Ayam Hitam Muka Putih Sepanyol

Ayam Sepanyol atau Ayam Hitam Muka Putih Sepanyol, Sepanyol: Cara Blanca atau Española Cara Blanca, adalah satu baka ayam domestik yang berasal daripada Sepanyol. Akan tetapi, ia dibiakkan menjadi standard sekarang di Britain pada kurun ke-18. Ia merupakan baka ayam yang lebih tua daripada Minorca. Meskipun populasinya bertaburan di seluruh dunia, ia amat jarang ditemui di Sepanyol.[1]

Ayam Sepanyol
Nama lain
  • Cara Blanca
  • Española Cara Blanca
  • Ayam Muka Putih Sepanyol
  • Ayam Hitam Bermuka Putih Sepanyol
Negara asalSepanyol
Ciri-ciri
BeratJantan: 2.5–3 kg[1]
 Betina: 2–2.5 kg[1]
Jenis balungsisir
Klasifikasi
APAMediterranean[2]
ABAsisir, kaki licin
EEya[3]
PCGBbulu lembut jarang: ringan[4]
Ayam
Gallus gallus domesticus

Sejarah

sunting

Baka ini telah diterima oleh Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1874.[2]

Ciri-ciri

sunting

Ayam Sepanyol mempunyai bulu berwarna hitam berkilat dan mempunyai kaitan rapat dengan baka ayam Minorca dan Castellana Negra. Ciri perbezaan utamanya adalah cuping telinga yang besar dan berwarna putih. Ia mempunyai balung sisir tunggal, empat jari kaki dan tiada jambul kepala.

Kegunaan

sunting

Ayam betina bukan merupakan jenis yang mengeram. Ia mampu menghasilkan telur berwarna putih sebanyak 160–180 biji setahun dengan berat sekitar 80 g.[1]

Rujukan

sunting


  1. ^ a b c d Miguel Fernández Rodríguez, Mariano Gómez Fernández, Juan Vicente Delgado Bermejo, Silvia Adán Belmonte, Miguel Jiménez Cabras (eds.) (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (in Spanish). Madrid: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. ISBN 9788449109461. p. 622–623.
  2. ^ a b APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  3. ^ Liste des races et variétés homologuée dans les pays EE (28.04.2013). Entente Européenne d’Aviculture et de Cuniculture. Archived 16 June 2013.
  4. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.