Anjing botak Peru

baka anjing dari Peru

Anjing botak Peru[a] ialah satu baka anjing botak dari Peru. Ia merupakan satu-satunya baka anjing hidup yang asli di Peru.[1]

Anjing botak Peru
Nama lainViringo Peru
Anjing botak Inka
Negara asalPeru
Anjing (Canis lupus familiaris)

Seperti pada baka botak lain, contoh berlapis bulu juga wujud.[2][3] Pada contoh botak, kulit mungkin mempunyai salah satu daripada beragam-ragam warna, dengan kawasan berpigmen terbatas atau tanpa kawasan berpigmen terbatas, biasanya pada tungkai, ekor, atau dada; mana-mana helaian bulu mungkin mempunyai sebarang warna. Pada anjing berlapis bulu, lapis bulu mungkin mempunyai sebarang warna melainkan merle.[2][3]

Anjing botak dikaitkan dengan tamadun Andes. Baka moden diiktiraf sebagai sebahagian daripada warisan kebudayaan kebangsaan.[4][5]

Penamaan

sunting

Anjing ini telah dikenali dengan banyak nama, antaranya allqu (pada zaman Inka), kaclla, perro calato ("anjing telanjang") perro chino (yang mungkin diterbitkan daripada china, "wanita", dan tidak pula menunjukkan asal usul dari China[6]), perro de Sechura ("anjing Sechura"), viringo,[2][3] dan vitilingo.[1]

Sejarah

sunting
 
Huaco anjing botak Peru purba, Muzium Brüning

Anjing botak Peru kerap dianggap sebagai anjing Inka kerana ia diketahui telah dibela semasa Empayar Inka (orang Sepanyol mengelaskannya sebagai salah satu daripada enam baka anjing berlainan di dalam empayar itu). Ia juga dibela sebagai haiwan peliharaan dalam kebudayaan pra-Inka dari zon pinggir laut utara Peru. Anjing botak seramik daripada kebudayaan Chimú, kebudayaan Moche, dan kebudayaan Vicus cukup terkenal. Gambaran anjing botak Peru muncul pada sekitar tahun 750 Masihi dalam bekas seramik Moche dan diteruskan dalam tradisi seramik Andes kemudiannya.[7][halaman diperlukan]

Anjing botak Peru kini merupakan lambang Peru dan sebahagian daripada warisan kebangsaannya, yang diraikan dalam kesenian dan kesusasteraan.[5] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menerima baka ini dan menerima pakai piawaian baka rasmi.[perlu rujukan]

Sebelum waktu itu, di Amerika Syarikat, sesetengah penggemar menghasilkan lagi satu jenis anjing botak Peru, iaitu Peruvian Inca Orchid atau orkid Inka Peru. Orkid Inka Peru diiktiraf oleh AKC dan semua anjing yang diiktiraf merupakan keturunan bagi 13 ekor anjing yang dibawa dari Peru pada awal abad ke-20.[perlu rujukan]

Pada tahun 2018, analisis terhadap DNA daripada keseluruhan nukleus sel menunjukkan bahawa anjing memasuki Amerika Utara dari Siberia pada 4,500 tahun selepas manusia melakukannya, terasing selama 9,000 tahun berikutnya, dan selepas perhubungan dengan orang Eropah, anjing ini tidak lagi wujud kerana digantikan oleh anjing Eurasia. Anjing praperhubungan mempamerkan petanda genetik unik yang kini lenyap.[8]

 
Anjing botak Peru baka tulen sempurna, Trujillo, Peru
 
Muka seekor anjing botak Peru tipikal

Menurut piawaian baka FCI, aspek paling penting bagi penampilannya ialah kebotakannya. Anjing botak kerap digunakan dalam penyelidikan untuk pengujian pelbagai keadaan seperti dermatitis dan keadaan lain berkaitan dengan imun.[9] Anjing ini mungkin mempunyai bulu pendek di atas kepalanya, di kakinya, dan di hujung ekornya. Di Peru, para pembiak baka cenderung memilih anjing yang sepenuhnya botak. Kulit dapat berwarna perang coklat, kelabu-gajah, tembaga, atau berbelak. Ia dapat sepenuhnya berwarna tunggal atau berwarna tunggal dengan tompok merah jambu lidah. Kebalaran tidak diterima. Warna matanya berkaitan dengan warna kulit. Matanya sentiasa berwarna perang, tetapi anjing dengan warna cerah dapat mempunyai mata lebih jelas berbanding dengan anjing berkulit gelap.[2][3]

