Axiata
Axiata Group Berhad (MYX: 6888) atau Axiata (dahulu dikenali sebagai TM International Berhad), ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia dengan operasi berterusan di Asia.[4]
Nama dahulu | TM International Berhad (1992–2009) |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai | MYX: 6888 |
ISIN | MYL6888OO001 |
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 12 Jun 1992 | (Disenaraikan pada tahun 2009)
Pengasas | Tan Sri Leo Moggie |
Ibu pejabat | Axiata Tower, 9 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan, Nepal |
Tokoh penting | Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, Pengerusi Izzaddin Idris, Pengarah Urusan/Presiden/CEO |
Keluaran | Operasi rangkaian mudah alih, infrastruktur rangkaian, internet digital |
Hasil | ▲ RM 24.4 bilion 2017[1] RM 21.6 bilion 2016[2] RM 19.9 billion 2015[2] |
Pendapatan bersih | ▲ RM 1.2 bilion 2017[3] RM 504.3 million 2016[2] RM 2.6 billion 2015[2] |
Pemilik | Khazanah Nasional |
Bilangan kakitangan | >25,000 |
Anak syarikat |
|
Tapak web | axiata |
sunting · sunting di Wikidata |
Kumpulan
suntingPerniagaan teras Axiata merupakan pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan perundingan pada skala antarabangsa. Fokus utama mereka untuk membuka pasaran baru di Asia, beberapa dengan penembusan yang rendah mudah alih di Asia Selatan dan Asia Tenggara[5].
Dahulunya dikenali sebagai TM International Bhd (TMI), syarikat telah ditubuhkan pada 12 Jun 1992 dan merupakan cabang operasi mudah alih dan antarabangsa Telekom Malaysia Bhd(TM)[6]. Berikutan pengasingan TMI daripada TM, syarikat telah disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 2008[6]. Pada 2 April 2009, TMI menjalani penjenamaan semula, melancarkan nama baru syarikat, Axiata dan juga logo baru syarikat[7].
Slogan baru mereka, Menerajui Asia, juga telah dilancarkan, mencerminkan halatuju syarikat dalam memfokuskan perkembangan mereka dalam Asia.[7] Presiden dan CEO Kumpulan, Datuk Seri telah komen kepada pemberita akhbar Malaysia, The Star, bahawa ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan mereka kerana mereka tahu kelebihan rantau ini.[7]
Axiata mempunyai kawalan kepentingan dalam pengendali mudah alih di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja, dengan pegangan strategik penting di India, Singapura dan Iran. Kumpulan ini juga mempunyai kepentingan dalam operasi telekomunikasi bukan mudah alih di Thailand dan Pakistan[8].
Anak syarikat pegangan
suntingDi dalam kenyataan media mereka pada tahun 2010, diumumkan bahawa Axiata telah mempunyai pelanggan di Asia dan pendapatan kumpulan sebanyak RM13.1 billion dalam tahun 2009[8]. Juga dilaporkan bahawa syarikat telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 25,000 orang di dalam 10 buah negara[8].
Syarikat-syarikat bersekutu dan anak-anak syarikat mudah alih Axiata beroperasi di bawah jenama ‘Celcom’ di Malaysia, ‘XL’ di Indonesia, ‘Dialog’ di Sri Lanka, ‘Robi’ di Bangladesh, ‘Smart’ di Kemboja, ‘Idea’ di India, ‘M1’ di Singapura dan ‘MTCE’ di Iran (Esfahan)[8].
