Antipasto
Antipasto (jamak: antipasti) ialah hidangan pertama dalam sajian Itali tradisional.[1] Bahan-bahan antipasto yang biasa termasuk daging awet, zaitun, peperoncini, cendawan, ikan bilis, jantung kuntum kharsyuf, pelbagai jenis keju (seperti provolone atau mozarela), daging jeruk, dan sayuran dalam minyak atau cuka.
Antipasto | |
---|---|
Jenis | Appetizer, makanan cekut |
Tempat asal | Itali |
Bahan utama | Mana-mana daging awet, zaitun, peperoncini, cendawan, ikan bilis, jantung kharsyuf, keju, daging jeruk dan sayuran (dalam minyak atau cuka) |
Keragaman/variasi | Sajian makanan laut; sotong, kupang, salmon salai, ikan tuna, zaitun |
sunting · sunting di Wikidata |
Isi kandungan antipasto berbeza jauh mengikut tempat. Ada juga kemungkinan untuk terserempak dengan hidangan yang diperbuat daripada ikan laut dan daging awet tradisional (seperti sopresata atau 'nduja) di selatan Itali, manakala di Itali utara akan ada pelbagai aneka daging awet dan cendawan dan, lebih-lebih lagi berdekatan tasik, hidangan yang diperbuat daripada ikan air tawar. Keju juga berbeza mengikut kawasan dan daerah, dan termasuk keju jenis keras dan lembut.
Ada yang bandingkan antipasto dengan hors d'oeuvre, namun antipasto disajikan di atas meja makan dan menandakan bermulanya juadah dalam adat Itali. Ia boleh digelari sebagai pembuka selera.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Definition of ANTIPASTO". www.merriam-webster.com.
Bacaan lanjut
sunting- Scicolone, Michele (1998). The Antipasto Table. HarperCollins. ISBN 9780880016278. Dicapai pada April 20, 2012.