Anjing botak Peru terdapat dalam tiga saiz:[10]

  • Kecil: 25–40 cm (10–16 in)
  • Sederhana: 40–50 cm (16–20 in)
  • Besar: 50–65 cm (20–26 in)

Berat juga berbeza-beza mengikut saiz:

  • Kecil: 4–8 kg (9–18 lb)
  • Sederhana: 8–12 kg (18–26 lb)
  • Besar: 12–25 kg (26–55 lb)

Anjing ini patut langsing dan anggun dengan wajah kekuasaan dan keharmonian tanpa menjadi kasar.[2][3] Telinganya hendaklah berbentuk api lilin dan tegak dengan kemungkinan untuk terbentang rata.[2][3] Perkadaran ketinggian (pada paras kelasa) dengan panjang (kelasa ke pangkal ekor) ialah 1:1.[2][3]

Genetik dan kesihatan

sunting
 
Anjing botak Peru, Amerika Syarikat

Gen yang menyebabkan kebotakan juga sering menyebabkan bilangan gigi lebih rendah pada anjing ini berbanding dengan pada baka lain, kebanyakannya kekurangan geraham dan geraham kecil.[11]

Trait kebotakan ialah mutasi maut ganda dominanTemplat:Neologism inline, yang bermaksud bahawa kebotakan homozigotik tidak wujud. Embrio homozigus, yang mempunyai dua salinan bagi gen itu, tidak berkembang di dalam rahim. Ini menghasilkan purata kadar kelahiran 2:1, botak:berbulu.[12][pengesahan diperlukan]

 
Menggayakan diri

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ بوتق ڤيرو; Sepanyol: perro sin pelo del Perú; perro peruano sin pelo; perro sin pelo peruano; bahasa Inggeris: Peruvian hairless dog

