Angry Birds ("Burung Pemarah")

Angry Birds
Kad tajuk Angry Birds
PembangunRovio Mobile
PenerbitChillingo/Clickgamer (iOS, PSP/PlayStation 3)
Rovio Mobile
PengeluarRaine Mäki, Harro Grönberg, Mikko Häkkinen
PerekaJaakko Iisalo (ketua pereka)
Pengatur caraTuomo Lehtinen (lead programmer), Miika Virtanen, Antti Laitinen, Atte Järvinen, Mika Rahko, Marco Rapino, Kari Kuvaja
ArtisTuomas Erikoinen (lead artist), Miisa Lopperi, Joonas Mäkilä
KomposerAri Pulkkinen
EnjinSDL,[1] Box2D
PlatformiOS, Maemo, MeeGo, HP webOS, Android, Symbian^3, Series 40, PSP/PlayStation 3, Mac OS X, Windows, WebGL, Windows Phone 7, Google Plus, Google Chrome (Chrome Web Store), BlackBerry Tablet OS, Bada, Facebook
Pelepasan10 Disember 2009[2]
GenreTeka-teki
ModPemain tunggal

Dalam permainan ini, pemain menggunakan lastik untuk menembak burung ke arah gerombolan babi yang berjaga dalam kubu dengan tujuan menewaskan kesemua babi di atas medan permainan. Apabila pemain mara ke hadapan sepanjang permainan, terdapat burung-burung (selain Red) yang mempunyai kebolehan istimewa yang boleh diaktifkan oleh pemain. Rovio Entertainment menyokong Angry Birds dengan pelbagai kemas kini yang menambah isi kandungan permainan secara percuma. Rovio turut mengeluarkan versi permainan ini yang berasingan sempena musim perayaan dan promosi.

Angry Birds disanjungi kerana berjaya menggabungkan ciri-ciri permainan yang menagihkan, gaya yang lucu, dan harga yang rendah. Kelarisannya turut mendorong pembuatan versi Angry Birds untuk komputer peribadi, PlayStation, Xbox, Nintendo dan barang-barang dagangan yang menampilkan watak-wataknya dan juga rancangan untuk membuat filem atau siri televisyen. Dengan sejumlah 1 bilion muat turun di semua platform, termasuk edisi biasa dan khas,[3] permainan ini digelar "salah satu permainan yang paling berjaya di arus perdana",[4] "salah satu permainan hit paling cemerlang 2010",[5] dan "kejayaan aplikasi mudah alih terbesar yang pernah disaksikan oleh satu dunia setakat ini".[6]

Permainan

sunting
 
Seekor burung berwarna kuning, Chuck meruntuhkan struktur yang diduduki tiga ekor babi.

Dalam Angry Birds, sekawan burung beraneka warna cuba merampas balik telur-telurnya yang dicuri oleh segerombolan babi hijau yang durjana.[7] Di setiap tahap, babi-babi ini berlindung dalam struktur-struktur buatan kayu, ais[8] atau batu, dan objektif permainan adalah menewaskan semua babi dalam setiap satu tahap. Dengan menggunakan lastik, pemain melancarkan burung dengan tujuan sama ada terus melanggar babi atau meruntuhkan struktur sehingga runtuh dan menghempap babi itu sampai mati.[9] Dalam sesetengah tahap, terdapat TNT dan batu-bata disediakan sebagai bantuan untuk menewaskan babi yang sukar dicapai.

Dalam permainan terdapat beberapa jenis burung yang ada. Dalam peringkat terawal, hanya ada Red yang asas.[7] Apabila pemain semakin mara dalam Angry Birds, pemain akan memperoleh pelbagai jenis burung yang lebih efektif terhadap bahan-bahan binaan tertentu ataupun mempunyai ciri-ciri istimewa yang boleh diaktifkan oleh pemain selepas dilancarkan:[9]

  • Blues (Jay, Jake dan Jim) boleh berpecah menjadi tiga;[7]
  • Chuck (kuning) boleh memecut;[7]
  • Bomb (hitam) boleh meletup seperti bom;[9]
  • Matilda (putih) boleh melepaskan bom telur;[7]
  • Terence (merah tua) lebih kuat daripada Red;
  • Hal (hijau) boleh berpatah balik seperti bumerang;
  • Bubbles (jingga) boleh menggelembung seperti belon;
  • Stella (merah jambu) boleh meniupkan buih untuk mengapungkan babi atau benda ke langit.

Babi-babi itu juga bermacam-macam saiznya. Babi yang kecil agak lemah dan mudah ditewaskan dengan melanggar terus atau meruntuhkan struktur, manakala babi yang lebih besar pula sememangnya lebih lasak. Begitu juga, sesetengah babi memakai topi besi sebagai perlindungan supaya lebih lasak, sementara babi yang memakai mahkota, King Pig adalah yang paling lasak.

Babi-babi itu juga bermacam-macam saiznya. Babi yang kecil agak lemah dan mudah ditewaskan dengan melanggar terus atau meruntuhkan struktur, manakala babi yang lebih besar pula sememangnya lebih lasak. Begitu juga, sesetengah babi memakai topi besi sebagai perlindungan supaya lebih lasak, sementara babi yang memakai mahkota, King Pig adalah yang paling lasak.

Setiap tahap bermula dengan bilangan dan jenis burung yang ditentukan terlebih dahulu.[7][9] Jika kesemua babi ditewaskan apabila /sebelum burung terakhir dilancarkan, maka selesai dan tahap seterusnya dibuka.[7] Mata diberikan untuk seekor babi yang ditewaskan dan juga struktur yang dimusnahkan, dan juga mata bonus untuk burung yang tidak dilancarkan. Setiap kali menang satu tahap, pemain menerima satu, dua atau tiga bintang mengikut markah yang diraihnya. Pemain boleh mencuba semula sebanyak mungkin untuk menghabiskan tahap itu dengan jayanya, ataupun mendapat mata lebih tinggi dan bintang tambahan.

Pembangunan

sunting
Sebelum mesyuarat ini, kami telah menetapkan syarat-syarat yang ketat untuk menentukan permainan mana yang kami hendak pilih, tetapi kami mengetepikannya demi watak Angry Birds ini.