Negara | Jenama | Pemilikan | |
---|---|---|---|
Bangladesh | Robi | 68.7% | |
Kemboja | Smart | 100% | |
India | Vodafone Idea Limited | 8.17% | |
Nepal | Ncell | 80% | [9] |
Indonesia | XL | 66.55% | |
Malaysia | CelcomDigi | 33.1% | |
Sri Lanka | Dialog | 83.32% |
Axiata juga mempunyai kepentingan minoriti di dalam:
- Idea Cellular(19.96%)- India[10]
- M1(29.12%)- Singapura
Pada 4 Januari 2018, Bloomberg melaporkan bahawa Axiata sedang merancang IPO domestik anak syarikat menaranya edotco.[4] IPO itu dijangka mengumpul sebanyak $500 juta.[4]
Pada 21 Jun 2021, Axiata, Telenor dan Digi bersetuju dengan potensi penggabungan Celcom dan Digi untuk mewujudkan syarikat telekomunikasi yang lebih kukuh di Malaysia, selepas perbincangan lanjutan yang berlangsung dua bulan sebelumnya. Jika diluluskan, penggabungan akan selesai pada penghujung 2022.[11][12][13] Perjanjian itu telah diluluskan oleh kedua-dua pemegang saham Celcom dan Digi pada 18 November 2022. Syarikat yang digabungkan itu dinamakan CelcomDigi. Apabila selesai, Axiata dan Telenor akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1% setiap satu dalam syarikat yang baru digabungkan itu. Penggabungan telah selesai pada 30 November 2022 dan syarikat itu memulakan operasinya pada hari berikutnya.[14][15][16][17][18][19]
Pejabat seluruh dunia
suntingAxiata mempunyai syarikat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Iran, Pakistan dan Thailand.
Rujukan
sunting- ^ "Axiata Posts Better 3Q16 Performance in Key Indicators Lifted by Ncell's First Full Quarter Contribution". 2018-11-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-22. Dicapai pada 26 November 2017.
- ^ a b c d "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2015. Dicapai pada 2015-07-25. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ http://www.theedgemarkets.com/en/node/317565
- ^ a b c "Wireless carrier Axiata's unit may seek KL listing". The Straits Times. 2018-01-05. Dicapai pada 2018-01-06.
- ^ "Axiata moves to centralise its treasury". FinanceAsia. 22 June 2010. Dicapai pada 28 June 2010.
- ^ a b "TM International to list on April 28". The Star Online. 12 April 2008. Dicapai pada 28 June 2010.
- ^ a b c "TMI unveils new name but limits itself to Asia". The Star Online. 3 April 2009. Dicapai pada 28 June 2010.
- ^ a b c d "Axiata Delivers Another Strong Performance into 2010 with 1Q PATAMI of RM921 million" (PDF). Corporate Communications, Group Strategy, Axiata Group Berhad. 27 May 2010. Dicapai pada 28 June 2010.
- ^ "Malaysian giant acquires 80 per cent stake in Ncell for 1.36 billion US dollars". thehimalayantimes.com. Dicapai pada 2017-06-23. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Axiata sees long-term gains from India price war". Dow Jones Newswires. Total Telecom. 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-30. Dicapai pada 2009-10-14.
- ^ "Axiata, Telenor and Digi Sign Transaction Agreements for the Proposed Merger of Celcom and Digi". Axiata. 21 June 2021. Dicapai pada 21 June 2021.
- ^ "Axiata and Telenor in Advanced Discussions to Merge Celcom and Digi". Axiata. 8 April 2021. Dicapai pada 21 June 2021.
- ^ "Axiata, Telenor, Digi sign agreements to merge Malaysian mobile ops". The Star. 21 June 2021. Dicapai pada 21 June 2021.
- ^ Axiata shareholders approve proposed Celcom-Digi merger
- ^ Digi gets shareholders' green light for proposed merger with Celcom
- ^ Axiata, Telenor complete Celcom-Digi merger
- ^ Axiata, Telenor announce completion of Celcom-Digi merger
- ^ Axiata and Telenor Announce the Successful Completion of the Celcom and Digi Merger
- ^ Historic merger marks new chapter in Malaysia’s digitalisation journey: “We are in pole position.”
Pautan luar
sunting- Celcom Axiata Berhad (Malaysia)
- PT XL Axiata Tbk (Indonesia)
- Dialog Telekom PLC (Sri Lanka)
- Axiata (Bangladesh) Limited
- Smart Axiata Company Limited (Cambodia)
- IDEA Cellular Limited (India)
- M1 LIMITED (Singapore)
- Mobile Telecommunications Company of Esfahan (MTCE, Iran)
- Multinet Pakistan (Private) Limited (Pakistan)
- Samart Corporation Public Company Limited (Thailand)