Anjing Shikoku
Anjing Shikoku, hanya shikoku,[a] atau anjing Kochi[b][1] ialah satu baka anjing dari Pulau Shikoku.[1] Ia ditetapkan sebagai monumen hidup kebangsaan Jepun pada tahun 1937 dengan nama Tosa inu. Walau bagaimanapun, oleh sebab ini dikelirukan dengan anjing laga Tosa dan baka ini juga terdapat di wilayah lain, mulai sekitar tahun 1932 ia dirujuk sebagai Shikoku ken.[2]
Nama lain | Anjing Kochi[1] | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jepun | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Shikoku ialah salah satu baka anjing pemburu buruan bersaiz sederhana yang asli di Jepun, yang berasal dari pulau bergunung-ganang Shikoku. Di sana, ia merupakan pemburu kerap bagi rusa, babi hutan, dan hidupan liar peribumi lain. Ia tidak seperti hound Jepun lain jenis spits dengan lapis bulu padat dan kasar, telinga kasar, dan ekor yang terangkat ke atas belakangnya. Ia merupakan anjing tangkas dan bersemangat dengan deria tajam dengan naluri cekap supaya mampu menjadi pemburu cekap, anjing pengawas, atau pendamping.
Sebagai baka jarang, ia mungkin hanya dapat terlihat di tanah airnya, Jepun. Bilangan anjing Ken semakin beransur-ansur berkurang, serupa dengan baka anjing Kishu dalam Nihon Ken Hozonkai juga. Tanpa penggemar berdedikasi, baka-baka ini mungkin lenyap sepenuhnya tidak lama lagi.
Anjing Shikoku tersenarai sebagai baka Khidmat Ternakan Asasi dengan American Kennel Club dan diiktiraf sepenuhnya oleh United Kennel Club.
Perbandingan dengan baka lain Jepun
suntingAnjing Shikoku ialah salah satu daripada enam baka asli Jepun. Ia bersaiz antara anjing Akita yang besar dengan shiba inu yang bersaiz kecil; kesemuanya tergolong dalam keluarga anjing spits.[perlu rujukan]
Sebuah kajian pada tahun 1930-an yang dijalankan oleh ahli kinologi Jepun.[c] Haruo Isogai mengelaskan semua baka anjing asli Jepun ke dalam tiga kategori: bersaiz besar, bersaiz sederhana, dan bersaiz kecil. Anjing Shikoku tergolong dalam kategori shika-inu, iaitu anjing bersaiz sederhana. Anjing bersaiz sederhana lain merupakan anjing Kai, anjing Ainu, dan anjing Kishu.
Ciri dan perangai
suntingSaiz piawai sepatutnya ialah 20.5 inci (52 cm) untuk jantan dan 19 inci (48 cm) untuk betina. Toleransi 1.25 inci (3.2 cm) lebih atau kurang diizinkan. Dimorfisme seks antara jantan dengan betina terpapar pada ekspresi dan jenis tubuh. Tubuhnya kuat dan berotot dan sentiasa ditunjukkan dalam keadaan kerja tanpa berat berlebihan. Nisbahnya adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan ketinggian pada 10:11. Anjing Shikoku mempunyai 5 warna lapis bulu, merah, bijan merah, bijan, bijan hitam, dan hitam dengan titik-titik sawo matang. Sebagai tambahan, terdapat lapis bulu berwarna krim yang jarang terlihat kerana ini bukan warna yang diterima pada baka ini. Dalam semua warna ini, ada tanda-tanda pudar pada bahagian ventral anjing ini yang dikenali sebagai urajiro dan patut terlihat pada semua warna lapis bulu. Tanda-tanda ini terletak di sepanjang corak cerupa dengan titik-titik sawo matang pada anjing hitam: pada kening, di sisi muncung, pada pipi, di sisi bawah rahang, pada kaki dan di dalam celah tungkai, dan di bawah ekor.
Keragaman
suntingDaripada usaha pembinaan semula, tiga susur galus terpisah bagi anjing Shikoku dikembangkan: susur galur Awa, susur galur Hongawa, dan susur galur Hata, kesemuanya dinamai sempena kawasan asal masing-masing di dalam Wilayah Kochi. Lebih terkini, perbezaan sesama susur galur ini telah dikaburkan sebaik kawasan-kawasan terpencil tempat asal anjing-anjing ini menjadi lebih mudah untuk dicapai dan susur galur tersebut dibiakbakakan bersilang. Anjing Shikoku moden disangkakan diturunkan terutamanya daripada susur galur Hongawa dan susur galur Hata kerana susur galur Awa pada dasarnya lenyap akibat kesukaran yang disebabkan oleh Perang Dunia Kedua dan kekurangan spesimen berkualiti akibat pembiakbakaan silang dengan anjing luar.[5]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ شيکوکو ;شيکوکو ; Jepun: 四国犬; 四国, rumi: Shikoku inu; Shikoku ken; shikoku ; bahasa Inggeris: Shikoku dog
- ^ Jawi: انجيڠ کوچي ; Jepun: 高知犬, rumi: Kōchi ken
- ^ Haruo Isogai ialah pembiak baka anjing yang mengusahakan sistem pengelasan untuk anjing Jepun berdasarkan penampilan, sebagai respons nasionalis terhadap amalan adopsi baka-baka Eropah oleh para penggemar anjing di Jepun pada tahun 1930-an.[3][4] Tiada bukti bahawa beliau menjalani sebarang latihan saintifik relevan atau bahawa sekali pun beliau menggelar diri ahli kinologi.
Rujukan
sunting- ^ a b c "FCI-Standard N° 319 SHIKOKU" [Piawaian FCI No. 319 Anjing Shikoku] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Februari 2017. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ "四国" [Anjing Shikoku] (dalam bahasa Jepun). Japan Kennel Club. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ "Kai Hond" [Anjing Kai] (dalam bahasa Belanda). worldwidebase.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ "Russischer Traber" [Peligas Rusia] (dalam bahasa Jerman). Zaras-Traumwelten. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2009. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- ^ "History and Characteristics" [Sejarah dan Ciri] (dalam bahasa Inggeris). North American Shikoku Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2021. Dicapai pada 5 Januari 2024.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Shikoku |
- "North American Shikoku Club" (dalam bahasa Inggeris). North American Shikoku Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2020. Dicapai pada 5 Januari 2024.
- "American Shikoku Ken Club" (dalam bahasa Inggeris). American Shikoku Ken Club. Dicapai pada 30 November 2024.