–Mikael Hed, Ketua Pegawai Eksekutif Rovio Mobile[10]

Pada awal tahun 2009, para kakitangan Rovio mulai mengkaji usul-usul untuk permainan yang berpotensi. Salah satu usul itu datang dari pereka permainan kanan, Jaakko Iisalo[11], dalam bentuk tangkapan skrin bersimulasi yang menampilkan beberapa ekor burung berwajah marah yang tidak kelihatan kaki atau kepaknya.[12] Walaupun gambar itu tidak sedikit pun membayangkan jenis permainan apa yang dimainkan, namun kakitangannya menyukai watak-watak itu,[12] maka pasukan itu memilih untuk mereka sebuah permainan yang berkisar pada burung-burung itu.[10] Semasa konsep Angry Birds dimajukan, para kakitangan sedar bahawa watak-watak burung itu memerlukan satu musuh.[11] Ketika itu, wabak "selesema babi" menjadi berita hangat, maka mereka menjadikan khinzir sebagai musuh burung.[11] Mekanik permainan diilhami oleh permainan fizik jenis petrari lain yang dikeluarkan selama ini, termasuk satu lagi keluaran 2009, Crush the Castle.[13][14] Kos permulaan untuk membangunkan Angry Birds dianggarkan mencecah 100,000 Euros, tidak termasuk belanja untuk kemas kini selanjutnya.[12] Untuk versi Apple iOS, Rovio berkongsi dengan pengedar Chillingo untuk menerbitkan permainan ini di Apple App Store.[15] Bagaimanapun, semenjak itu, Rovio telah menerbitkan sendiri hampir kesemua port-port lanjutan bagi permainan ini, kecuali untuk versi PlayStation Portable yang dihasilkan di bawah lesen oleh Abstraction Games dan kemudiannya diedarkan oleh Chillingo.[16]

Ketika Rovio mulai mengarang versi baru permainan ini untuk peranti lain, timbulnya pula isu baru. Ketika pasukan pembangun mulai mengusahakan versi untuk sistem Android, mereka mendapati satu perbezaan yang besar dengan jenis peranti dan versi keluaran perisian Android.[11] Bilangan kombinasi versi perisian, kelajuan pemproses dan juga antara muka pengguna adalah jauh lebih besar daripada versi Apple iOS yang dahulu.[17] Akhirnya, mereka menetapkan beberapa keperluan minimum,[11] walaupun ini menyebabkan hampir 30 jenis telefon Android tidak dapat menjalankan permainan ini.[17] Sebulan selepas keluaran awal untuk Android, Rovio Mobile mula mereka versi permainan yang lebih ringkas untuk peranti-peranti lain tersebut.[17]

Pada awal tahun 2010, Rovio mulai membangunkan versi Angry Birds untuk Facebook.[18] Projek ini merupakan salah satu projek terbesar buat Rovio, dengan usaha pembangunan yang memakan masa setahun.[18] Syarikat tersebut memahami cabaran memindahkan konsep permainann antara platform sosial dan sistem peranti mudah alih/permainan. Dalam temu ramah pada Mac 2011, Peter Vesterbacka dari Rovio berkata, "Pengalaman yang berhasil di satu persekitaran dan satu ekosistem tidak boleh disuap paksa ke dalam persekitaran yang lain. Begitu juga dengan Zynga, mereka tidak boleh menaruhkan FarmVille ke dalam peranti mudah alih dan mengujinya begitu sahaja. Judul-judul yang membawa kejayaan kepada mereka di peranti mudah alih adalah dibangunkan semula dari pangkal demi platform berkenaan.”[18] Versi Facebook ini menerapkan konsep-konsep permainan sosial serta ciri pembelian dalam permainan, dan dijadualkan memasuki peringkat ujian beta pada April 2011;[18] permainan ini akhirnya dirasmikan di Facebook pada Februari 2012.[19]

Keluaran

sunting

Versi terawal permainan ini untuk iOS mempunyai satu episod yang bertajuk "Poached Eggs" (Telur Dicuri), yang terdiri daripada tiga bab bertema, setiap satunya ada 21 tahap. Dari masa ke semasa, Rovio mengeluarkan kemas kini secara percuma yang merangkumi bahan kandungan tambahan, seperti tahap baharu, objek baharu dalam permainan dan juga burung baru. Setiap kali dikemas kini, ia juga diterapkan dalam versi penuh permainan yang ditawarkan untuk muat turun dari store aplikasi setiap platform.[20]

Kemas kini yang pertama dikeluarkan pada Februari 2010 menambahkan episod baru bertajuk "Mighty Hoax" (Penipuan yang Hebat) yang mengandungi dua bab baru dengan 21 tahap setiap satu. yang keluar pada April 2010 menambahkan ciri "Golden Eggs" (Telur Emas) yang menyorokkan telur emas di seluruh permainan, yang mana telur ini akan merungkai kandungan bonus apabila dijumpai; dan satu episod baru "Danger Above" (Bahaya di Atas), yang mengandungi satu bab 15 tahap. 2 kemas kini yang berikut menambahkan dua lagi bab, setiap satu 15 tahap, ke dalam episod "Danger Above". Episod "The Big Setup" (Perangkap Besar) yang keluar pada Jun 2010, menambahkan bab baru dengan 15 tahap dan juga "Golden Eggs" yang baharu.[21] "The Big Setup" kemudiannya diberi dua lagi bab 15 tahap setiap satu.

Episod kelima, "Ham 'Em High" yang dilancarkan pada Disember 2010, sempena ulang tahun pertama permainan ini di iOS App Store.[20][22] "Ham 'Em High" mengandungi 15 tahap dalam satu bab,[23] disusuli update pada Februari 2011 dan Mac 2011 yang setiap satunya menambahkan satu bab 15 tahap yang baru.[24][25] "Ham 'Em High" turut memperkenalkan Mighty Eagle (Helang Perkasa), sejenis burung yang boleh digunakan sekali sejam untuk menyelesaikan mana-mana tahap yang belum selesai.[23] Mighty Eagle juga boleh digunakan dalam tahap yang diselesaikan tanpa had sejam sekali, untuk bermain permainan mini "Total Destruction" (Kemusnahan Penuh) yang mana pemain cuba memusnahkan sebanyak mana yang boleh dengan mana-mana burung dan Mighty Eagle sekali; kemusnahan 100% menunjukkan sehelai bulu Mighty Eagle kepada pemain untuk tahap berkenaan.[23]

Mighty Eagle ditawarkan sebagai one-off dalam permainan,[20] dan buat masa ini hanya terdapat untuk iOS, kerana pelanggan App Store memegang akaun iTunes yang sedia disambungkan dengan kad kredit.[26]

Episod keenam, "Mine and Dine", keluar pada 16 Jun 2011 dengan 15 tahap baharu dan sebiji telur emas yang baharu.[27]

Episod yang ketujuh, iaitu "Birdday Party", keluar pada 11 Disember 2011 sempena ulang tahun kedua keluaran pertama versi iOS ke dalam iTunes App Store,[28] dengan memperkenalkan Bubbles yang muncul dalam Angry Birds Seasons.

