Asafa Powell
Asafa Powell (lahir 23 November 1982) merupakan mantan pelari pecut jarak 100 meter dari Jamaica. Beliau mempunyai rekod peribadi 100m sepantas 9.72 saat. Beliau bertanding di 4 edisi Olimpik iaitu pada 2004,2008,2012 dan 2016. Selain itu, beliau juga bertanding di IAAF World Athletics Championship pada 2007,2009 dan 2015. Powell mempunyai catatan bawah 10 detik terbanyak iaitu sebanyak 97 catatan. Powell dilatih oleh Stephen Francis dan merupakan ahli MVP Track Club. Beliau bersara pada 23 November 2022.

Kerjaya
suntingAsafa Powell bercadang untuk menjadi jurutera elektrik sebelum berlari. Abangnya Donovan berjaya memasuki separuh akhir 100 m semasa Kejohanan Dunia 1999. Berbeza dengan ramai rakan senegaranya, dia tidak berhijrah ke AS, sebaliknya terus berlatih di Kingston, Jamaika di mana dia selalu berlari di atas rumput dengan kasut rata.