Arman Azha Abu Hanifah
Dato' Arman Azha Abu Hanifah (lahir 12 Disember 1975) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2021-2024). Di peringkat parti beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Subang.
Dato' Arman Azha Abu Hanifah DIMP (Pahang) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 26 Oktober 2021 – 25 Oktober 2024 | |
Penggal | Pertama |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Arman Azha bin Abu Hanifah 12 Disember 1975 Ipoh, Perak |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Azlina Abdullah |
Anak | 2 |
Pekerjaan | Ahli politik, ahli perniagaan |
Latar belakang
suntingBeliau memperoleh Sarjana Sains Politik dari Kolej Universiti Geomatika, Kuala Lumpur pada 2017[1]. Beliau seorang yang aktif dalam sukan terutama berbasikal, berlari dan berenang. Beliau pernah berkayuh basikal dari Kuala Lumpur ke Langkawi sejauh lebih 500km pada tahun 2020 sempena Festival Rapha 500.
Politik dan aktivisme
suntingBeliau pernah memegang beberapa jawatan dalam UMNO, antaranya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 2013 hingga 2018. Beliau juga merupakan ketua pertama sayap belia (Ketua Wira) bagi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, yng berkhidmat pada 2009–2010.
Perniagaan
suntingBeliau juga seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam industri teknologi keselamatan siber dan merupakan pengarah bagi Asia Coding Centre Sdn Bhd[2].
Kesihatan
suntingArman pernah disahkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021.[3]
Penghargaan
sunting- Pahang
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2015)[4]
Rujukan
sunting- ^ Rahimy Rahim, Tarrence Tan dan Martin Carvalho (26 Oktober 2021). "Umno supreme council member Arman Azha sworn in as senator". The Star. Dicapai pada 27 Oktober 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ Ketua UMNO Bahagian Subang positif Covid-19
- ^ Semakan penerima darjah kebesaran