Episod kelapan, iaitu "Surf and Turf" yang asalnya merupakan episod eksklusif Angry Birds Facebook, diterapkan dalam Angry Birds yang asal pada 20 Mac 2012, mula-mula dengan 15 tahap pertama.[29][30]

Sambutan

sunting
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticiOS: 80% (berasaskan 13 ulasan)[31]
PSP: 77% (berasaskan 13 ulasan)[32]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
GameZoneiOS: 8.0/10[33]
IGNiOS: 8.0/10[2]
PSP: 7.5/10[34]
Android: 8.0/10[35]
Official PlayStation Magazine (UK)PSP: 90/100[32][36]
MacWorld
Pocket Gamer

Angry Birds disambut amat baik oleh para pengulas permainan. Chris Holt dari majalah Macworld memuji permainan ini sebagai "teka-teki yang menagihkan, bijak dan mencabar",[7] sementara Keith Andrew dari Pocket Gamer berkata, Angry Birds merupakan "sekeping keaslian teka-teki yang disajikan dengan banyak nikmat".[9] Jonathan Liu dari Wired News pula mengulas, "mengejar bilangan bintang yang maksimum semestinya banyak menambah nilai main semula kepada permainan yang agak meluas".[37]

Ulasan untuk versi terawal permainan yang tidak menggunakan antara muka sentuh, iaitu versi PlayStation 3/PSP dan versi Windows, tidak kurang memberangsangkan, cuma dengan sedikit perselisihan atas antara muka yang berbeza-bea. Will Greenwald of PC Magazine yang mengulas versi PlayStation Network berkata, skema kawalan pada platform ini bagus, "tetapi tidak hampir sama memuaskan dengan kawalan skrin sentuh pada versi telefon pintar", lebih-lebih lagi, versi PlayStation 3 kelihatan "bercerancang dan kurang baik dipandang, seperti skrin telefon pintar yang dibesarkan kepada saiz HDTV".[38] Sebaliknya, Greg Miller dari IGN lebih menggemari persediaan kawalan analog bagi versi PSP, dengan ulasan bahawa ia "memberikan sedikit perbezaan pada kawalan hingga tidak terasa sama seperti adanya jari yang menghalang skrin".[34] Walaupun memberikan ulasan yang positif, Miller membuat kesimpulan, "Tidak boleh dinafikan Angry Birds menyeronokkan, cuma ia perlu diperhalusi — seperti visual yang lebih jelas, harga yang lebih berpatutan dan aksi yang lebih licin."[34] Damien McFerrin dari Electric Pig mengulas versi PC dengan komen bahawa "kaedah kawalan pacuan tetikus banyak menunjukkan kelebihan ketara berbanding kawalan jari".[39]

Angry Birds menjadi aplikasi berbayar yang paling laris dijual di App Store Apple UK pada Februari 2010, kemudian mengungguli jualan App Store Amerika Syarikat beberapa minggu kemudian,[40] dan kekal di tangga teratas hingga Oktober 2010.[41] Sejak dikeluarkan, versi percuma Angry Birds yang terhad pula dimuat turun lebih 11 juta kali untuk iOS Apple, manakala versi berbayar yang penuh pula dimuat turun hampir 7 juta kali sejak hingga September 2010.[12] Versi Android pula dimuat turun lebih sejuta kali dalam masa 24 jam selepas dikeluarkan,[42] walaupun ia menyebabkan tapak kedainya runtuh sekali kerana disarati muat turun,[43] dan lebih dua juta muat turun dalam hujung minggu pertamanya.[44] Rovio menerima pendapatan kira-kira AS$1 juta setahun daripada pengiklanan dalam versi Android yang percuma.[45] Menurut Rovio, para pemain mencatatkan jumlah masa bermain lebih sejuta jam sehari pada versi iOS,[11] dan 3.33 juta jam sehari i semua platform[46] dengan 40 juta pengguna aktif bulanan.[47] Pada November 2010, digitaltrends.com menyatakan bahawa "dengan 36 juta muat turun, Angry Birds merupakan salah satu permainan yang paling arus perdana sekarang".[4] Blog berita permainan video MSNBC tertulis bahawa "tiada aplikasi lain yang sebanding" dengan ikutan Angry Birds yang begitu hebat.[48] The Christian Science Monitor berkata, "Angry Birds merupakan salah satu permainan hit paling cemerlang pada tahun 2010".[5] Pada Disember 2010, sempena ulang tahun pertama keluarnya Angry Birds, Rovio Mobile mengumumkan bahawa permainan ini telah dimuat turun 50 juta kali, dengan lebih 12 juta dalam peranti iOS[45] dan 10 juta dalam Android.[49] Hingga Jun 2011, permainan ini dimuat turun 250 juta kali, termasuklah Angry Birds yang biasa, Angry Birds Seasons dan Angry Birds Rio.[3] Dalam sejarah Apple App Store, Angry Birds memegang rekod untuk bilangan hari terbanyak di atas carta Aplikasi Berbayar kerana menghabiskan sejumlah 275 hari di kedudukan #1; Angry Birds Rio pula di #1 selama 23 hari, sekaligus menduduki tangga kesembilan dalam senarai permainan terlaris pada Mei 2011.[50]

Anugerah

sunting

Pada Februari 2010, Angry Birds dicalonkan untuk anguerah Permainan Kasual Terbaik di majlis Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa ke-6 di Barcelona, Sepanyol.[51] Pada September 2010, IGN menyebutkan Angry Birds sebagai permainan iPhone keempat terunggul sepanjang zaman.[52] Pada April 2011, Angry Birds meraih anugerah "Best Game App" dan "App of the Year" di Appy Awards di UK.[53] Pada edisi ke-15 Webby Award, Angry Birds diberi anugerah Permainan Terbaik untuk Peranti Mudah Alih.[54]

