Dr Annabel Teh Gallop FBA (lahir 5 Ogos 1961) ialah sejarawan dan pakar sastera Asia Tenggara, dan merupakan Ketua Bahagian Asia Tenggara di Perpustakaan British.

Annabel Teh Gallop

DSDK (Kedah), FBA
Kelahiran (1961-08-05) 5 Ogos 1961 (umur 63)
Winchester
Pusat pendidikanUniversiti London
Universiti Bristol
PekerjaanSejarawan
MajikanPerpustakaan British

Kehidupan awal

sunting

Gallop dilahirkan pada 5 Ogos 1961 di Winchester, anak perempuan bagi Christopher Hugh Gallop dan Teh Siok Lay. Beliau bersekolah di Sekolah Inggeris Sufri Bolkiah di Tutong, Brunei, Kolej Wadhurst dan Sekolah Cranbrook. Beliau menerima BSc dari Universiti Bristol pada tahun 1982. Beliau kemudian belajar di School of Oriental and African Studies di Universiti London, di mana beliau menerima MA pada tahun 1985 dan PhD pada 2002.[1]

Beliau berkahwin dengan Jonathan Del Mar pada tahun 1992; mereka mempunyai dua orang anak.[1]

Kerjaya

sunting

Gallop ialah penerbit kanan bahagian Indonesia dan Melayu di BBC World Service dari 1985–86.[1] Beliau menyertai Perpustakaan British pada tahun 1986, dan telah memegang jawatan sebagai Kurator bagi Asia Tenggara Maritim, dan Ketua Bahagian Asia Tenggara. Penyelidikan beliau memfokuskan kepada koleksi Melayu di Perpustakaan British: tradisi penulisan, budaya buku dan seni al-Quran di Asia Tenggara dan dunia Lautan Hindi; manuskrip Melayu dan Indonesia, surat, dokumen dan mohor, dan perbandingan sistem diplomatik Islam.

Beliau mengendalikan pameran "Early Malay Printing, 1603-1900", "Golden Letters: Writing Traditions of Indonesia" (1991) dan "The Legacy of the Malay Letter" (1994). Beliau telah melakukan penyelidikan khusus mengenai mohor Melayu, termasuk PhD (2002) mengenai subjek ini, dan katalog Malay Seals from the Islamic World of Southeast Asia (2019). Beliau mengarahkan projek penyelidikan yang dibiayai oleh Akademi British "Islam, Trade and Politics across the Indian Ocean" (2009-2012), yang menyiasat hubungan Uthmaniyyah dengan Asia Tenggara.[2]

Anugerah dan kehormatan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Gallop, Dr Annabel Teh, (born 5 Aug. 1961), Head, Southeast Asia Section, British Library, since 1999". WHO'S WHO & WHO WAS WHO (dalam bahasa Inggeris). 2020. doi:10.1093/ww/9780199540884.013.U293379. ISBN 978-0-19-954088-4. Dicapai pada 2021-08-06.
  2. ^ "Annabel Teh Gallop, Lead Curator, Southeast Asia". The British Library. Dicapai pada 2021-03-29.
  3. ^ a b "Dr Annabel Teh Gallop FBA". The British Academy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-29.
  4. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 2024-08-09.

Pautan luar

sunting