Artsakh
Republik Artsakh (disebut [art.sakh], Bahasa Armenia: Արցախի Հանրապետություն Arts'akhi Hanrapetut'yun )[3][4] atau dipanggil sebagai Artsakh sahaja, biasanya lebih dikenali sebagai Republik Nagorno–Karabakh di antara 1991 hingga 2017, adalah sebuah wilayah dengan pengiktirafan terhad di Caucasus Selatan. Wilayah ini dianggap sebahagian daripada negara Azerbaijan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tetapi berada di bawah kawalan pihak pemisah beretnik Armenia. Kawalan terhadap kawasan tersebut kebanyakan merangkumi wilayah autonomi Nagorno–Karabakh dan beberapa kawasan sekeliling, di mana ia bersempadan dengan Armenia di barat, Iran di selatan dan Azerbaijan di selatan dan timur.[5]
Republik Artsakh ريڤوبليك ارتساخ Արցախի Հանրապետություն Artsakhi Hanrapetut’yun (Armenia) | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Ազատ ու Անկախ Արցախ (Armenia) Azat u Ankakh Artsakh (transliterasi) Artsakh Bebas dan Merdeka | |||||
Status | Negeri yang tidak diiktiraf Diiktiraf oleh 3 negara/wilayah bukan PBB | ||||
Ibu negara | Stepanakert 39°52′N 46°43′E / 39.867°N 46.717°E | ||||
Bandar terbesar | ibu kota | ||||
Bahasa rasmi | Armeniaa | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden, negara kesatuan | ||||
• Presiden | kosong | ||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||
Kemerdekaan dari Kesatuan Soviet | |||||
• Pengisytiharan | 2 September 1991[1] | ||||
• Pengiktirafan | 3 ahli bukan-PBB | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 11,458 km2 (4,424 bt2) | ||||
Populasi | |||||
• Bancian Penduduk 2015 | 150,932[2] | ||||
KDNK (PPP) | 2010 | ||||
• Jumlah | $1.6 bilion (n/a) | ||||
$3,657 (anggaran 2015) (n/a) | |||||
Mata wang | ( AMD ) | ||||
Zon waktu | UTC+4 (AMT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+4 (Tidak diamalkan) | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | +374 47c | ||||
DPT internet | .am, .հայ (de facto) | ||||
|
Pembahagian pentadbiran
suntingRepublik Artsakh mempunyai lapan pembahagian pentadbiran tahap pertama yang dipanggil sebagai wilayah. Wilayah-wilayah tersebut termasuklah lima daerah bagi bekas Wilayah Autonomi Nagorno–Karabakh, Shahumyan di dalam Republik Sosialis Soviet Azerbaijan yang kini di bawah kawalan Azerbaijan dan tujuh kawasan sekeliling bekas NKAO yang berada di bawah angkatan Artsakh.
Berikutan pengisytiharan kemerdekaan Republik ini, pemerintah Azerbaijan memansuhkan NKAO dan membuat daerah-daerah Azerbaijan di tempatnya. Hasilnya, sesetengah bahagian Republik Artsakh bersepadan dengan daerah-daerah Azerbaijan, manakala bahagian lain mempunyai sempadan yang berbeza. Satu jadual perbandingan pembahagian terkini Artsakh dan daerah Azerbaijan yang sepadan ditunjukkan seperti berikut:[6]
# | Pembahagian di Artsakh[7] | Jumlah penduduk (2005) | Daerah di Azerbaijan | Bandar | Bekas NKAO? |
---|---|---|---|---|---|
1 | Shahumyan | 2,560 | selatan Goranboy, barat Kalbajar | Kalbajar (bekas Shahumian) | Tidak |
2 | Martakert | 18,963 | timur Kalbajar, barat Tartar, sebahagian Agdam | Martakert | Sebahagian |
3 | Askeran | 16,979 | Khojali, sebahagian Agdam | Askeran | Sebahagian |
4 | Martuni | 23,157 | utara Khojavend, sebahagian Agdam | Martuni | Sebahagian |
5 | Hadrut | 12,005 | selatan Khojavend, Jabrayil, sebahagian Fizuli | Hadrut | Sebahagian |
6 | Shushi | 4,324 | Shusha | Shushi | Ya |
7 | Kashatagh | 9,763 | Lachin, Qubadli, Zangilan | Berdzor | Tidak |
8 | Stepanakert (ibu kota) | 49,986 | Khojali | Stepanakert | Ya |
Rujukan
sunting- ^ Zürcher, Christoph (2007). The Post-Soviet Wars: Rebellion, Ethnic Conflict, and Nationhood in the Caucasus (ed. [Online-Ausg.].). New York: New York University Press. m/s. 168. ISBN 9780814797099.
- ^ "ԼՂՀ 2015Թ. ՄԱՐԴԱՀԱՄԱՐԻ ՆԱԽՆԱԿԱՆ ՕՊԵՐԱՏԻՎ ՑՈՒՑԱՆԻՇՆԵՐԻ ՄԱՍԻՆ". STAF NKRE. 30 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2016. Dicapai pada 30 Mac 2016. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Artsakh Votes for New Constitution, Officially Renames the Republic". Armenian Weekly. 21 Februari 2017.
- ^ "Constitution". Kementerian Ehwal Luar Republik Nagorno Karabakh. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-23. Dicapai pada 23 Julai 2016.
- ^ "Official website of the President of the Nagorno Karabakh Republic. General Information about NKR". President.nkr.am. 1 Januari 2010. Dicapai pada 6 Mei 2012.
- ^ "Azerb.com – Regions". Travel-images.com. 24 Mac 2007. Dicapai pada 6 Mei 2012.
- ^ "2005 NKR census (Map of divisions and info on each shown" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Mac 2009. Dicapai pada 6 Mei 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
suntingWikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Nagorno-Karabakh. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Republik Nagorno-Karabakh |
- Laman sesawang rasmi
- Kementerian Ehwal Luar Republik Nagorno-Karabakh
- Pejabat Republik Nagorno-Karabakh, Washington D.C.
- Perkhidmatan Perangkaan Kebangsaan NKR
- Presiden Republik Nagorno Karabagh
- Media