Bangkala

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Arenga undulatifolia)

Bangkala (Arenga undulatifolia)[3] turut dikenali sebagai aren gelora,[4] ialah tumbuhan palma yang tumbuh asli di Borneo.[5] Ia mempunyai beberapa nama tempatan lain termasuk aping (Iban) polod (Dusun) dan jaka.[4][6]

Bangkala
Pokok bangkala di sebuah taman botani di Miami
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Arecales
Keluarga: Arecaceae
Genus: Arenga
Spesies:
A. undulatifolia
Nama binomial
Arenga undulatifolia
Becc., 1886[1]
Sinonim[2]
  • Arenga ambong Becc.
  • Saguerus undulatifolius (Becc.) Kuntze

Taburan

sunting

Ia endemik di Borneo dengan taburan di serata kawasan dari Sabah di utara sampai ke kawasan-kawasan Kalimantan.[5] Pokok ini turut diperkenalkan di Maui dalam gugusan Kepulauan Hawaii.[7]

Botani

sunting

Batangnya padat dan mampu tumbuh setinggi 9 m, ia dikelilingi dengan suatu gentian tebal yang gugur.

Daun-daunnya lebar mencapai sebesar 3 m, dengan anak daun berjarak renggang antara 45 hingga 60 cm, ia kelihatan berwarna hijau gelap di permukaan atas manakala bahagian bawahnya kekelabuan.

Tumbuhan ini boleh membiak baik melalui tunas dan biji.[5]

Kegunaan

sunting

Gentian tumbuhan ini dapat digunakan untuk menghasilkan tali.[5] Bentuknya yang indah juga ideal dikembangkan sebagai tanaman hiasan.

Kayu pokok ini digunakan dalam pembuatan alat muzik yang utama di Sabah termasuk bungkau dan sompoton.[8]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Beccari, O. (Ed.) 1886. Malesia. 3: 92 et 192.
  2. ^ The Plant List: Arenga undulatifolia Becc.
  3. ^ "Bangkala". SEALang Library Malay Lexicography. SEALang Library. 2005.
  4. ^ a b Arenga undulatifolia. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/42634. [Didapatkan kembali 4 Julai 2024].
  5. ^ a b c d Sastrapradja, Setijati; Mogea, Johanis Palar; Sangat, Harini Murni; Afriastini, Johar Jumiati (1981) [1980]. Palem Indonesia. 13:12. Jakarta:LBN - LIPI bekerja sama dengan Balai Pustaka.
  6. ^ Nor Rasyidah Binti Abdul Wahab (2008). Kajian Taburan Arenga Undulatifolia Becc. (POLOD) Di Vegetasi Yang Berbeza Di Hutan Simpan Kawang, Papar. Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
  7. ^ "Pacific Island Ecosystems at Risk: Arenga undulatifolia". Institute of Pacific Islands Forestry. Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat.
  8. ^ "Hongkod Koisaan: Musical Instrument". Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah. Dicapai pada 3 Februari 2021.

Pautan luar

sunting
  • Data tumbuhan disediakan Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia.