Angin Monsun Barat Daya

Angin Monsun Barat Daya bertiup dari arah barat daya menuju ke arah timur laut. Angin ini bertiup dari bulan Mei hingga September setiap tahun.

Malaysia

sunting

Di Malaysia, Angin Monsun Barat Daya asalnya Angin Monsun Tenggara iaitu dari Australia dan New Zealand. Apabila sampai di garisan lintang Khatulistiwa, angin ini beralih arah kerana bentuk bumi yang sfera/bulat. Angin ini membawa zarah-zarah air hujan dari Lautan Hindi. Namun begitu hujan lebat tidak berlaku di Semenanjung Malaysia kerana dihalang/ditapis oleh Banjaran Barisan di pulau Sumatera. Dalam masa yang sama akan berlaku Ribut Sumatera di sepanjang pantai terutama antara Pelabuhan Klang hingga ke Pontian, Johor. Banyak bumbung rumah diterbangkan oleh Ribut Sumatera.