Semenjak pelancaran sulungnya untuk Apple iPhone dan iPod Touch, Rovio telah mengeluarkan versi-versi Angry Birds untuk peranti-peranti lain. Antara yang terawalnya ialah peranti Nokia N900[40] melalui Ovi Store. Satu versi eksklusif iPad, Angry Birds HD, dikeluarkan pada masa yang sama dengan pelancaran iPad itu sendiri pada April 2010.[55] Pada Ogos 2010, Angry Birds ditawarkan kepada telefon pintar Palm Pre yang menjalankan sistem pengendalian Palm webOS menerusi kedai maya App Catalog.[56] Telefon Symbian^3 turut menerima satu versi permainan ini pada Oktober 2010.[57][58]

Pada Mei 2010, Rovio mengumumkan rancangan untuk membuat satu versi untuk peranti yang menggunakan sistem pengendalian Android oleh Google,[59] disusuli pengeluaran versi beta di seluruh Android Market pada September 2010.[60] Bagaimanapun, versi penuh Android mula-mula dikeluarkan di GetJar pada Oktober 2010,[41] namun ia akhirnya dikeluarkan dalam Android Market tidak lama kemudian.[42] Pihak Rovio menjelaskan bahawa GetJar lebih meluas jangkauannya berbanding Android Market, apatah lagi keterdapatan GetJar di platform telefon pintar yang lain (termasuk Symbian dan Windows Phone 7) akan mempermudah lagi promosi permainan ini merentas platform.[41] Tidak seperti versi-versi terdahulu, Angry Birds untuk Android ialah aplikasi percuma yang disokong iklan, kerana aplikasi berbayar tidak disokong oleh Android di sesetengah negara.[42] Pada 22 Mac 2011, satu versi bebas iklan dikeluarkan dalam Amazon Android Market.

Sebelum akhir 2010, Rovio mengumumkan usahanya untuk membangunkan port baru Angry Birds untuk peranti bukan telefon bimbit. Pada Januari 2011, tiga port sedemikian dilancarkan. Mula-mula, Sony mengumumkan pengeluaran Angry Birds untuk PlayStation Portable dalam bentuk permainan PlayStation mini yang merangkumi hampir 200 tahap daripada permainan asal; versi ini juga boleh dimainkan dalam konsol PlayStation 3.[34][61] Kemudian, Rovio mengumumkan pengeluaran versi Windows permainan ini[62] pada 4 Januari 2011, yang dijual secara eksklusif dari pusat AppUp Intel, dan merangkumi 195 tahap pada mulanya serta rancangan untuk ciri-ciri eksklusif yang tiada pada versi telefon pintar.[63] Sehari selepas versi Windows dikeluarkan, Mac App Store dilancarkan dengan Angry Birds di antara barang jualan pertamanya.[64] Versi Windows Phone 7 dikeluarkan pada 29 Jun 2011.[65]

Angry Birds turut dicadangkan untuk sistem Xbox 360,[45] Wii,[45] Nintendo DS[66] dan Nintendo 3DS[67].

Pada Mei 2011, keluarnya satu versi Angry Birds untuk kegunaan dalam pelayar web yang menggunakan teknologi WebGL dan Canvas dan diedarkan dalam Chrome Web Store untuk digunakan dalam pelayar web Google Chrome. Walaupun boleh dimainkan dalam mana-mana pelayar yang dibolehkan WebGL atau Canvas, namun kandungan eksklusif juga disediakan untuk Chrome sahaja, seperti tahap-tahap eksklusif[68] dan "Chrome Bombs". Permainan ini boleh dimainkan apabila tidak bersambung dengan Internet, dan menampilkan grafik 60 FPS dan pilihan tetapan grafik untuk menampung bermacam-macam keupayaan perkakasan.[69]

Pada Disember 2011, Rovio mengeluarkan Angry Birds HD, Angry Birds Seasons HD dan Angry Birds Rio HD untuk tablet BlackBerry PlayBook dari Research In Motion.[70] Pada Januari 2012, Angry Birds dikeluarkan untuk peranti-peranti yang menggunakan Bada OS.[71]

Pada 14 Februari 2012, permainan Angry Birds membuat penampilan sulung secara rasmi Facebook.[19] Versi ini dilancarkan dengan dua bab dari permainan yang asal, di samping bab "Surf and Turf" (bertema pantai riadah) yang eksklusif. Versi Facebook ini diserikan dengan beberapa ciri-ciri tingkatan kuasa (power up),[19] contohnya: "Super Seeds" membesarkan burung, manakala "King Sling" memperkuat lastik supaya mampu melancarkan burung dengan lebih tinggi dan pantas.[19] Tingkatan kuasa ini boleh dibeli dalam permainan atau dihadiahkan sesama rakan-rakan yang turut bermain.[19] "Surf and Turf" akhirnya disertakan dalam versi Angry Birds yang asli, mulai dengan iOS.[30] Pada Mei 2012, Angry Birds Facebook ditukar namanya kepada Angry Birds Friends dan menawarkan ciri baru iaitu "tournament" yang mana pengguna bersaing dengan rakan-rakannya untuk mendapat tempat teratas dalam kejohanan mingguan.[72]

Edisi khas

sunting

Angry Birds Seasons

sunting
Angry Birds Seasons
 
PembangunRovio Mobile
PenerbitRovio Mobile
PlatformiOS, Android, Symbian^3, Windows Phone 7
Pelepasan21 Oktober 2010[73]

Musim 2011

sunting

Pada Oktober 2010, Rovio mengeluarkan edisi khas Angry Birds sempena perayaan Halloween.[73] Angry Birds Halloween yang eksklusif kepada Apple iOS ketika itu dan berasingan daripada permainan utama, terdiri daripada tahap-tahap baru dengan muzik dan grafik bertema Halloween.[73] Pada Disember 2010, Rovio mengeluarkan Angry Birds Seasons kepada peranti iOS, Android dan Symbian^3.[74][75] Seasons memperkenalkan 25 tahap bertema Krismas, satu untuk setiap hari menjelang perayaan itu, serupa dengan takwim Kedatangan.[74][75] Kesemua versi merangkumi Halloween yang sebelum ini eksklusif kepada Halloween dan ditawarkan sebagai aplikasi berbayar yang berasingan kecuali, versi Android yang percuma dan beriklan;[76] Pemain Angry Birds Halloween di iOS menerima tahap tersebut sebagai naik taraf percuma.[74] Versi Halloween pula diberi tajuk episod "Trick or Treat", sementara episod Krismas dijudulkan "Season's Greedings". Pada Februari 2011, Rovio mengeluarkan kemas kini Hari Valentine kepada Angry Birds Seasons, bertajuk "Hogs and Kisses", lengkap dengan tahap dan grafik bertema baru, di samping ciri khas untuk mengirim mesej Hari Valentine yang bertema Angry Birds melalui Facebook.[77] Pada Mac 2011, Rovio mengeluarkan kemas kini Hari St. Patrick yang bertajuk "Go Green, Get Lucky",[78], diikuti oleh kemas kini Easter ("Easter Eggs") pada April 2011,[79] "Summer Pignic" sempena musim panas pada Jun 2011,[80] dan "Moon Festival" sempena Perayaan Kuih Bulan Cina pada September 2011.[81]

