Aviva Rabinovich
Aviva Rabinovich-Vin (Ibrani: אביבה רבינוביץ'-וין) (Mac 23, 1927 – Julai 7, 2007),[1] atau lebih kenali sebagai Aviva Rabinovich, merupakan seorang prefesor botani, ketua saintis di Israel Nature and Parks Authority (dari tahun 1970 hingga tahun 1988),[2] dan aktivis untuk persekitaran.
Biografi
suntingAviva Rabinovich merupakan anak perempuan kelahiran Hannah dan Naftali, telah dilahirkan di Ein Harod dan bermastautin di Baitulmuqaddis dan Kfar Warburg, yang mana ibu bapanya menubuhkan ladangnya di kawasan terbabit. Dia belajar di Beer Tuvia. Pada tahun 1944, dia telah didaftarkan untuk Palmach (bersara pada tahun 1949) dan telah bertempur dalam Perang Kemerdekaan Israel dan didapati telah mengalami kecederaan semasa bertempur dalam perang terbabit.[1]
Selepas perang, Aviva telah mengajar di sebuah sekolah untuk mata pelajaran biologi, fizik dan kimia. Universiti Hebrew Jerusalem telah membenarkannya menamatkan pengajian siswazah melangkaui keperluan formal B.A.[3] Dia beroleh Doktor Falsafah (Ph.D) yang mana bekerja dalam disiplin botani di bawah profesor Michael Zohary, mengenai interaksi antara komuniti batu, soin dan tumbuhan. Pada tahun 1969, beliau telah diupah oleh Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel (Israel Nature and Parks Authority) dan telah berkhidmat dengan agensi itu selama 27 tahun.[3]
Rujukan
sunting- Petikan
- Literasi
- Alon Tal, Pollution in a Promised Land: An Environmental History of Israel, 2002, ISBN 0520234286