Aziz bin Ishak
Haji Aziz bin Ishak adalah merupakan mantan Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia bagi Muar Dalam.[1]
Yang Berhormat Haji Aziz bin Ishak | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 11 Mei 1969 – 30 April 1974 | |
Sultan | Sultan Ismail |
Menteri Besar | Othman Saat |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Parit Bakar | |
Dalam jawatan 11 Mei 1969 – 30 April 1974 | |
Didahului oleh | Kosai Mohamed Salleh |
Digantikan oleh | Mohamed Zin Maidin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Muar Dalam, Johor | |
Dalam jawatan 18 Mei 1964 – 20 Mac 1969 | |
Digantikan oleh | Syed Nasir Syed Ismail |
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Dalam, Johor | |
Dalam jawatan 11 September 1959 – 1 Mac 1964 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1 April 1930 Muar, Johor |
Mati | 30 April 1974 Muar, Johor | (umur 44)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Parit Bakar, Muar |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Hajah Zainab Ahmad |
Pekerjaan | Ahli politik |
Politik
suntingDewan Rakyat Malaysia
suntingAziz telah bertanding di kerusi Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Dalam yang baru sahaja diwujudkan bagi mewakili masyarakat yang tinggal di sekitar Pagoh dan sekitarnya. Pada Pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu 1959, beliau telah memenangi kerusi tersebut dan kekal hingga 1963.
Pada 1963, Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar nama menjadi Malaysia dan beliau terus menjadi Ahli Parlimen Malaysia untuk Muar Dalam dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964.[2]
Beliau sekali lagi menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964 dan berkhidmat sehingga akhir penggal pada 1969 lalu.[3] Tempat beliau telah digantikan oleh Tun Syed Nasir Syed Ismail pada 1971 selepas Parlimen Malaysia dibubarkan pada 1969-1971 lalu.[4]
Setiausaha Politik
suntingAziz pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan kemudiannya kepada Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman Saat.[5]
Dewan Negeri Johor
suntingBeliau telah memenangi kerusi Dewan Negeri Parit Bakar pada Pilihan raya negeri Johor 1969 lalu.
Kerajaan Negeri Johor
suntingMenteri Besar Johor Tan Sri Othman Saat telah melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1969 hingga kematiannya pada tahun 1974 lalu.[6]
Meninggal dunia
suntingAziz telah meninggal dunia pada usia 44 tahun selepas ditemui mati lemas di Sungai Muar pada 30 April 1974 lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Bakar, Muar.
Penghargaan
suntingPingat yang pernah dikurniakan kepada beliau[7]
- Malaysia
- Kesatria Mangku Negara (KMN) - 1970
- Pingat Peringatan Malaysia - Perak (PPM (P)) - 1965