Tuak
Tuak (Jawi: تواق ) merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat asli atau "bumiputera" kawasan Nusantara dari Indonesia dan Malaysia. Minuman ini pada asasnya hasil pemeraman bahan tertentu tergantung kepada perolehan suku kaum yang menghasilkannya.
Jenis | Minuman beralkohol |
---|---|
Negara asal | Nusantara (merangkumi Indonesia dan Malaysia) |
Bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan daripada mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.
Di Malaysia terdapat tiga jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.
Jenis tuak
suntingTuak beras
suntingTuak beras lazim minuman masyarakat kaum Iban dan Dayak di Sarawak dan Kalimantan sejak masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras khas iaitu beras pulut. Beras tersebut akan direndam bersama air dan ragi dalam suatu tempayan. Proses "tajau" ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "nasi tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis.
Biasanya tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu, Gawai Burung dan sebagainya.[1][2] Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.
Tuak nipah/nira/kelapa
suntingTuak nipah, tuak nira atau tuak kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dengan menyadap mayang pohon kelapa, enau atau nipah.[3] Mayang ini sekiranya dibiarkan akan menjadi buah. Ia akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses proses penapaian selama beberapa hari.[3] Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari. Begitulah proses pembuatannya.
Biasanya tuak jenis ini akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti pesta atau majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.
Rujukan
sunting- ^ Nyambar, Nickyson (24 Mei 2019). "Ai Pengayu atau Tuak kewajipan pada Hari Gawai". Astro Awani. Dicapai pada 17 Mei 2023.
- ^ Choo, Eris (Jun 2018). "The rites and rituals of Hari Gawai". Going Places. Malaysia Airlines.
- ^ a b Law, S. V. (2011). "Popular fermented foods and beverages in Southeast Asia" (PDF). International Food Research Journal (18). Dicapai pada 20 Jan 2012.