Musim 2012

sunting

Pada Oktober 2011, Angry Birds Seasons edisi 2012 dimulakan dengan "Ham'O'Ween" dikeluarkan dan memperkenalkan seekor burung jingga, Bubbles.[82] Pada Disember 2011, episod "Wreck the Halls" keluar sempena musim Krismas. Episod ketiga, "Year of the Dragon" keluar pada 20 Januari 2012 sempena Tahun Baru Cina, dengan watak Mighty Dragon (Naga Perkasa) yang eksklusif buat episod berkenaan. Fungsi naga ini sama dengan Mighty Eagle, tetapi ia boleh digunakan secara percuma oleh pengguna-pengguna iOS yang tidak membeli Mighty Eagle, di samping pengguna-pengguna Android dan Symbian^3 yang ketiadaan ciri Mighty Eagle. [83] Episod bertema Jepun, "Cherry Blossom" keluar pada 7 Mac.[84] Pada 14 Jun 2012, musim ke-12 iaitu Piglantis[85] dikeluarkan sempena musim panas, menampilkan ciri-ciri fizik bendalir[86], yang mana burung, kayu dan kaca boleh terapung atas air, tetapi babi dan batu terlalu berat dan tenggelam sampai hancur. Musim ke-13 iaitu "Back To School" dikeluarkan pada Ogos 2012 sebelum bermulanya hari persekolahan (Amerika Syarikat, Kanada & Eropah) dan memperkenalkan seekor burung merah jambu, Stella.

Angry Birds Rio

sunting
Angry Birds Rio
 
PembangunRovio Mobile
PenerbitRovio Mobile
PlatformiOS, Android, Mac OS X, Windows
PelepasanMac 2011

Rovio melancarkam Angry Birds Rio pada Mac 2011.[87] Dalam versi ini yang berasaskan filem animasi Rio terbitan 20th Century Fox, watak-watak Angry Birds berada di Rio de Janeiro dan berinteraksi dengan watak-watak filem tersebut.[87]Angry Birds Rio dimulakan dengan dua bab iaitu "Smuggler's Den" (dalam gudang) dan "Jungle Escape" (di hutan), tetapi telah dikemaskinkan dengan bab-bab tambahan iaitu "Beach Volley" (di pantai), "Carnival Upheaval" (dalam karnival), "Airfield Chase" (di lapangan terbang), dan akhir sekali, "Smuggler's Plane" (dalam kapal terbang). Semenjak diterbitkan, Angry Birds Rio telah dimuat turun lebih 10 juta kali.[88]

Angry Birds Magic

sunting

Satu versi istimewa yang dipanggil Angry Birds Magic, dibangunkan secara eksklusif untuk peranti-peranti Nokia Symbian yang berciri NFC. Versi ini mengandungi fungsi-fungsi merungkai tahap-tahap permainan baru sebaik sahaja mendekati satu lagi telefon ber-NFC yang memainkan permainan ini. Versi percuma Angry Birds Magic terpasang sedia dalam semua peranti NFC Symbian yang dijual pada tahun 2011, mulai Nokia C7. [89]

Angry Birds Space

sunting

Pada Februari 2012, Rovio mengumumkan permainan baru dalam francais Angry Birds iaitu Angry Birds Space.[90] Ia dilancarkan pada 22 Mac 2012[91] untuk pengguna iOS, Android, PC, dan Mac, disusuli oleh platform-platform lain kemudian, mula-mula dengan 60 tahap pendahuluan dan juga tahap-tahap tambahan yang boleh diperoleh sebagai kemas kini percuma dan belian dalam aplikasi,[92] menggabungkan elemen-elemen dari permainan yang asal dengan ciri-ciri permainan yang serba baru.[91]


Menjelang pelancaran Angry Birds Space, pada 8 Mac 2012, Rovio mempersembahkan video yang menampilkan angkasawan NASA, Don Pettit di Stesen Angkasa Antarabangsa, untuk menunjuk cara bahawa pentas permainan ini tidak lagi rata, sebaliknya terdiri daripada planet-planet yang mempunyai medan tarikan graviti yang mempengaruhi trajektori burung-burung yang dilepaskan.[93] NASA menyatakan bahawa kerjasama dengan Rovio ini boleh mengkongsikan keghairahan terhadap angkasa di kalangan peminat Angry Birds, mendidik para pemain tentang program-program NASA, serta mewujudkan pengalaman pembelajaran yang interaktif untuk masyarakat umum.[94]

Dalam media lain

sunting

Watak-watak Angry Birds turut menjadi topik hangat di persada media dan hiburan sedunia. Siri komedi terkemuka Israel, Eretz Nehederet ("Negara yang Indah") mensatirakan kegagalan rundingan damai antara Israel dan Palestin dengan segmen yang menampilkan geng Angry Birds dalam rundingan damai bersama kaum khinzir yang dimusuhinya. Segmen ini menjadi viral dan ditonton ramai di seluruh dunia, sehingga mendapat sambutan baik daripada blog-blog bebas seperti digitaltrends.com,[4] hotair.com[95] dan intomobile.com,[96] di samping agensi-agensi media arus perdana seperti Haaretz,[97] The Christian Science Monitor,[5] The Guardian,[98] dan MSNBC.[48] Antara tokoh-tokoh terbilang yang diketahui menjadi peminat Angry Birds ialah Perdana Menteri UK David Cameron dan pengarang terkenal, Salman Rushdie.[99]

Permainan dan watak-watak Angry Birds turut ditampilkan dalam iklan yang mempromosikan barangan lain. Pada Mac 2011, watak-watak itu muncul dalam sesiri iklan untuk enjin carian Microsoft, Bing.[100] Satu iklan T-Mobile terbitan Jun 2011 yang dirakam di Barcelona, Sepanyol menampilkan satu model tiruan real-life yang besar di sebuah plaza di Barcelona, Sepanyol.[101] Malaysia tidak ketinggalan menjadi platform promosi Angry Birds sedunia apabila Nokia memanfaatkan permainan ini di Kuala Lumpur, untuk mempromosikan cubaan untuk mencatat rekod dunia untuk bilangan orang teramai yang bermain satu permainan bimbit.[102] Syarikat penerbangan kebangsaan Finland, Finnair turut menggunakan Angry Birds dalam iklan-iklannya, termasuk rakaman mainan-mainan Angry Birds menaiki pesawat Airbus A340, serta penganjuran peraduan Angry Birds dalam penerbangan di Singapura. [103]