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "PERRO PERUANO SIN PELO (Canis familiaris)" [ANJING BOTAK PERU (Canis familiaris)]. www.peruecologico.com.pe (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 5 Januari 2024.
  2. ^ a b c d e f g "Estándar-FCI N° 310 PERRO SIN PELO DEL PERÚ" [Piawaian FCI No. 310 Anjing Botak Peru] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Mac 2024.
  3. ^ a b c d e f g "FCI-Standard N° 310 PERRO SIN PELO DEL PERÚ (Peruvian hairless dog)" [Piawaian FCI No. 310 Anjing Botak Peru] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nestler, Brígida. Diselia secara teknikal oleh Miguel Ángel Martínez. Dipinda terkini oleh Kennel Club Peruano. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 Oktober 2021. Dicapai pada 16 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ ""Designan representante del Ministerio ante el Comité Nacional de Protección del "perro sin pelo del Perú". Resolución ministerial n.º 076-2013-MC"" [Wakil Kementerian Dilantik dalam Jawatankuasa Kebangsaan bagi Perlindungan "Anjing Botak Peru". Resolusi Kementarian No. 076-2013-MC] (PDF). Ministerio de Economía y Finanzas del Perú (Lima) (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Jun 2013.
  5. ^ a b "Masters of the pyramid: The dogs reclaiming their heritage" [Tuan piramid: Anjing yang menuntut warisannya semula]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2 September 2019. Dicapai pada 5 Januari 2024.
  6. ^ Cook, Orator Fuller Jr. (1 April 1919). "DOMESTICATION OF ANIMALS IN PERU" [PEMBELAJINAKAN HAIWAN DI PERU]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 10 (4): 176–181. doi:10.1093/oxfordjournals.jhered.a101913. ISSN 1465-7333. S2CID 89948057.
  7. ^ Muzium Arkeologi Rafael Larco Herrera (1997). Berrin, Kathleen (penyunting). The Spirit of Ancient Peru: Treasures from the Museo Arqueológico Rafael Larco Herrera [Semangat Peru Purba: Khazanah dari Muzium Arkeologi Rafael Larco Herrera] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Thames & Hudson. ISBN 9780500018026. OCLC 59613908.
  8. ^ Ní Leathlobhair, Máire; Perri, Angela R.; Irving-Pease, Evan K.; Witt, Kelsey E.; Linderholm, Anna; Haile, James Seymour; Lebrasseur, Ophélie; Ameen, Carly; Blick, Jeffrey Paul; Boyko, Adam R.; Brace, Selina; Nunes Cortes, Yahaira; Crockford, Susan Janet; Devault, Alison; Dimopoulos, Evangelos Antonios; Eldridge, Morley; Enk, Jacob; Gopalakrishnan, Shyam; Gori, Kevin C.; Grimes, Vaughan; Guiry, Eric James; Hansen, Anders Johannes; Hulme-Beaman, Ardern; Johnson, John Richard; Kitchen, Andrew; Kasparov, Aleksey Kasparovich; Kwon, Young Mi; Nikolʹskiy, Pavel Aleksandrovich; Peraza Lope, Carlos; Manin, Aurélie; Martin, Terrance J.; Meyer, Michael; Myers, Kelsey Noack; Omura, Mark D.; Rouillard, Jean-Marie; Pavlova, Yelena Yurʹyevna; Sciulli, Paul W.; Sinding, Mikkel Holger Strander; Strakova, Andrea; Ivanova, Varvara Viktorovna; Widga, Christopher C.; Willerslev, Eske; Pitulʹko, Vladimir Viktorovich; Barnes, Ian; Gilbert, Marcus Thomas Pius; Dobney, Keith M.; Malhi, Ripan Singh; Murchison, Elizabeth Proby; Larson, Greger John; Frantz, Laurent Alain François (6 Julai 2018). "The evolutionary history of dogs in the Americas" [Sejarah evolusi anjing di Benua Amerika]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 361 (6397): 81–85. Bibcode:2018Sci...361...81N. doi:10.1126/science.aao4776. hdl:21.11116/0000-0001-BB0C-0. ISSN 0036-8075. JSTOR 26498950. PMC 7116273. PMID 29976825. S2CID 186313281.
  9. ^ Kimura, Tohru; Ohshima, Seinosuke; Doi, Kunio (Januari 1993). "The inheritance and breeding results of hairless descendants of Mexican hairless dogs" [Hasil pewarisan dan pembiakbakaan keturunan botak anjing botak Mexico]. Laboratory Animals (dalam bahasa Inggeris). Sage Publishing. 27 (1): 55–58. doi:10.1258/002367793781082403. ISSN 1758-1117. PMID 8437436. S2CID 21822477.
  10. ^ "Peruvian Inca Orchid - Dog Breed Information" [Peruvian Inca Orchid - Maklumat Baka Anjing]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Januari 2024.
  11. ^ Kupczik, Kornelius; Cagan, Alexander; Brauer, Silke; Fischer, Martin Stephan (14 Julai 2017). "The dental phenotype of hairless dogs with FOXI3 haploinsufficiency" [Fenotip gigi bagi anjing botak dengan haplokekurangan FOXI3]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 7 (1): 5459. Bibcode:2017NatSR...7.5459K. doi:10.1038/s41598-017-05764-5. hdl:11858/00-001M-0000-002D-9A17-E. ISSN 2045-2322. PMC 5511229. PMID 28710361. S2CID 13872964.
  12. ^ Räber, Hans (1 Mac 2001). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung [Ensiklopedia Anjing Baka Tulen: Asal Usul, Sejarah, Matlamat Pembiakbakaan, Kesesuaian, dan Kegunaan] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-2). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440082355. OCLC 1068965524.