Anggun Mikayla merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Eyra Rahman dan dibintangi oleh Alya Iman dan Nabil Aqil.

Anggun Mikayla
GenreDrama
Cinta
Persahabatan
Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Anggun Mikayla karya Liza Nur
Ditulis olehLiza Nur
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Lagu penutupSayang Kau Tercipta - Aziz Harun
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato Zaiton Mohd Jiwa
PenerbitZetty Alia Ramly
Zetty Adila Ramly
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 April 2024 – 23 Mei 2024

Sinopsis

sunting

Mengisahkan tentang Mikayla, seorang gadis cantik yang dinafikan kewujudannya oleh ibunya sendiri. Walaupun menanggung derita dengan hinaan dan cacian, Mikayla tidak berdendam dengan mereka yang membencinya

Pertemuan antara Mikayla dan Idriz mewujudkan hubungan yang istimewa. Siapa sangka hati Idriz terpaut kepada wanita yang dijumpainya dalam keadaan yang tidak disangka. Sementara itu, Asif, lelaki yang pernah menolak perasaan Mikayla mulai sedar yang perasaannya terhadap Mikayla sebenarnya lebih dari sebagai kawan.

Meskipun keanggunannya menjadi rebutan, Mikayla tetap mencari secebis kasih sayang dari ibu yang enggan mengakui kewujudannya. Dapatkah Mikayla mencari erti nilai diri sebenar dan cinta yang sepatutnya dia miliki?

Pelakon

sunting

Runut Bunyi

sunting