Azrul Zaidi

(Dilencongkan daripada Azrul Cham)

Asrul Zaidi Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai Azrul Zaidi (lahir 13 Februari 1974) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau mula terkenal selepas menjadi naib Juara Raja Lawak Astro musim ke-2 dalam kumpulan Cham bersama dengan Along.

Azrul Zaidi
Kelahiran
Asrul Zaidi bin Jamaluddin

(1974-02-13) 13 Februari 1974 (umur 50)
Nama lainAbang Reza
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara
Tahun aktif1995–kini
Terkenal keranaNaib juara Raja Lawak Astro musim ke-2 (kumpulan Cham)
Ketinggian186 cm (6 ka 1 in)
PasanganRaja Norshafinaz Raja Mokhtar
Anak-anak4

Kehidupan awal

sunting

Azrul dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 13 Februari 1974.

Pengalaman kerjaya

sunting

Pengacara majlis, pengacara TV untuk RTM, voice over iklan radio, tv dan rancangan kartun, pelakon teater (Puteri Gunung Ledang The Musical, P. Ramlee), drama Kisah Benar, Misteri (TV3), telemovie raya, Telemovie 'Babak 22588', untuk Astro antaranya Geng Bas Sekolah Musim 3, Mustika info, Warung kita, Penglipurlara, Redah Kasi Pecah, Dunia adik. untuk RTM antaranya Jurnal Chef, Jom rasa dan Parlimen Mini.

Keluarga

sunting

Isteri beliau ialah Raja Norshafinaz Raja Mokhtar, 34 tahun (2010) dan empat orang anaknya ialah Nur Dayana Batrisyia, 6 tahun, Nur Qistina Batrisyia, 4 tahun, Muhammad Aliff Zaidi, 3 tahun, dan Muhammad Danish Zaidi, 2 tahun.

Pencapaian

sunting
  • Naib Juara Bintang RTM Kawasan Utara (1995)
  • Sinaran Pasport Kegemilangan (Separuh Akhir 1996)
  • Finalis Asia Bagus Malaysia (1995)
  • Johan Team Search Talent Solfun Discotheque (1997)
  • Naib Johan Bintang Karaoke Medan MARA KL (1998)
  • Finalis National Panasonic Singing Talent Malaysia (1998)
  • Naib Juara Raja Lawak Musim 2 (2008)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Suatu Malam Kubur Berasap Pet Filem pertama
2012 Jidin Sengal Jay-Z
Adik Manja Returns Budak Suruhan
2013 Kecoh Hantu Raya Tok Chai
2014 Hantu Nan Sempit Tok Moh
2022 Roh 100 Hari Daud
Dato' Ai La Beau Bell Boy

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Geng Raya Zizan Bapak Ju-On Astro Ria
2019 Al-Kisah Dua Roda TV1
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Geng Bas Sekolah (Musim 5) Abang Reza Astro Ceria
2022 Fantasia Inn Gojie TV Okey
Gila Viral Ramlan Astro Warna
2023 Wasilah Kasih Cikgu Faiz TV2
W: Two Worlds Dr. Zul Viu
2024 Gadis Dan Angan Angan Pengawal Keselamatan Sekolah TV3
2025 Seribu Tahun Astro Ria

Diskografi

sunting
Tahun Tajuk lagu
2013 "Seandainya"

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting