Anguidae

keluarga reptilia

Anguidae ialah suatu keluarga yang besar dan rencam bagi cicak yang berasal dari Hemisfera Utara. Ciri-ciri umum kumpulan ini termasuk lengkung supratemporal yang mengecil, jalur pada bahagian tengah korona gigi, osteoderm dan lipatan sisi pada kulit kebanyakan takson. Kumpulan ini terbahagi kepada dua subkeluarga yang masih hidup: Anguinae tanpa kaki, yang merangkumi sepah bulan dan cicak kaca dari seluruh Hemisfera Utara, dan Gerrhonotinae, yang mengandungi cicak aligator asal Amerika Utara dan Tengah. Keluarga Diploglossidae (yang mengandungi galliwasp) dahulunya turut dimuatkan ke sini. Keluarga ini mengandungi kira-kira 87 spesies dalam 8 genus.

Anguidae
Julat zaman: Campanian–Recent
Anguis fragilis (sepah bulan biasa)
Gerrhonotus parvus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Klad: Anguioidea
Keluarga: Anguidae
Gray, 1825
Subkeluarga

Pengelasan

sunting

Keluarga Anguidae

  • Subkeluarga Anguinae
    • Genus Anguis - sepah bulan (lima spesies)
    • Genus Dopasia - cicak kaca Asia (tujuh spesies)
    • Genus Hyalosaurus - cicak kaca Afrika Utara (satu spesies)
    • Genus Ophisaurus - cicak kaca Amerika (lima spesies)
    • Genus Pseudopus - scheltopusik (satu spesies wujud)
  • Subkeluarga Gerrhonotinae - cicak aligator
    • Genus Barisia - cicak aligator (tujuh spesies)
    • Genus Gerrhonotus - cicak aligator (tujuh spesies)
    • Genus Abronia - cicak aligator pohon (37 spesies)
    • Genus Elgaria - cicak aligator barat (tujuh spesies)
  • SubkeluargaGlyptosaurinae

Bukti genetik menunjukkan bahawa Diploglossinae berada di luar klad yang memuatkan Anguinae, Gerrhonotinae, dan keluarga Anniellidae. Oleh itu, ia diletakkan dalam keluarga berasingan Diploglossidae.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ Burbrink, Frank T; Grazziotin, Felipe G; Pyron, R Alexander; Cundall, David; Donnellan, Steve; Irish, Frances; Keogh, J Scott; Kraus, Fred; Murphy, Robert W; Noonan, Brice; Raxworthy, Christopher J (2020-05-01). Thomson, Robert (penyunting). "Interrogating Genomic-Scale Data for Squamata (Lizards, Snakes, and Amphisbaenians) Shows no Support for Key Traditional Morphological Relationships". Systematic Biology (dalam bahasa Inggeris). 69 (3): 502–520. doi:10.1093/sysbio/syz062. ISSN 1063-5157. PMID 31550008.