Angsa China adalah satu baka angsa domestik yang berasal dari angsa Swan. Ia berasal daripada China. Angsa China berbeza dari angsa liar di mana saiznya lebih besar (sehingga 5–10 kg bagi angsa jantan, 4–9 kg bagi betina), dan kadang kala memiliki tombol basal pada bahagian atas paruhnya. Benjolan ini lebih besar pada angsa jantan berbanding angsa betina. Ia memerlukan beberapa bulan untuk benjolan ini membesar bagi digunakan untuk menentukan jantinanya. Angsa China adalah saudara rapat pada angsa Afrika, satu baka yang lebih berat dan juga berasal dari angsa Swan.

Sekawan angsa China di Staglands Wildlife Reserve, Wellington, New Zealand
Angsa China Putih di Jepun
Seekor angsa China di Myitkyina, Negeri Kachin, Myanmar

Angsa China boleh didapati dalam dua variati iaitu perang (serupa dengan angsa Swan liar) dam putih. Meskipun angsa China domestik mempunyai jenis badan yang serupa dengan baka-baka lain, standard baka yang ditakrifkan dalam Standard Kesempurnaan, Persatuan Unggas Amerika dan sumber-sumber lain menentukan ia sejenis unggas tinggi dan kurus.[1]

Angsa China adalah antara baka angsa yang mampu bertelur dengan baik. Seekor angsa China betina boleh bertelur sehingga 50–60 biji sepanjang musim membiak (Februari hingga Jun), walaubagaimanapun terdapat laporan yang mendakwa angsa China bertelur sehingga 100 biji pada waktu ini.[2]

Nota kaki

sunting
  1. ^ Ekarius (2007)
  2. ^ Buckland & Guy (2002)

Rujukan

sunting
  • Ekarius, Carol (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. 210 MAS MoCA Way, North Adams MA 01247: Storey Publishing. ISBN 978-1-58017-667-5.CS1 maint: location (link)
  • Buckland, Roger & Guy, Gérard (eds.) (2002): Goose Production. FAO Animal Production and Health Papers 154. ISBN 92-5-104862-2 PDF fulltext[pautan mati kekal]
  • "Chinese Geese". feathersite.com. Dicapai pada 2008-07-02.

Lihat juga

sunting