Arondissement
Satu arrondissement (terbitan kata kerja Perancis arrondir "mengelilingi" diakar kata rond "bulat"[1]) merupakan pembahagian pentadbiran dalam Perancis serta seberapa negara yang dipengaruhi melalui empayar jajahannya.
Di Perancis
suntingPeringkat perbandaran
suntingBandaraya Paris dibahagikan kepada 20 arrondissement, begitu juga Marseille and Lyon juga dibahagikan kepada perbandaran arrondissement.
Peringkat depatmen
suntingArrondissement juga merupakan nama subbahagian bahagian Perancis (tetapi jarang digunakan dengan makna ini). Pusat arrondissement dikenali sebagai sous-préfecture (upaprefektur).
Di Belgium
suntingDi Belgium, negara tersebut dibahagiakan kepada beberapa wilayah yang dibahagikan kepada arrondissement. Setiap arrondissement terdiri daripada komun.
Di Belanda
suntingDi Belanda, arrondissement merupakan bidang kuasa badan kehakiman yang terdiri daripada beberapa komun.
Di Kanada
suntingQuebec
suntingDi provinsi Quebec, bandar Montréal, Bandar Québec, Saguenay, Longueuil dan Sherbrooke serta perbandaran Grenville-sur-la-Rouge dibahagikan kepada arrondissements (juga dikenali sebagai "boro").
Rujukan
sunting- ^ "Etymologie de arrondir". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada 5 Apr 2024.