Angkatan Keadilan Insan Malaysia
Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) adalah bekas sebuah parti politik di Malaysia. AKIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan pada 1995, berikutan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli. AKIM kini telah diambil alih dan dijenamakan sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) [4].
Angkatan Keadilan Insan Malaysia | |
---|---|
Pemimpin | Zakaria Salleh |
Ditubuhkan | 16 Februari 1995 [1] |
Dibubarkan | 15 Disember 2010 |
Pecahan | pas |
Didahului oleh | Kesatuan Insaf Tanah Air kita |
Ibu pejabat | Kota Bharu, Kelantan[2] |
Keanggotaan (1995-2010) | 22,500 [3] |
Penggabungan kebangsaan | - |
Warna | Hijau, Hitam, Kuning, Merah |
sejarah
suntingrekod pilian raya umum
suntingrekod pilian raya umum negeri
suntingPenubuhan
suntingAKIM telah ditubuhkan pada 16 Februari 1995 oleh bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Cikgu Musa Salleh kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak melaksanakan hudud dengan segera. Semenjak awal 1991, beberapa pimpinan PAS dari kelompok ini telah mempersoalkan kewibawaan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan kerana kononnya lebih mengutamakan perkara-perkara remeh dalam pentadbiran daripada melaksanakan undang-undang jenayah syariah.
Nik Abdul Aziz pada 2 Februari 1991 telah mempertegaskan bahawa hudud akan dilaksanakan oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat, bukannya dengan tergesa-gesa. Dalam pada itu, pada 7 November 1992, draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan telah berjaya diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS, sebelum ia dibentangkan di DUN Kelantan pada 24 November 1993. Walau bagaimanapun Cikgu Musa mendakwa PAS tidak mampu mentadbir secara Islam kerana kegagalan menyegerakan perlaksanaan hudud ini.
Ekoran dari rasa tidak puas hati dengan pendekatan bertahap yang dibuat oleh Kerajaan PAS dalam perlaksanaan hukum jenayah syariah ini, pada 5 Februari 1992, Cikgu Musa telah bertindak keluar dari PAS, tetapi gagal menarik ahli-ahli PAS bersama beliau. Pada 13 Julai 1994 beliau mengumumkan penubuhan parti AKIM yang hanya disertai oleh ahli-ahli keluarga dan pengikut tegarnya sahaja. AKIM yang hanya berjaya didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 16 Februari 1995 telah dipimpin oleh Cikgu Musa (1995-1998), Mohd Din Nizam Din (1998-1999), Muhammad Yusof (1999-2002), Hanafi Mamat (2002-2009) dan Zakaria Salleh (2009-2010).
Pilihan raya
suntingAKIM bertanding dalam pilihan raya umum 1995 di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dan 2 kerusi Parlimen, tetapi hampir semuanya hilang deposit. AKIM bertanding lagi dalam pilihan raya umum 1999 untuk 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN Kelantan, tetapi tidak berjaya.[5] Pada tahun 2008, AKIM bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum. Pada 2009, AKIM menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, bakal calonnya, Harun Mohamad mengumumkan tidak bertanding dan menyatakan sokongan kepada parti PAS[6].
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Jenis | Kawasan | Negeri | Nama Calon | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2008 | Pilihan raya kecil | Parlimen Permatang Pauh | Pulau Pinang | Hanafi Hamat | Hilang Deposit |
1999 | Pilihan raya umum | Parlimen Pasir Puteh | Kelantan | Hasim Othman | Hilang deposit |
DUN Gaal | Kelantan | Dr Mohd Asri Mejah | Hilang deposit | ||
1997 | Pilihan raya kecil[7] | DUN Semerak | Kelantan | Mohd Din Nizam Din | Hilang deposit |
1995 | Pilihan raya umum | Parlimen Pengkalan Chepa | Kelantan | Yusof Mat | Hilang deposit |
Parlimen Gua Musang | Kelantan | Nik Ismail Haji Wan Idris | Kalah
Tewas melawan S46 | ||
DUN Panchor | Kelantan | Yusof Mat | Hilang deposit | ||
DUN Tanjong Mas | Kelantan | Ramli Sulaiman | Hilang deposit | ||
DUN Kota Lama | Kelantan | Mohd Din Nizamdin | Hilang Deposit | ||
DUN Wakaf Bharu | Kelantan | Othman Latiff | Hilang deposit | ||
DUN Salor | Kelantan | Ab Rahman Ibrahim | Hilang deposit | ||
DUN Tawang | Kelantan | Raja Harun Raja Ismail | Hilang deposit | ||
DUN Melor | Kelantan | Tuan Mohamad Tuan Soh | Hilang deposit | ||
DUN Kadok | Kelantan | Ahmad Zailani Abdul Wahab | Hilang deposit | ||
DUN Ketereh | Kelantan | Jondi Abd Rahim | Hilang deposit | ||
DUN Selising | Kelantan | Nik Hassan Nik Ya | Hilang deposit | ||
DUN Limbongan | Kelantan | Amanullah Ab Kudus | Hilang deposit | ||
DUN Semerak | Kelantan | Musa Salleh | Hilang deposit | ||
DUN Gaal | Kelantan | Abdullah Sani Musa | Hilang deposit | ||
DUN Paloh | Kelantan | Mohamad Yusof | Hilang deposit | ||
DUN Galas | Kelantan | Nik Ismail Haji Wan Idris | Hilang deposit |
Pembubaran
suntingPada 15 Disember 2010[8], parti ini telah diambil alih oleh kumpulan serpihan PKR yang diketuai oleh Dato' Zaid Ibrahim, bekas Naib Presiden PKR, lalu ditukar nama kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada 19 Januari 2011[9].
Presiden
suntingNama | Mula Khidmat | Akhir Khidmat | Catatan |
---|---|---|---|
Musa Salleh | Februari 1995 | Februari 1998 | Memegang jawatan sehingga meninggal dunia |
Mohd Din Nizamdin (Pemangku)[10] | Februari 1998 | September 1999 | Bertindak keluar dari AKIM dan menyertai BERJASA |
Mohamad Yusof[11] | September 1999 | 2002 | |
Hanafi Hamat[12] | 2002 | 26 Disember 2009 | |
Zakaria Salleh[13][14] | 26 Disember 2009 | 15 Disember 2010 | Keluar daripada KITA, dan menyertai PAS pada 11 Mei 2012 |
Zaid Ibrahim | 15 Disember 2010 | 19 Januari 2011 | Menukarkan AKIM kepada KITA.[9] |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Pertandingan tiga penjuru
- ^ Small step for Akim
- ^ Surprise small fish takes on Anwar and Arif Shah.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-18. Dicapai pada 2013-12-02.
- ^ Calon AKIM Yakin Mampu Menang Di Permatang Pauh
- ^ Harun khianati parti, kata presiden Akim
- ^ http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1997aj/barisan%20nasional%20captures%20semerak.pdf
- ^ AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden, Malaysiakini, 15 Disember 2010. Dicapai pada 15 Disember 2010.
- ^ a b Nurul Ain Mohd Hussain (19 Januari 2011). "KITA Dilancar, Tumpu PRU-13". mStar. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ Akibat Menentang PAS
- ^ Gabungan Parti Tajaan BN
- ^ "Hanafi Mamat's profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-09. Dicapai pada 2013-12-02.
- ^ "ROS: Zakaria beri Zaid laluan memang presiden Akim sah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-02. Dicapai pada 2013-12-02.
- ^ Bekas Presiden Akim sertai PAS