Pada September 2011, sebuah taman tema bernama Window to the World di Changsha, China membuka sebuah tarikan Angry Birds tanpa lesen dari pihak Rovio.[104] Para pengunjung taman itu menggunakan lastik besar untuk melancarkan anak-anak patung watak burung ke arah belon hijau yang berbentuk khinzir.[104] Setelah mengetahui hal itu, Rovio dilaporkan hendak berunding dengan pihak taman tema supaya tarikan itu diberi lesen.[105] Walau apapun, taman tema rasmi pertama Angry Birds akhirnya dibuka di negara asalnya, iaitu di Särkänniemi, Finland, pada penghujung April 2012.[106]

Sempena kejohanan Formula 1 musim 2012, Rovio turut menjadi penaja kepada dua orang pelumba Formula Satu kelahiran Finland, iaitu Heikki Kovalainen dan Kimi Räikkönen, yang masing-masing memakai topi keledar[107] dan topi besbol yang menampilkan motif Angry Birds.[108] Angry Birds bekerjasama dengan Lotus F1 Team dengan meletakkan logonya di atas muncung setiap kereta Lotus Renault F1,[109] di samping juga edisi khas permainan Angry Birds yang bertemakan Heikki Kovalainen.[110]

Rujukan

sunting
  1. ^ "SDL Testimonials". Galaxygameworks.com. Dicapai pada 2012-02-01.
  2. ^ a b "Angry Birds Review". IGN.com. 2010-02-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-04. Dicapai pada 2011-03-24.
  3. ^ a b Hutchinson, Ronald (10 Mei 2012). "Angry Birds Hits 1 Billion Downloads". Geeky Gadgets. Dicapai pada 24 Mei 2012.. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ a b c Van Camp, Jeffrey (23 November 2010). "Israeli Angry Birds satire goes viral". digitaltrends.com. Dicapai pada 26 November 2010.
  5. ^ a b c Shaer, Matthew (29 November 2010). "Angry Birds bound for Xbox, PlayStation". Dicapai pada 29 November 2010.
  6. ^ "Angry Birds will be bigger than Mickey Mouse and Mario. Is there a success formula for apps?". MIT Entrepreneurship review. February 18, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-30. Dicapai pada 2011-03-27. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ a b c d e f g h i Chris Holt. "Angry Birds Review". Macworld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-14. Dicapai pada 2010-06-23.
  8. ^ Rovio Mobile. Angry Birds (dalam bahasa English) (ed. 1.5.3). Babak: Achievements screen. Icepicker: 5000 ice blocks smashedCS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ a b c d e f Keith Andrew (2009-12-21). "Angry Birds (iPhone) review". Pocket Gamer. Dicapai pada 2010-06-23.
  10. ^ a b Ryan Rigney (2010-10-02). "The Origins of Angry Birds". PCWorld.com. Dicapai pada 2010-12-07.
  11. ^ a b c d e f Jon Mundy (2010-10-13). "Interview: Rovio on the origin of Angry Birds, being inspired by swine flu, and why you may never see an Angry Birds 2". Pocket Gamer. Dicapai pada 2010-11-30.
  12. ^ a b c d MobileWebGo (2010-09-08). "How Did Angry Birds Become a BlockBuster? Rovio video interview and transcript". MobileWebGo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-19. Dicapai pada 2010-09-08.
  13. ^ Alan Henry (2011-03-03). "Is 'Angry Farm' for BlackBerry a Rovio Ripoff?". PC Magazine. Dicapai pada 2011-03-06.
  14. ^ Rob Hearn (2011-02-24). "iPhone hit Tiny Wings is probably based on indie game Wavespark". Pocket Gamer. Dicapai pada 2011-03-06.
  15. ^ "Angry Birds IP". TechCrunch. Dicapai pada 2011-05-15.
  16. ^ "Abstraction Games News". AbstractionGames.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-03. Dicapai pada 2011-05-16.
  17. ^ a b c Daniel Ionescu (2010-11-19). "Angry Birds Devs Angry At Android Fragmentation". PCWorld.com. Dicapai pada 2010-12-07.
  18. ^ a b c d Kim-Mai Cutler (2011-03-13). "Rovio Has Been Working On The Facebook Version of Angry Birds For A Year". InsideMobileApps.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-18. Dicapai pada 2011-03-25.
  19. ^ a b c d e Natt Garun (13 Februari 2012). "Angry Birds lands on Facebook a day early". digitaltrends.com. Dicapai pada 14 Februari 2012.
  20. ^ a b c "iOS Angry Birds Mighty Eagle On Its Way: Video". phonesreview.co.uk. 2010-11-25. Dicapai pada 2010-11-30.
  21. ^ Joe White (2010-06-22). "Angry Birds Receives Major Update". AppAdvice.com. Dicapai pada 2010-11-29.
  22. ^ Rob Hearn (2010-12-23). "Angry Birds iPhone Ham 'Em High update introduces the 59p Mighty Eagle". PhonesReview.co.uk. Dicapai pada 2010-12-24.
  23. ^ a b c Shawn Wagnon (2010-11-25). "Angry Birds Ham 'Em High with 15 new levels & the Mighty Eagle coming out to give you a new bird flinging high: Rovio gives you level busting can of sardines!". Device. Dicapai pada 2010-11-30.
  24. ^ Doug Smith (2011-02-04). "Angry Birds updated for iOS version 1.5.1". MobilityDigest.com. Dicapai pada 2011-03-25.
  25. ^ Samuel Gibbs (2011-03-18). "Angry Birds iOS update ends their Frontier Badlands adventure with 15 new levels, a Golden Egg and ads". Switched.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-10. Dicapai pada 2011-03-25.
  26. ^ Brian X Chen (2011-02-08). "Android in-app payments begin with Angry Birds". Wired UK. Dicapai pada 2011-02-17.
  27. ^ "Angry birds version 1.6.0 gets you 15 new levels". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-05. Dicapai pada 2011-07-05.
  28. ^ Owen Good (11 Disember 2011). "Angry Birds Second Birthday Invites a New Bird to the Party". Kotaku.com. Dicapai pada 12 Disember 2011.
