Kokoni
Kokoni[a] atau anjing bela jinak kecil Yunani[b] ialah satu baka anjing bela jinak kecil dari Greece, yang baru-baru ini diasaskan sebagai baka terpiawai.[1] Ternakan asasi, iaitu baka tempatan umum anjing kecil di rantau itu, terdapat secara meluas di seluruh negara.
Nama lain | Anjing bela jinak kecil Yunani | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Houdini | ||||||||||||||||||||
Negara asal | Greece | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Pengiktirafan baka
suntingBaka terpiawai bernama kokoni telah dikembangkan daripada anjing baka tempatan di Greece dan diiktiraf secara rasmi sebagai baka oleh Kelab Kenel Greece pada tahun 2004. Perincian di bawah berkaitan dengan baka ini. Ia belum diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (pejabat pendaftaran baka antarabangsa utama untuk anjing).
Penampilan
suntingBaka anjing ini dianggap bersaiz kecil hingga sederhana seberat hampir-hampir 4–8 kilogram (8.8–17.6 lb) dan dengan purata ketinggian sekitar 29 sentimeter (11 in). Ia mempunyai telinga labuh, muncung pendek, dan tubuh panjang, dengan ekor panjang dan melengkung. Baka ini terdapat dengan pelbagai warna dan gabungan warna.
Perangai
suntingKokoni mempunyai salakan lantang dan kuat untuk saiznya walaupun tidak banyak menyalak. Kokoni dikatakan mempunyai perangai sekata dan pembawaan lemah lembut, serta cergas, ceria, peramah, dan pada umumnya tidak agresif atau pemalu. Dakwaan tingkah laku lain merupakan bahawa ia suka berteman, walaupun pada mulanya mungkin bersikap menyendiri terhadap orang asing. Pembiak baka mendakwa bahawa ia cerdas, mudah terlatih, dan sangat setia kepada pembelanya dan kuat melindungi pembelanya. Baka kokoni telah diketahui kerap mengambil masa untuk menentukan "orang"-nya untuk jangka panjang. Ia mungkin mencuba untuk melarikan diri.
Kesihatan
suntingBaka ini mempunyai kelanjutan usia baik dan hidup sehingga usia lewat belasan tahun. Isu kesihatan besar tidak diketahui; memandangkan pengasasan baka ini baru-baru ini, masa panjang mungkin perlu berlalu untuk menyiasat kesihatan secara mendalam.
Asal usul Yunani purba
suntingKokoni mempunyai akar sejarah dalam di Greece, dengan gambara anjing pendamping kecil serupa yang muncul pada pasu-pasu Yunani purba yang bertarikh kembali ke abad ke-5 SM. Anjing ini kerap diilustrasikan dalam keadaan duduk di samping pemiliknya atau bermain, yang menyerlahkan peranannya sebagai haiwan peliharaan tersayang isi rumah. Penemuan arkeologi dan teks bersejarah mencadangkan bahawa anjing kecil ini yang menyerupai kokoni adalah lazim di rumah-rumah Yunani dan dihargai kerana pendampingannya dan sifat waspadanya. Kehadirannya dalam seni purba menandakan hubungan berpanjangannya dengan manusia dalam masyarakat Yunani.
Lihat juga
suntingCatatan
suntingRujukan
sunting- ^ "The 6 dog breeds with ancient Greek roots" [6 baka anjing dengan akar Yunani purba] (dalam bahasa Inggeris). Greek City Times. 4 September 2023. Dicapai pada 29 Mac 2024.
Pautan luar
sunting- "Κοκόνι" [Kokoni] (dalam bahasa Greek). Kelab Kenel Greece. Dicapai pada 18 Julai 2018.