Angkatan Peluru Berpandu Strategik Diraja Saudi
Angkatan Peluru Berpandu Strategik Diraja Saudi (Arab: قوة الصواريخ الإستراتيجية الملكية السعودية ) atau RSSMF adalah cabang kelima Angkatan Tentera Arab Saudi, bertanggungjawab bagi penggunaan peluru berpandu strategik jarak jauh. RSSMF dahulunya mempunyai markas di sebuah fasiliti pemerintahan bawah tanah di Riyadh– iaitu ibu negara Arab Saudi.
Angkatan Peluru Berpandu Strategik Diraja Saudi | |
---|---|
قوة الصواريخ الاستراتيجية الملكية السعودية | |
Ditubuhkan pada | 8 September 1986 |
Negara | Kerajaan Arab |
Kesetiaan | Penjaga Dua Kota Suci |
Cawangan | Angkatan Tentera Arab Saudi |
Peranan | Pencegahan Peluru Berpandu Strategik |
Saiz | 40,000[1] |
Sebahagian daripada | MODA GSP (setakat tahun 1987) |
Pangkalan | Markas di Riyadh 4 (atau 5) pangkalan |
Peringatan | 8 September (38 tahun dahulu) |
Komander | |
Menteri Pertahanan | Putera Mohammad Al Saud |
Pengerusi Ketua Turus Bersama | Jeneral Fayyadh Al Ruwaili |
Panglima | Lt. Jen Jarallah Al Aluwayt |
Tanda kebesaran | |
Fasiliti ini menyelaras sistem pertahanan udara dan radar "Peace Shield" termaju Arab Saudi. Pada bulan Julai 2013, markas baru dan bangunan akademi RSSMF secara rasminya dibuka oleh Putera Khalid bin Sultan bin Abdulaziz dan panglima RSSMF terkini ialah Mejar Jeneral Jarallah Alaluwayt.[2][3]
Sejarah
suntingPeranan RSSMF telah berkembang dengan pesatnya semenjak Arab Saudi dan Negara-negara Arab di Teluk Parsi yang lain mengumumkan pada tahun 2009 satu inisiatif untuk memperoleh senjata nuklear sebagai tindak balas kepada program nuklear Iran. Raja Abdullah dan Putera Turki bin Faisal Al Saud, mantan ketua perisikan Saudi dan duta ke Washington, mengatakan negara-negara Teluk Parsi boleh memperolehi senjata nuklear mereka sendiri sebagai tindak balas terhadap Iran.[4] [5] [6] [7] [8]
Sesetengah pakar[nyatakan menurut siapa?] membuat spekulasi (dengan mengambil kira sumbangan kewangan Arab Saudi kepada program senjata nuklear Pakistan) bahawa Arab Saudi mungkin menerima atau sudah menerima senjata nuklear dari Pakistan. Satu laporan oleh BBC mendakwa "ia adalah perjanjian cash-and-carry untuk kepala peledak, salah satu pilihan yang dirancang oleh pihak Saudi semenjak tahun 2003; pilihan lain ialah, satu persetujuan dibuat supaya angkatan nuklear Pakistan di aturgerak ke Arab Saudi."[9] [meragukan ]
Lihat juga
sunting- Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat
- Golden Wheel Project (Pengguna peluru berpandu Dongfeng di Arab Saudi)
Rujukan
sunting- ^ "Saudi Arabia spends 25% of its budget on its military — here's what it has for the money". www.uk.businessinsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2016. Dicapai pada 23 Mac 2017.
- ^ @ SaudiArmyNews "Arabic:المملكة العربية السعودية هي الدولة العربية الوحيدة التي من ضمن فروع قواتها المسلحة فرع رئيسي يسمى - Saudi Arabia is the only Arab country with a "Strategic Missile Force" branch Diarkibkan 4 Oktober 2013 di Wayback Machine, Twitter @ SaudiArmyNews, July 2013.
- ^ "Arabic:قوة الصواريخ الإستراتيجية الملكية السعودية - The power of the Saudi royal strategic missiles". National Kuwait. Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2013. Dicapai pada 3 November 2018.
- ^ US embassy cables: Saudi official warns Gulf states may go nuclear [1] Diarkibkan 4 Julai 2017 di Wayback Machine, The Guardian, 28 November 2010.
- ^ Saudi Arabia urges US attack on Iran to stop the nuclear program. [2] Diarkibkan 16 Februari 2017 di Wayback Machine The Guardian, 28 November 2010.
- ^ Riyadh will build nuclear weapons if Iran gets them, Saudi prince warns [3] Diarkibkan 16 Februari 2017 di Wayback Machine The Guardian, 29 June 2011.
- ^ Dennis Ross: Saudi king vowed to obtain nuclear bomb after Iran [4] Diarkibkan 28 September 2013 di Wayback Machine Haaretz, 30 May 2012.
- ^ King Says Saudi Arabia Would Need Nukes to Counter Iran Arsenal [5] Diarkibkan 4 Oktober 2013 di Wayback Machine The Nuclear Threat Initiative, 30 May 2012.
- ^ Mark Urban: Saudi nuclear weapons 'on order' from Pakistan [6] Diarkibkan 7 November 2013 di Wayback Machine BBC News, 6 November 2013.
Pautan luar
sunting- RSSMF official website server with IP:195.10.197.7 Diarkibkan 2013-01-15 di Wayback Machine
- Saudi Arabia's Strategic Dyad
- تخريج عدد من دورات مركز ومدرسة قوة الصورايخ الاستراتيجية [Student's Graduation at the Strategic Missile Force Center and Academy]. Saudid.com (dalam bahasa Arab). 10 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-26. Dicapai pada 2019-11-27.