  29. ^ "Angry Birds -Surf and Turf, Theme 19 Levels 1 to 15 video walkthroughs (Life's a beach)". Pocket Gamer. 2012-03-20. Dicapai pada 2012-03-21.
  30. ^ a b "Updates for Angry Birds and Angry Birds Rio!". Rovio.com. 2012-03-20. Dicapai pada 2012-03-21.
  31. ^ "Angry Birds (iOS)". Dicapai pada 2011-03-24.
  32. ^ a b "Angry Birds (PSP)". Dicapai pada 2011-03-24.
  33. ^ James Pikover (2010-05-12). "Angry Birds review". GameZone.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-14. Dicapai pada 2011-03-24.
  34. ^ a b c d Greg Miller (2011-01-10). "Angry Birds Review". PCMag.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-24. Dicapai pada 2011-02-04.
  35. ^ John Mundy (2010-10-13). "Angry Birds: Winging endorsement". PocketGamer.co.uk. Dicapai pada 2011-03-27.
  36. ^ PlayStation Official Magazine (Spring 2011): 113. Italic or bold markup not allowed in: |journal= (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  37. ^ "iPhone Review: Angry Birds Make Great Projectiles". Wired. 2010-03-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-17. Dicapai pada 2010-07-28.
  38. ^ Will Greenwald (2011-01-12). "Angry Birds (for PlayStation 3, PSP)". PCMag.com. Dicapai pada 2011-02-04.
  39. ^ Damien McFerrin (2011-01-19). "Angry Birds PC review". ElectricPig.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-23. Dicapai pada 2011-02-04.
  40. ^ a b Gustav Sandstrom (2010-05-12). "Angry Birds Smartphone App Takes Off For Rovio". Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-13. Dicapai pada 2010-06-23.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  41. ^ a b c Leslie Horn (2010-10-15). "Angry Birds for Android Launches as Free GetJar App". PC Magazine. Dicapai pada 2010-10-18.
  42. ^ a b c Quentyn Kennemer (2010-10-15). "Angry Birds is Free & It's Out". phandroid.com. Dicapai pada 2010-10-18.
  43. ^ Keith Dsouza (2010-10-15). "GetJar Taken Down By Angry Birds". Techie Buzz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-14. Dicapai pada 2010-11-08.
  44. ^ Patrick Goss. "Angry Birds Android passes 2m mark". techradar.com. Dicapai pada 2010-10-18.
  45. ^ a b c d "The Supremely Addicting Angry Birds Hits 42 Million Free and Paid Downloads". SymbianFreak.com. 2010-10-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-18. Dicapai pada 2010-12-11.
  46. ^ Leigh Alexander (2011-03-14). "Angry Birds sees 100 Million Downloads". Gamasutra.com. Dicapai pada 2011-03-21.
  47. ^ Conrad Egusa (2011-03-10). "Skype founder, others catapult $42M to Angry Birds". venturebeat.com. Dicapai pada 2011-03-17.
  48. ^ a b Popkin, Helen A.S. (November 22, 2010). "'Angry Birds' fail to negotiate peace treaty". MSNBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-25. Dicapai pada November 29, 2010.
  49. ^ Mike Butcher (2010-12-10). "Angry Birds hits 50 million downloads, creates simple in-app purchases on Android". TechCenter Europe. Dicapai pada 2010-12-11.
  50. ^ Mike Wehner (2011-05-24). "Apple approves its 500,000th app, but do you care?". Yahoo! News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-27. Dicapai pada 2011-05-24.
  51. ^ "The 6th Annual IMGA Winners". IMGAwards.com. 2010-02-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-02. Dicapai pada 2010-06-23.
  52. ^ "The Top 25 iPhone Games". 2010-09-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-16. Dicapai pada 2010-12-27.
  53. ^ Whitworth, Dan (12 April 2011). "Angry Birds triumphs at Appy Awards". BBC Newsbeat. Dicapai pada 12 April 2011.
  54. ^ [1]
  55. ^ "Angry Birds HD for iPad". iTunes.apple.com. Dicapai pada 2010-06-23.
  56. ^ Dew Alam (2010-08-25). "iPhone Game Angry Birds now on Palm webOS". Top10.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-27. Dicapai pada 2010-08-25.
  57. ^ "Nokia Symbian^3 Angry Birds Available in Ovi Store". Phones Review. 2010-10-22. Dicapai pada 2010-10-22.
  58. ^ Padmini Harchandrai (2010-10-22). "Angry Birds Arrives for Symbian^3". tech2.0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-26. Dicapai pada 2010-11-29.
  59. ^ Mark Brown (2010-05-18). "Angry Birds coming to Android this summer". Pocket Gamer. Dicapai pada 2010-06-23.
  60. ^ Phil Nickinson (2010-09-03). "Angry Birds for Android is here!!!". Android Central.
  61. ^ Rey Gutierrez (2011-01-03). "The Drop: Week of January 3rd 2011 New Releases". PlayStation.com. Dicapai pada 2011-01-04.
  62. ^ Saket Narayan (2011-01-27). "How to Download Angry Birds PC Game from Intel Appup Store". TechSplurge. Dicapai pada 2011-02-21.
  63. ^ Chloe Albanesius (2011-01-05). "Rovio Releases Angry Birds for PCs, Netbooks". PC Magazine. Dicapai pada 2011-01-06.
  64. ^ Jason D. O'Grady (2011-01-06). "Mac OS 10.6.6 brings Mac App Store, Angry Birds to OS X (updated)". ZDNet.com. Dicapai pada 2011-01-06.
  65. ^ Erica Ogg (2011-05-18). "Angry Birds for Windows Phone 7 delayed". CNet.com. Dicapai pada 2011-05-18.
  66. ^ Daemon Hatfield (2010-08-02). "Angry Birds Migrating to PSP, Nintendo Platforms". IGN.com. Dicapai pada 2010-09-09.
  67. ^ "Angry Birds confirmed for Nintendo 3DS". 3DS Focus. 2011-02-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-09. Dicapai pada 2011-02-06.
  68. ^ Darren Murph (2011-05-11). "Live from Google I/O 2011's day 2 keynote!". Engadget.com. Dicapai pada 2011-05-11.
  69. ^ Vlad Savov (2011-05-11). "Angry Birds gets a web version, coming to Chrome Web Store". Engadget.com. Dicapai pada 2011-05-11.
