Antonio Inoki

Ahli perniagaan Jepun, ahli politik dan bekas ahli gusti profesional

Kanji Inoki (Jepun: 猪木寛至 (Jepun: Inoki Kanji); lahir 20 Februari 1943 – meninggal 1 Oktober 2022 pada umur 79 tahun) ialah seorang penggusti profesional serta ahli sukan seni bela diri campuran, serta ahli politik dan ahli promosi gusti asal Jepun, yang dikenal dengan nama arena Antonio Inoki (アントニオ猪木, Antonio Inoki). Nama ini diambil dari nama rakan penggusti, Antonino Rocca.

Antonio Inoki
Antonio Inoki pada Disember 2012
Nama lahirKanji Inoki (猪木寛至, Inoki Kanji)
Lahir(1943-02-20)20 Februari 1943[1]
Yokohama, Jepun[2]
Meninggal dunia1 Oktober 2022(2022-10-01) (umur 79)[3]
Tokyo[3]
Tempat tinggalTokyo
Karier gusti profesional
Nama arenaAntonio Inoki
Moeru Toukon
Tokyo Tom
Little Tokyo
The Kamikaze
Kazimoto
Killer Inoki
Tinggi6 ft 3 in (1.91 m)[2]
Berat224 lb (102 kg)[2]
Berasal dariTokyo
Dilatih olehRikidōzan
Karl Gotch
Penampilan sulung30 September 1960[4]
Bersara4 April 1998[2][4]
Nama asli
Japanese name
Kanji猪木 寛至
Hiraganaいのき かんじ
Katakanaイノキ カンジ

Inoki memulakan kerjaya gustinya pada 1960-an dalam Perikatan Gusti Profesional Jepun (JWA) di bawah latihan Rikidōzan. Inoki secara pantas menjadi antara penggusti termasyhur dalam sejarah gusti Jepun. Pada 1963, beliau mengguna pakai nama Antonio Inoki sebagai penghormatan kepada idolanya Antonino Rocca. Beliau menjadi antara atlet-atlet paling dikenali di Jepun, dengan kemuncak kariernya ialah perlawanan pada 1976 dengan jaguh terkemuka Muhammad Ali – perlawanan yang disifatkan sebagai perintis seni bela diri campuran. Pada 1995, bersama dengan Ric Flair, Inoki menganjurkan dua pertunjukan di Korea Utara dengan 165,000 dan 190,000 orang penonton, jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah gusti.[5] Inoki bertanding buat kali terakhir pada 4 April 1998 menentang Don Frye.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Power Slam". This Month in History: February. SW Publishing. Januari 1999. m/s. 28. 55.
  2. ^ a b c d e "Antonio Inoki's WWE Hall of Fame profile". WWE. Dicapai pada March 29, 2011.
  3. ^ a b アントニオ猪木さん死去 プロレス界の巨星堕つ. Tokyo Sports (dalam bahasa Jepun). 2022-10-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2022. Dicapai pada 2022-10-01.
  4. ^ a b Miyamoto, Koji. "Antonio Inoki". Professional Wrestling Hall of Fame and Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2011. Dicapai pada 22 Mei 2011.
  5. ^ Hall, Nick (29 April 2020). "Collision in Korea: Pyongyang's historic socialism and spandex spectacular". NK News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2020. Dicapai pada 1 Jun 2020.

Pautan luar

sunting