Anti pendatang di Australia

Anti pendatang di Australia semakin meningkat. Menurut sejarah, penduduk Australia berasal dari banduan / pesalah Britain dan pendatang dari Eropah yang berbahasa Inggeris. Apabila pendatang dari China, India dan Asia Tenggara semakin meningkat, rasa tidak p;uas hati timbul.

Pendatang Asia ini menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab dan lain-lain yang tidak difahami oleh penduduk tempatan. Sebagai pendatang , dianggap warganegara kelas dua, mereka sepatutnya mahir dan cekap berbahasa Inggeris dan tidak menimbulkan prasangka dengan menggunakan bahasa asing. Penguasaan ekonomi semakin meningkat terutama bidang profesional dan separa mahir. Wujud bandar dan pekan seperti 'Chinatown' dan 'Little India' di beberapa tempat.

Rasa tidak puas hati ini tidak sahaja berlaku di Australia tetapi juga di Britain, Jerman dan lain-lain. Rasa tidak puas hati ini memuncak kepada rasa benci, permusuhan, pergaduhan, kebakaran, sabotaj dan rusuhan kaum.

Kempen Pauline Hanson

sunting

Ahli politik wanita Australia , Pauline Hanson tidak senang dengan kehadiran orang Asia yang menjadi pendatang dan mendapat warganegara Australia sejak 2006. Beliau berasal dari Brisbane, Queensland yang menunjukkan kebanjiran pendatang Asia . Beliau mengumpul pengundi melalui Parti Liberal Australia, kemudian Parti One Nation. Baginya kebanjiran pendatang Asia akan menjejaskan keharmonian di Australia. Antara 1984-1995, lebih 40 % pendatang berasal dari benua Asia. Sikap Hanson ini ada kaitan dengan kemarahan terhadap globalisasi, dunia tanpa sempadan. Buku 'Race, Colour and Identity in Australia and New Zealand', mengenal pasti Pauline Hanson sebagai seorang yang perkauman / rasist pada 1990-an.[1]

Anti India di Australia

sunting

Pada Mei dan Jun 2009, anti India semakin ketara di Australia. Pelajar dari India yang belajar di universiti antarabangsa Australia menjadi mangsa serangan. Bilangan pendatang India adalah kedua ramai (32,000 orang) selepas China. Protes diadakan di Harris Park. Rapat umum diadakan di Melbourne dan Sydney. Ia meningkat rasa Indophobia.

Wakil negara India berjumpa dengan pihak berkuasa Australia agar pelajar India berada dalam keadaan selamat dan selesa belajar di Australia. Pada 7 Jun 2009, ratusan pelajar India mengadakan rapat umum di Sydney Town Hall, berbaris menuju ke Harris Park. Ada yang menuduh pemuda Lubnan yang menyerang mereka .Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd terpaksa memohon maaf dan mahu para penyerang dihadapkan ke mahkamah. Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan menolak kehormatan doktor dari Universiti Teknologi Queensland berikutan insiden itu. [2]

Antara kes serangan ialah pelajar Brighton Institute of Technology diserang di pinggir Sunshine, Melbourne pada Disember 2008. Pelajar ini koma selepas diserang. Pelajar lain buta selepas diserang , juga di Sunshine pada Mac 2008.

Anti pendatang Islam

sunting

Anti pendatang berugama Islam juga semakin meningkat. Tentera Australia terlibat dalam serangan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq. Umat Islam Australia menentang kehadiran dan penyertaan tentera Australia.

Pemerdagangan manusia

sunting

Berambus pendatang

sunting

Pada 3 Januari 2010, akhbar Sunday Herald Sun di Australia melaporkan para pelajar sekolah berkempen 'Berambus pendatang'. Mereka mulakan kempen melalui Facebook. Laman web kumpulan ini memmaparkan gambar bendera Australia, kata-kata kesat dan lucah, "jika masih hendak gunakan bahasa kamu, pulang sahaja ke negara asal."Mate speak english, you're in Australia now".

Kumpulan ini disertai 500 orang di seluruh negara. Mereka disertai oleh para penuntut Scotch College, Melbourne Grammar, Geelong Grammar, Trinity Grammar, Lauriston, Mentone Grammar, Ivanhoe Grammar, Camberwell Grammar dan Haileybury serta beberapa sekolah lain.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Anti-refugee law hurts Australia's image". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-02. Dicapai pada 2010-01-03.
  2. ^ Serangan perkauman di Australia 'paling mengganggu': Aamir Khan
  3. ^ Pelajar Sekolah Elit Australia Berkempen Halau Pendatang