Baby Ana Milik Siapa?

Baby Ana Milik Siapa (juga dikenali sebagai #BAMS) merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2014 arahan Shahrulezad Mohameddin dengan skrip ditulis bersama oleh Shahrulezad dan Nizam Zakaria terbitan Radius One, dibintangi oleh Cristina Suzanne, Ardell Aryana, Hairul Azreen dan Hafidz Roshdi. Ia mengisahkan tentang 5 sahabat berkawan dari zaman sekolah melalui kehidupan susah senang bersama, dan disiarkan di Slot Lestary TV3 dari 6 November 2014 hingga 29 Januari 2015 menggantikan Selamat Pengantin Madu.[1]

Baby Ana Milik Siapa
GenreDrama, cinta
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
Nizam Zakaria
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Cristina Suzanne
Ardell Aryana
Hairul Azreen
Hafidz Roshdi
Lagu pembukaan"BAMS" oleh Roman
Lagu penutup"BAMS" oleh Amylea Azizan/Roman Farouk
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal6 November 2014 – 29 Januari 2015
Kronologi
MengikutiSelamat Pengantin Madu
Diikuti olehDelina

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis

sunting

Mengisahkan kisah persahabatan lima sekawan yang terdiri dari Raihana (Cristina Suzanne), Reza (Hairul Azreen), Edry (Hafidz Roshdi), Salina (Zika Ziandra) dan Qaisara (Ardell Aryana). Raihana seorang gadis tomboy, berperwatakan kasar akan menyerang sesiapa sahaja yang cuba mengutuknya. Salina dan Qaisara merupakan sahabat rapat Raihana. Edry menaruh hati pada Raihana semenjak dari sekolah menengah.

Reza lelaki yang gemar mengambil gambar menjadikan kerjaya jurugambar sebagai pekerjaannya. Dia masih menyimpan gambar-gambar lama ketika mana dia bersekolah menengah. Gambar Raihana mencuri tumpuannya. Siapa sangka dirinya yang selalu bergaduh dengan gadis tomboy itu, dalam diam mencintai Raihana. Qaisara merupakan adik angkat Edry. Qaisara diambil oleh ibunya melalui rumah anak yatim. Cara ibu angkatnya iaitu Datin Maimon (Tania Zainal) mendidiknya begitu tegas sekali. Sekaligus menyebabkan Qaisara merasa terasing di rumah itu. Pada awalnya seorang gadis yang sopan, berhijab, namun lama-kelamaan dia menanggalkan hijabnya. Hubungan Qaisara dengan ibunya begitu tegang.

Salina yang mempunyai hati terhadap Edry bercita-cita ingin mengahwini Edry. Malah Datin Maimon telah mengatur pertunangannya dengan Edry. Salina begitu gembira sekali. Namun, di sebalik kegembiraan itu ada insan yang berasa tertekan. Edry tidak mencintai Salina. Malah dia enggan untuk bertunang dengan Salina seperti mana kehendak ibunya. Edry mempunyai wanita pilihannya sendiri, iaitu Raihana. Kepulangan Raihana dari Amerika Syarikat membawa seorang anak kecil berusia 3 tahun menimbulkan tanda tanya

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Muzik dan runut bunyi

sunting
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."BAMS"Amylea AzizanAmylea Azizan/Roman Farouk3:59
2."#BAMS"Amylea AzizanRoman3:59


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Baby Ana Milik Siapa". bloghiburansemasa. 30 Januari 2015. Dicapai pada 18 Julai 2015.
  2. ^ Baby Ana Milik Siapa (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  3. ^ Kenneth Chaw (20 Mac 2017). "Actor Hafidz Roshdi recalls the day he punched a guy". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-03. Dicapai pada 25 Julai 2017.
  4. ^ Ardini Sophia Sina (26 Julai 2015). Ardell mahu tawan layar perak Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2017.

Pautan luar

sunting
TV3: Lestary, Rabu–Khamis, 9.00 malam
Sebelumnya Baby Ana Milik Siapa? Berikutnya
Selamat Pengantin Madu Delina