Aonori
Aonori (アオノリ ; 青海苔 ) atau parae (파래 ) adalah rumpai laut boleh dimakan yang diperolehi daripada beberapa spesies dalam genus Monostroma dan Ulva (Ulva prolifera, Ulva pertusa, Ulva intestinalis) yang dituai di kawasan-kawasan teluk Jepun, Korea dan Taiwan.
Rumpai ini kaya dengan zat galian termasuk kalsium, magnesium, litium, vitamin serta asid amino seperti metionina.