Astro Sports UHD
Astro Sports UHD merupakan sebuah saluran televisyen milik Astro. Ia dilancarkan pada 17 Oktober 2024 dengan menayangkan acara sukan antarabangsa dalam kualiti 4K UHD yang disiarkan secara eksklusif melalui Astro Ultra Box kerana dekoder tersebut menyokong format 4K UHD di saluran 805.
![]() | |
Negara | ![]() |
---|---|
Kawasan penyiaran | ![]() |
Ibu pejabat | ![]() |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Inggeris |
Format gambar | 16:9 UHDTV (2160p) |
Pemilikan | |
Pemilik | Astro Malaysia Holdings (Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd.) |
Pertubuhan induk | Astro |
Saluran saudara | Astro Arena Astro Arena 2 Astro Arena Bola Astro Arena Bola 2 Astro Grandstand Astro Premier League Astro Premier League 2 Astro Football Astro Badminton Astro Sports Plus Astro Cricket |
Sejarah | |
Dilancarkan | 17 Oktober 2024 |
Pengasas | Ananda Krishnan |
Menggantikan | Astro SuperSport UHD[1] |
Ketersediaan | |
Satelit | |
![]() | Saluran 805 (UHD) |
Media penstriman | |
![]() | Sooka |
Sejarah
suntingBuat julung kalinya, Astro telahpun menyiarkan siaran langsung untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Terengganu FC dalam kualiti 4K UHD serta kualiti audio dalam Dolby Atmos di saluran tambahan UHD iaitu saluran 806 Astro Supersport UHD (sekarang dijenamakan semula sebagai Astro Sports UHD). Selain itu, Astro juga turut menawarkan platform interaktif dengan membuka satu lagi saluran iaitu saluran 799, untuk melihat melalui teknologi 'playercam' dengan memberi perspektif yang baharu sudut kamera dari seorang pemain.[2]