Antibeku (انتيبكو) merupakan penambah kimia yang merendahkan takat beku bagi cecair berasaskan air. Campuran antibeku digunakan untuk mencapai penurunan takat beku bagi persekitaran yang sejuk dan untuk mencapai kenaikan takat didih ("antididih") bagi membenarkan suhu penyejuk yang lebih tinggi. Takat beku dan takat didih mempunyai sifat koligatif bagi suatu larutan di mana ia bergantung kepada kepekatan bahan yang terlarut.

Antibeku

Antibeku lazimnya digunakan untuk menyahais misalnya pada sayap pesawat. Garam juga sering digunakan untuk menyahais tetapi larutan garam tidak digunakan dalam sistem penyejukan disebabkan oleh kakisan.

Lihat juga

sunting