Antsiranana (juga: Antsiran̈ana, dahulunya Diego-Suárez) adalah sebuah kota terletak di Kawasan Diana hujung utara pulau Madagaskar.

Antsiranana
Bangunan rumah kedai di Antsiranana
Bangunan rumah kedai di Antsiranana
Jata Antsiranana
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Madagascar" tidak wujud.
Koordinat: 12°18′S 49°17′E / 12.300°S 49.283°E / -12.300; 49.283
Country Madagaskar
KawasanKawasan Diana
Keluasan
 • Jumlah71.9 km2 (27.8 batu persegi)
Penduduk
 (2018 census)
 • Jumlah129,320
 • Kepadatan1,800/km2 (4,700/batu persegi)
IklimAw

Sejarah

sunting

Kota ini dinamakan daripada terbitan perkataan tsiraka bermaksud "pesisiran".[1] Orang Barat pernah menamakannya Diego-Suárez sempena pengemudi Portugis Diogo Soares yang melawat teluknya sekitar 1543–44 atas arahan gabenor jajahan India yang mendapat tahu adiknya tenggelam dengan kapal layar Esperança berdekatan pulau tersebut beberapa tahun lepas dalam perjalanan ke jajahan Mozambique.[2]

Teluk ini diserahkan Ratu Ranavalona III bersama pulau-pulau Nosy-Be dan Ste. Marie de Madagascar kepada pihak Perancis dalam suatu perjanjian dimeterai 17 Disember 1885 berikutan kekalahan dalam Perang Perancis-Hova Pertama. Jajahan itu dimasukkan bersama pentadbiran tanah besar Madagaskar sendiri tahun 1896.

Rujukan

sunting
  1. ^ Rajemisa-Raolison, Régis (1987). "tsiraka". Rakibolana Malagasy. Antananarivo: Ambozontany – melalui Malagasy Dictionary and Encyclopedia of Madagascar.
  2. ^ Van Den Boogaerde, Pierre. Shipwrecks of Madagascar. New York: Strategic Book Publishing. m/s. 40-41. ISBN 978-1-60693-4944.