Bahan antioksida
(Dilencongkan daripada Antioksidan)
Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.
Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. Pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Nutrition-Health.info - Antioxidant