di mana bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan di sana) tahun 1521 sebelum disusun dan diterbitkan pada tahun berikutnya; kamus tersebut kamus pertama menggandingkan bahasa Melayu dengan suatu bahasa Barat.[4]

Perkenalan mesin pencetak oleh Johannes Gutenberg pada abad ke-15 mendorong kepada penyebaran penulisan berbahasa vernakular dalam kalangan masyarakat setempat serata Eropah termasuk bahasa Itali lagi-lagi dengan menguatnya pengaruh ajaran ajaran-ajaran Martin Luther yang mengalakkan pembacaan kitab Bible dalam bahasa mereka sendiri berbanding dalam bahasa Latin yang dilazimkan dalam aliran Gereja Katolik.[5] Pada ketika ini, pencetakan banyak digiatkan serata Itali di mana sebanyak 56 buah syarikat cetakan ditubuhkan pada tahun 1500, keadaan ini membolehkan penghasilan karya sastera dalam bahasa tersebut pada kos yang rendah.[6]

Penyatuan Itali banyak meminjam dan menerapkan bahasa-bahasa setempat yang serumpun dituturkan negeri-negeri yang ada ke dalam induk bahasa ini; sebanyak 2.5% penduduk seluruh tanah Itali dicatatkan mampu bertutur bahasa ini pada 1861.[7]

Kosa kata contoh

sunting
Bahasa Melayu Bahasa Itali
Bahasa Itali italiano
Bahasa Melayu malese
Bahasa Inggeris inglese
Ya
Tidak No
Hello! / Salam! Ciao (tidak rasmi) / Salve!
Apa khabar? Come stai? (tidak rasmi) / Come sta? (rasmi)
Selamat pagi! Buon giorno!
Selamat petang! Buona sera!
Selamat datang! Prego! / Benvenuto!
Selamat malam! Buona notte!
Selamat tinggal! Arrivederci!
Tolong Per piacere / Per favore
Terima kasih Grazie
Sama-sama Prego
Maafkan saya Mi dispiace/Mi scusi (rasmi)/Scusa(tidak rasmi)
/ desolato (bagi lelaki) / desolata (bagi wanita)
Siapa? Chi?
Apa? Che Cosa? / Cosa? / Che?
Bila? Quando?
Di mana? Dove?
Kenapa? Perché?
Siapa nama awak? Come ti chiami? (tidak rasmi),
Come si chiama?(rasmi)
Sebab / kerana Perché
Bagaimana? Come?
Berapa harganya? Quanto?
Saya tidak faham Non capisco. / Non ho capito.
Ya, saya faham Sì, capisco. / Ho capito.
Tolong! Aiuto!
Di manakah bilik air? Dove sono i bagni?
Adakah anda bertutur bahasa Inggeris? Parla inglese?(rasmi)/Parli inglese?(tidak rasmi)
/Parlate inglese? (ramai)
Sekali lagi di nuovo
Selalu sempre'
Aku cinta padamu Ti amo'

Kiraan hingga sepuluh:

  • Satu : uno /ˈuno/
  • Dua: due /ˈdue/
  • Tiga: tre /tre/
  • Empat: quattro /ˈkwattro/
  • Lima: cinque /ˈʧiŋkwe/
  • Enam: sei /ˈsɛi/
  • Tujuh: sette /ˈsɛtte/
  • Lapan: otto /ˈɔtto/
  • Sembilan: nove /ˈnɔve/
  • Sepuluh: dieci /ˈdjɛʧi/

Hari dalam seminggu:

  • Isnin: lunedì /lune'di/
  • Selasa: martedì /marte'di/
  • Rabu: mercoledì /merkole'di/
  • Khamis: giovedì /dʒove'di/
  • Jumaat: venerdì /vener'di/
  • Sabtu: sabato /ˈsabato/
  • Ahad: domenica /do'menika/

Klasifikasi

sunting

Bahasa Itali berkait rapat dengan dua lagi bahasa Italo-Dalmatian, iaitu bahasa Sicily and bahasa Dalmatian yang kini sudah tidak digunakan lagi (Bahasa lama negara Republik Croatia). Ketiga-tiga bahasa ini adalah sebahagian dari bahasa barat-Italo, yang diletakkan di dalam sub kumpulan bahasa di dalam rumpun bahasa Indo-Eropah.

Teks contoh

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Simone 2010
  2. ^ Berloco 2018
  3. ^ Grimes, Barbara F. (October 1996). Barbara F. Grimes (penyunting). Ethnologue: Languages of the World. Consulting Editors: Richard S. Pittman & Joseph E. Grimes (ed. thirteenth). Dallas, Texas: Summer Institute of Linguistics, Academic Pub. ISBN 978-1-55671-026-1.
  4. ^ Bausani, Alessandro (Disember 1960). "The First Italian-Malay Dictionary by Antonio Pigafetta". East and West. Istituto Italiano per l'Africa e l'Oriente (IsIAO). 11 (4): 229-248.
  5. ^ Zucker, Steven; Harris, Beth. "An Introduction to the Protestant Reformation". khanacademy. khanacademy. Dicapai pada 8 July 2017.
  6. ^ Dittmar, Jeremiah (2011). "Information Technology and Economic Change: The Impact of the Printing Press". The Quarterly Journal of Economics. 126 (3): 1133–1172. doi:10.1093/qje/qjr035. S2CID 11701054.
  7. ^ "Lewis, M. Paul (ed.) (2009). Ethnologue: Languages of the World, Sixteenth edition". Ethnologue.com. Dicapai pada 21 April 2010.
Bibliografi

Pautan luar

sunting