Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik) merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba.

Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah.


Etimologi

sunting

Walaupun etimologi istilah ini mungkin menunjukkan yang antisemitisme dihalakan terhadap semua orang Semitik, istilah ini dicipta pada akhir abad ke-19 di Jerman sebagai nama yang lebih berbunyi saintifik untuk Judenhass ("benci-Yahudi"),[1] dan telah digunakan sedemikian sejak itu.[2][3]

Tokoh anti Semitik

sunting

Mana-mana tokoh yang anti-kezaliman Israel ke atas Palestin akan dicop/dilabel sebagai anti-Semetik. Antaranya :

  1. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad - kerana mengecam Yahudi dan Israel dalam persidangan ke-60 PBB pada 22 april 2009 . Ekoran itu 40 perwakilan termasuk delegasi AS, Israel, Perancis dan Kanada keluar dari dewan.[4] Insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan (2001).Hari Peringatan Holocaust Israel disambut pada --[5] .Ahmadinejad mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng'.Ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'[6].
  2. Faruq Hosni Menteri Kebudayaan Mesir - kerana mahu membakar buku-buku Israel. Akibatnya beliau kalah kepada Irina Bokova bagi merebut jawatan pengerusi Unesco.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Lihat, sebagai contoh:
    • Jerome A. Chanes. Antisemitism: A Reference Handbook, ABC-CLIO, 2004, m/s. 150.
    • Ali Rattansi. Racism: a very short introduction, Oxford University Press, 2007, m/s. 5.
    • Richard L. Rubenstein, John K. Roth. Approaches to Auschwitz: the Holocaust and its legacy, Westminster John Knox Press, 2003, m/s. 30.
    • William M. Johnston. The Austrian mind: an intellectual and social history, 1848-1938, University of California Press, 1983, m/s. 27.
  2. ^ "Antisemitism has never anywhere been concerned with anyone but Jews." Bernard Lewis. "Semites and Antisemites" Diarkibkan 2011-05-14 di Wayback Machine, Islam in History: Ideas, Men and Events in the Middle East, The Library Press, 1973.
  3. ^ Lihat, sebagai contoh:
  4. ^ Iran, Libya kutuk kuasa besar
  5. ^ Ahmadinejad kecam Barat, diplomat EU keluar dewan
  6. ^ Ahmadinejad jadi tumpuan
  7. ^ "Bokova ketua baru UNESCO". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-28. Dicapai pada 2010-06-08.

Pautan luar

sunting