  70. ^ "Angry Birds for BlackBerry PlayBook Now Available!". 12-21-2011. Dicapai pada 2011-12-21. Check date values in: |date= (bantuan)
  71. ^ "Angry Birds making its way to to bada OS for free – only for Wave III for now". GSMArena.com. 4 Januari 2012. Dicapai pada 5 Januari 2012.
  72. ^ 'Angry Birds Friends' Takes Flight on Facebook, PCMag.com, 23 Mei 2012. Dicapai pada 24 Mei 2012.
  73. ^ a b c Richard Mitchell (2010-10-21). "Angry Birds Halloween edition spooks iPad, iPhone". Joystiq.com. Dicapai pada 2010-10-28.
  74. ^ a b c Jeff Cormier (2010-12-01). "Angry Birds Seasons goes live and free for iOS and Android". The Next Web. Dicapai pada 2010-12-01.
  75. ^ a b Ewan Spence (2010-12-17). "Review: Angry Birds Seasons". AllAboutSymbian.com. Dicapai pada 2010-12-17.
  76. ^ Vlad Bobleanta (2010-12-01). "Angry Birds Seasons out for Android and iOS today, free to Halloween users". switched.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09. Dicapai pada 2010-12-01.
  77. ^ Christina Warren (2011-02-07). "Angry Birds Gets Facebook-Infused Valentine's Day Edition". Mashable.com. Dicapai pada 2011-02-08.
  78. ^ "Angry Birds Seasons Go Green, Get Lucky Update is Here!". 2011-03-09. Dicapai pada 2011-03-10.
  79. ^ Chloe Albanesius (2011-04-18). "Angry Birds Seasons Gets Easter Update". PCMag.com. Dicapai pada 2011-04-20.
  80. ^ Rob Hearn (2011-06-22). "Angry Birds Seasons Summer Pignic update hits the App Store, adds 30 levels". PocketGamer.co.uk. Dicapai pada 2011-06-22.
  81. ^ Angry Birds Seasons Moon Festival Episode Released Diarkibkan 2011-12-02 di Wayback Machine, IGN, 1 September 2011. Dicapai pada 2 September 2011.
  82. ^ Official Promo for Ham'O'Ween. Dicapai pada 21 Oktober 2011.
  83. ^ "Year of the Dragon update for Angry Birds Seasons! - Rovio Entertainment Ltd". Rovio.com. 2012-01-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-24. Dicapai pada 2012-02-01.
  84. ^ 『Angry Birds』次回作は日本の桜がテーマ・・・3月7日配信 (Jepun), Inside for All Gamers, 28 Februari 2012. Dicapai pada 1 Mac 2012.
  85. ^ "Angry Birds Piglantis". David Nelson. 2012-06-14. Dicapai pada 2012-06-22.
  86. ^ "Angry Birds Piglantis Update". David Nelson. 2012-06-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-18. Dicapai pada 2012-06-22.
  87. ^ a b Paul Suarez (January 29, 2011). "'Angry Birds Rio' Release Teams With Hollywood". PCWorld.com. Dicapai pada February 4, 2011.
  88. ^ Chloe Albanesius (4 April 2011). "Angry Birds Rio Downloaded 10M Times". PCMag.com. Dicapai pada 20 April 2011.
  89. ^ "NFC Enabled Angry Birds Magic Game To Be Exclusively Available For Nokia C7". Symbian-Freak.com. April 19, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-23. Dicapai pada April 25, 2011.
  90. ^ Eddie Makuch (February 17, 2012). "Angry Birds Space unveiled". GameSpot.com. CNet. Dicapai pada February 18, 2012.
  91. ^ a b Jeff Bertolucci (February 17, 2012). "Angry Birds in Space: The Final Merchandising Frontier?". PCWorld.com. Dicapai pada February 18, 2012.
  92. ^ Stuart Dredge (March 22, 2012). "Angry Birds Space released for iOS, Android, PC and Mac". Dicapai pada MArch 22, 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  93. ^ "First Angry Birds Space Gameplay Footage Debuts from Orbit". Kotaku. March 08, 2012. Dicapai pada March 08, 2012. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  94. ^ "What Is Microgravity?". 2012-03-08. Dicapai pada 2012-03-22.
  95. ^ "Breakthrough: Peace talks begin to settle bitter longstanding conflict". hotair.com. 25 November 2010. Dicapai pada 26 November 2010.
  96. ^ "The Angry Birds Peace Treaty didn't turn out so well". intomobile.com. November 23, 2010. Dicapai pada November 26, 2010. External link in |publisher= (bantuan)
  97. ^ "Israeli satire show goes viral with Angry Bird take on peace talks". Haaretz. 22 November 2010. Dicapai pada 26 November 2010.
  98. ^ Stewart, Keith (November 23, 2010). "Angry Birds Treaty brings casual gaming into the world of satire". The Guardian. UK. Dicapai pada November 29, 2010.
  99. ^ Nick Wingfield (November 30, 2010). "Why We Can't Stop Playing". The Wall Street Journal. Dow Jones & Company, Inc. Dicapai pada March 27, 2011.
  100. ^ Angry Birds Bing Video – Episode 1. Rovio Mobile. Dicapai pada 7 Mac 2011.
  101. ^ T-Mobile Angry Birds Live. Dicapai pada 9 Jun 2011.
  102. ^ Lim Yung Hui (11 Jun 2011). "Guinness World Record at Nokia World's Biggest Angry Birds Playground in Kuala Lumpur". greyreview.com. Dicapai pada 14 Disember 2011.
  103. ^ Matt Molnar (September 21, 2011). "Angry Birds Take Over Finnair Flight to Singapore - NYCAviation". Dicapai pada January 22, 2012.
  104. ^ a b Charles Cooper (September 16, 2011). "China steals "Angry Birds" for theme park". CBS News. Dicapai pada November 12, 2011.
  105. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama AB-Store
  106. ^ Angry Birds land in Finnish theme park Diarkibkan 2012-05-07 di Wayback Machine, AFP/RelaxNews, 1 Mei 2012. Dicapai pada 14 Mei 2012.
  107. ^ Angry helmet, Kotaku, 18 Mac 2012. Dicapai pada 24 Mei 2012.
  108. ^ Angry Birds: Cool as Ice, Kimi Raikkonen Space, 15 Mac 2012. Dicapai pada 24 Mei 2012.
  109. ^ http://www.lotusf1team.com/Watch-Out-The-Birds-Have-Landed.html
  110. ^ "Angry Birds Heikki". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-27. Dicapai pada 2012-07-10.

Pautan luar

sunting