Panrawat Kittikorncharoen
Apichet Kittikorncharoen (Bahasa Thai: อภิเชษฐ์ กิตติกรเจริญ ; RTGS: Aphichet Kittikoncharoen, namanya kemudian ditukar kepada Panrawat (ปาณรวัฐ), 2 Disember 1982 - 9 Disember 2007) ialah seorang penyanyi Thai yang dikenali dengan nama pentas, Big D2B. Beliau belajar filem di Universiti Bangkok dan merupakan sebahagian daripada Boyband bertiga RS Promotion, D2B.
Panrawat Kittikorncharoen | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Apichet Kittikorncharoen |
Juga dikenali sebagai | Big D2B |
Kelahiran | 2 Disember 1982 |
Berasal dari | Thailand |
Meninggal dunia | 9 Disember 2007 | (umur 25)
Genre | Pop |
Tahun aktif | 2000–2003 (penyanyi) |
Syarikat rakaman | RS Promosion |
Pengkarya berkait | D2B |
Pada 22 Julai 2003, dia telah mengalami kemalangan yang mana keretanya terhumban ke dalam khlong (terusan) Bangkok yang tercemar. Kemalangan ini mengakibatkan jangkitan otak yang parah oleh pelbagai organisma termasuk kulat Pseudallescheria boydii[1] yang menyebabkan kerosakan teruk terhadap otaknya walaupun dengan usaha menyembuhkannya termasuk empat pembedahan otak dan ubat-ubatan yang dibawa masuk dari Australia.[2] Dia terus dalam keadaan koma selama empat tahun sebelum akhirnya meninggal dunia.[3] Kes Apichet yang menyaksikan ramai peminatnya berharap dan mendoakannya semasa dia berada di hospital di samping perhatian media telah meningkatkan kesedaran mengenai keberbahayaan pencemaran air Bangkok.[4] Pengebumiannya yang diadakan selama 100 hari dari akhir tahun 2007 hingga Mac tahun depan disambut oleh Ratu Sirikit.[5]
Rujukan
sunting- ^ Hays, Kathleen (22 Ogos 2003). "Doctor planning scholarly article on singer's treatment" [Doktor merangka rencana ilmiah mengenai rawatan penyanyi]. The Nation (dalam bahasa Inggeris). Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ AAP (12 Ogos 2003). "Medicine flown from Australia in bid to save Thai pop idol" [Ubat-ubatan diterbang masuk dari Australia dalam usaha menyelamatkan idola pop Thai]. Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-18. Dicapai pada 6 Jun 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ National News Bureau (9 Disember 2007). "HRH Crown Prince Maha Vajiralongkorn sends wreath to BIG D2B's funeral" [DYTM Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn mengirim lingkaran bunga ke majlis pengebumian BIG D2B] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2011. Dicapai pada 6 Jun 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Perrin, Andrew (17 November 2003). "Fancy a Swim? The lethal problem with Bangkok's canals" [Ingin Berenang? Masalah terusan Bangkok yang boleh membawa maut]. Time (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-20. Dicapai pada 6 Jun 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|1=
(bantuan) - ^ สุดปลื้ม!! "พระราชินี" พระราชทานพวงมาลาหน้าศพ "บิ๊ก" (dalam bahasa Thai). Kom Chad Luek. 12 Disember 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2013. Dicapai pada 21 Jun 2012. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)