Badak sumbu hitam (Diceros bicornis) merupakan sejenis Badak Sumbu yang terdapat di timur dan tengah Africa termasuklah di Kenya, Tanzania, Cameroon, Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe. Walaupun dirujuk sebagai hitam, badak ini sebenarnya lebih kelabu/perang/putih warnanya.

Badak sumbu hitam
Julat zaman: Pliocene - sekarang 3.6–0 Ma
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Diceros
Spesies:
D. bicornis
Nama binomial
Diceros bicornis
Linnaeus, 1758
Subspesies

Diceros bicornis michaeli
Diceros bicornis longipes
Diceros bicornis minor
Diceros bicornis bicornis

Kawasan Badak Hitam

Makanan

sunting

Badak Hitam merupakan haiwan maun. Makanan utama Badak Hitam adalah daun dan rumput.

Pembiakan

sunting

Sebagai haiwan mamalia, Badak Hitam membiak dengan cara beranak dan menjaga anaknya sehingga dewasa dan mampu mampu berdikari.

Badak sumbu hitam barat Afrika secara rasminya telah diisytiharkan pupus oleh IUCN menerusi semakan semula keatas status haiwan dan tumbuhan, menurut laporan CNN pada 11 November 2011.

Sebelumnya pada tahun 2006, ia hanya diklasifikasikan sebagai "diancam kritikal" oleh the International Union for Conservation of Nature's (IUCN) menerusi Senarai Merah Spesies Terancam -- dimana haiwan ini terakhir kali dilihat di Afrika Barat pada tahun 2006.

IUCN memberi amaran bahawa spesies badak sumbu yang lain yang akan mengikut Badak Sumbu Hitam adalah Badak Sumbu Putih utara Afrika yang disifatkan "dihujung gigi ambang kepupusan". Manakala Badak Sumbu Jawa Asia akan berada dalam kategori "kearah kedudukan terakhir" akibat dari aktiviti pemburuan haram dan kekurangan pemuliharaan yang kian menjadi.

Menurut Pengerusi Komisi Kemandirian Spesies IUCN, Simon Stuart, dalam kes Badak Sumbu Hitam Barat dan Badak Sumbu Putih Utara, situasi agak berbeza dengan keputusan yang sangat berbeza sekiranya pendekatan pemuliharaan dapat dikuatkuasakan serta merta. Ia mesti dikuatkan khususnya dalam menguruskan habitat dengan azam memperbaiki kemampuan, mengelakkan badak sumbu lain diancam kepupusan.

Untuk rekod spesies badak sumbu putih selatan kini mencecah 20,000 ekor dalam lingkungan persekitaran liar, berbanding jumlahnya kira-kira 100 ekor pada hujung kurun ke-19. Antara kejayaan dalam memulihara spesies haiwan kritikal diancam adalah seperti Kuda Przewalski, yang pada awalnya status diletakkan pada "pupus di luar" pada tahun 1996, namun disebabkan aktiviti pemuliharaan spesies menerusi program pembiakbakaan melalui tangkapan (captive breeding), populasinya kini menjangkau 300 ekor. [2]

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Emsile, R. (2012). Diceros bicornis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 6 Jun 2017. Listed as Critically Endangered (CR B1+2cde v3.1)
  2. ^ Matthew Knight, C. 2013. Western black rhino declared extinct. [online] Boleh didapati di: http://edition.cnn.com/2011/11/10/world/africa/rhino-extinct-species-report/index.html [Dicapai pada: 6 Nov 2013].